10/24/08

10 TIP UNTUK MENGHASILKAN CERITA MENARIK UNTUK PENULIS SKRIP

1. JANGAN SEKALI-KALI BIARPUN KRISIS ATAU KEMUNCAK (CLIMAX)
TERLEPAS DARI TANGAN PROTAGONIS

2. JANGAN BIAR HIDUP SENANG UNTUK PROTAGONIS.

3. DRAMATIKKAN APA YANG MAHU BICARAKAN , JANGAN BIARKAN
KARAKTER TERSEBUT MENYATAKAN APA YANG DIBICARAKAN

4. BIAR AUDIEN TAHU APA YANG PROTAGONIS TAHU.

5. HORMATI AUDIEN.

6. BUAT BANYAK KAJIAN ATAUPUN ‘RESEARCH’

7. JANGAN TERLALU MEMUTAR-BELITKAN PLOT.

8. BAWAKAN KARAKTER TERSEBUT KE TEMPAT JAUH DARI MENDEKATI KONFLIK.

9. GUNAKAN SUB-TEXT DIMANA-MANA SAHAJA.

10. TULIS SEMULA..

P RAMLEE itu Sahaja MELAYU ada?


Kita sering mengagung-agungkan Allahyarham Seniman P.Ramlee.Ya, Beliau adalah seniman yang banyak berjasa dalam industri tanah air kita. Dia pelakon, pengarah, penulis serta penulis lirik dan pemuzik pada zamannya menjadikan dirinya termahsyur sehingga kini. Televisyen pula tidak kira swasta ataupun kerajaan tidak putus-putus mengulang tayang filem-filem beliau sebagai mengenang jasa beliau.Cuma apa menjadi persoalan pernah anda semua terfikir hanya P.Ramlee sahaja yang bikin filem yang kita kenal ? hanya P.Ramlee sahaja yang berjasa? Hanya P.Ramlee sahaja Melayu ada? Dan itu persoalannya.

Sememangnya menjadi topik utama kali ni di mana persoalan ‘P.Ramlee itu sahaja Melayu ada? Perkataan P.Ramlee dan Melayu penulis sengaja diperbesarkan untuk memberikan perhatian kepada pembaca. Sejak pemergian P.Ramlee boleh dikatakan filem melayu telah berubah menjadi sepi dan tidak berseri untuk ditonton oleh masyarakat kita.

Jadi ,timbul istilah filem melayu itu filem yang bosan. Dengar sahaja filem melayu di pawagam tentu anak-anak remaja tidak berminat menonton kerana selera filem melayu sekarang tidak seperti filem dulu semasa zaman P.Ramlee. Kalau di Zaman P.Ramlee semua cerita sama ada lawak lucu slaptik kita masih terima hingga kini tetapi sekiranya pembikin-pembikin filem sekarang ingin meniru P.Ramlee samada cerita dan lawaknya sama sekali tidak menjadi.

Filem Melayu sekarang filem yang bosan disebabkan ia kurang menjadi.Sememang tak semua filem Melayu itu bosan tetapi tertanyakah kita bolehkah filem kita supaya lari daripada perkataan ‘bosan’.

Sama sekali tidak. Bosan kerana Filem itu sampah .Sampah bermakna benda yang kotor dan dibuang. Dalam erti kata ini Filem sampah membawa maksud filem itu filem yang menghina ,merugikan dan paling mudah membosankan penonton. Sebenarnya masalah ini berlaku sejak pemergian P.Ramlee di mana jika P.Ramlee masih hidup pada era ini sudah pasti filemnya menarik bukan sahaja mencecah kutipan Box-Office malah filemnya di pawagam pasti dibanjiri oleh penonton tak kira muda atau tua pasti meminati filem beliau dan paling penting ia tak jemu ditonton berkali-kali.

Tetapi apakah daya kita harus menerima pemergiannya namun janganlah kita mematikan semangat kita sebagai seniman menganggap bahawa Hanya P.Ramlee sahaja berkuasa dan teragung dan hanya satu mampu melakukan segala-segala dalam dunia seni ini tetapi haruslah kita ingat kita tak boleh jadi seperti P.Ramlee dengan menirunya tetapi kita boleh jadi lebih hebat dari P.Ramlee jikalau kita menjadi diri kita sendiri

Pernah anda semua terfikir? Siapa tokoh filem melayu yang disegani selain P.Ramlee? Mesti anda semua tak tahu tetapi sebenarnya banyak tokoh-tokoh filem tempatan cuma ketokohan mereka tidak nampak di mata masyarakat.ketokohan mereka tidak berjaya membanggakan mereka untuk diangkat sebagai tokoh.

Hanya orang filem mungkin kenal menghargai dan saya sebagai orang filem serta semua yang bergelar orang filem pasti menghargai jasa mereka. Tetapi apa pula pandangan mereka yang bukan orang filem? Mereka semestinya menyanjung ketokohan P.Ramlee kerana filem itu Menarik di mata Mereka dan apa dilihat itu yang terbaik dan paling penting ia tidak jemu.

Lantas, P.Ramlee yang wujud dalam sanubari mereka tetapi selebihnya jiwa mereka lebih sukakan filem daripada barat kerana kita sendiri tahu. Filem Barat telah menguasai pawagam bagaikan jajahan.Kalau bandingkan kutipan Filem Barat yang Box-office di Malaysia sahaja sudah tentu melebihi rekod filem Box-Office tempatan kita sendiri,

Akhir kata, Kepada semua seniman, karyawan serta pembikin filem renungkan kembali sejarah kegemilangan filem melayu dan jadikan pemergian beliau sebagai inspirasi. janganlah dijadikan alasan berputus asa membiarkan industri filem ditelan kerugian disebabkan kita dan dihina disebabkan kita.

Lahirkan Bakat baru untuk mengharumkan nama bukan sahaja di luar negara Malah dalam negara kita sendiri.Jadi sekiranya kita berjaya melahirkan tokoh-tokoh filem yang ternama tiada lagi persoalan sinis masyarakat kita terhadap filem melayu kita iaitu ‘P.Ramlee itu sahaja Melayu ada?’. Walaubagaimanapun, ayuh kita maju filem!

10/21/08

Filem ‘KAMI’ Kenapa Ku Tak Tonton Dan Tak Dapat Sambutan?


Kepada Semua meminati drama bersiri sudah tentu akan menonton Filem KAMI. Tetapi tak Semuanya. Semestinya Filem KAMI bukan filem membosankan kalau ditonton tetapi apa yang ku pasti Filem ‘KAMI’ susah untuk aku nak ke panggung dan terdapat beberapa faktor yang aku kenalpasti.


PERTAMA, aku tak pernah tonton drama bersirinya. Tapi aku dengar ramai budak remaja suka menonton drama ini. Dan Aku tak tonton .Kenapa tak dapat sambutan? Drama Bersiri seperti KAMI sebenarnya tak perlu dibuat filem. Kerana pengikutnya tak ramai dan semestinya filem begini tidak boleh ajak keluarga untuk keluarga pergi panggung.

KEDUA, Aku Tak Suka Poster dan Trailer filemnya.Poster filem bukan tak cantik tapi tak ada ciri istimewa kenapa kita aku nak ke panggung.bayangkan tengok poster filem KAMI dan EAGLE EYE mana paling gempak? Yang paling Gempak membuat penonton masuk panggung! Seterusnya, Trailer Filemnya Bukan seperti nak tengok filem tetapi macam nak tengok Drama Bersiri kat Panggung. Pendapat aku, Kualiti Filem hampir sama menonton drama bersiri di televisyen.Aku boleh terima Filem Haru Biru di pawagam tetapi aku tak boleh terima Filem KAMI kerana status drama bersirinya.

KEDUA, Filem KAMI tidak menggunakkan bintang-bintang ternama ternyata menjadikan aku tidak menonton.Walaupun ada Liyana Jasmay sebagai pelakon dalam filem tersebut tetapi sedikit sebanyak tidak banyak Membantu aku menonton.

KETIGA,Realiti kehidupan.Tolonglah cukup drama cerekarama bersiri bercerita tentang Realiti kehidupan. Tak payah buat filem canggih dan mahal tetapi buatlah filem yang Menarik, mudah dan seronok untuk ditonton disamping ada unsur seni dan kreativiti yang membanggakan dari segi pengarahan juga pembikinan dan paling utama jangan buat filem sampah sebab kat Malaysia dah banyak filem jenis begini.Dan Filem KAMI bukan filem yang sampah tetapi filem yang silap dan malang kerana penerbitannya.

KEEMPAT, Jangan paksa aku tonton Filem KAMI!!!!

Akhir kata, Aku berharap filem ini tak dibuat dalam bentuk sekuel. Filem ini bukan Filem. Ini hanya drama dan layak di drama televisyen. Kalau nak buat filem jenis ini harap cari jenis yang sesuai dan menarik untuk ditonton di filem. Kerana mereka menonton Filem di pawagam mengharapkan kepuasan menonton.

Malas Tulis Susah Nak Kerja



Malas tulis sememangnya susah untuk mencari kerja? Tetapi dalam kontek ini cuba menghuraikan kepentingan untuk bermula kerja di industri filem dengan menulis. Kenapa? Ramai daripada mereka menganggap dunia seni glamor seperti filem ini apa yang perlu ialah bakat kebolehan menyanyi dan kebolehan berlakon.

Penulisan permulaan yang paling penting di mana sekiranya anda memasuki bidang filem. Kenapa? Sekiranya anda hendak menyampaikan cerita untuk dijadikan karya ,anda harus menulis skrip .Jika anda ingin memohon izin untuk membuat lokasi pengambaran, anda harus menulis surat kiriman rasmi, jika anda punya hajat untuk memasarkan, menyampaikan skrip dan kebenaran sesuatu kertas kerja, dengan pihak berkuasa atau orang atasan, anda harus menulis surat kiriman rasmi juga sekiranya anda ingin bergelar pelakon dan bekerja sebagai krew dengan syarikat produksi juga pun anda seharusnya menulis resume.

Segala-gala sudah termaktub bahawa menulis adalah suatu kemahiran yang sepatutnya dipelajari dan perlu dimahirkan untuk membiasakannya. Diharapkan kepada mana-mana pihak terutamanya bidang akademik seharusnya menekankan kepentingan pensuratan dalam erti kata untuk industri filem ini. Sebab kebanyakan karyawan dan pembikin filem membikin dalam erti kata tidak mempunyai etika dengan masyarakat contohnya paling mudah lokasi pengambaran filem pendek tanpa kebenaran bertulis.

Akhir kata, sekiranya anda ingin memahirkan diri dalam menulis. Anda seharusnya banyak membaca buku dan di situ caranya yang paling mudah kerana dalam Islam sendiri menekan kepentingan membaca .Jadi, sekiranya anda fikir orang filem tak perlu membaca buku dan menulis fikir sekali lagi.

10/20/08

Pengarahan : Suatu Cabaran 1

Pengarahan suatu perkara menjadi cabaran dan debaran kepada sesiapa bergelarnya. Dia bertanggungjawab menghasilkan sesebuah filem dan mengetuai setiap krew di sebalik tabir serta di depan tabir itulah tangggungjawab pengarah filem sebagai bukan sahaja ketua malah pemimpin yang mengetuai.Pengarah filem juga bertanggungjawab untuk memberi visual bukan sahaja menarik malah menepati kehendak skrip yang dikehendaki oleh penulis.


Selain itu, Pengarah amat bertanggungjawab menentukan apa yang perlu diletakkan di depan kamera atau dikenali sebagai mise-en-scene seperti aturan pelakon, set, pencahayaan , props juga pakaian yang perlu di pakai oleh pelakon.Secara kreatifnya pengarah banyak bergantung kepada kemampuan pengarah fotografi untuk memberikan visual yang menarik selain memberi kerjasama bersama-sama pelakon untuk membentuk suatu lakonan yang dramatik dan berkesan.

Semuanya menjadi Tanggungjawab pengarah untuk memberikan hasil kerja tangan serta pemikiran supaya apa yang ditonton oleh penonton dapat memberikan manfaat. Oleh itu Tugas sebagai pengarah filem adalah tugas yang mencabar biarpun sesiapa saja boleh bergelar biarpun muda, tua ataupun belasan tahun apa yang membezakan mereka adalah ilmu, kemahiran dan pengarahan yang mereka perolehi.

Kualiti Filem terletak pada ilmu dan pengalaman.

Kebanyakan mereka sering bertanyakan bagaimana untuk membuat filem itu bagus serta paling penting mempunyai kualiti. Filem yang berkualiti adalah terletak pada ilmu dan pengalaman individu tersebut.

Jadi untuk mencapai tahap tersebut haruslah kita mengkaji dan belajar bukan sekadar dari kemahiran dan teori yang diajar di kuliah tetapi haruslah mengambil ilmu melalui buku-buku filem kerana di situ juga terkandung sejuta ilmu dan pengalaman yang tidak didapati oleh setiap manusia secara langsung.

Sebenarnya islam mengajar kita suruh membaca dan menuntut ilmu supaya dapat menaikkan taraf hidup manusia. Sebenar pembikin-pembikin filem Barat telah banyak mempelajari dan mengkaji bagaimana untuk menghasil filem yang berkualiti melalui hasil pembacaan. kerana melalui pembacaan akan lahirnya kemahiran. jadi, Mari kita maju filem demi bangsa, agama dan negara

10/11/08

Majukan Filem Demi Negara..

Sekarang banyak penonton Malaysia mencari sebab kenapa mereka perlu bergegas ke pawagam semata-mata menonton filem melayu.Filem melayu perlu dipertingkat produktiviti dan kualiti sebuah filem tersebut. selain itu harus diberi perhatian adalah nilai komersial, kreativiti dan kesenian yang tinggi perlu dititikberatkan.Untuk itu, diharapkan pembikin-pembikin filem dapat
Menghasilkan filem yang dapat memajukan industri filem kita ini.jadi, majukan filem demi negara.