10/13/11

Kenapa Saya Jarang Tonton Filem Melayu Di Panggung

Filem terbaru dan terakhir yang saya tonton di panggung adalah filem Hantu Bonceng.Baiklah,Mungkin semua di sini yang membaca adalah mereka yang semestinya pernah menonton filem Melayu Di panggung juga sentiasa menonton filem Melayu di panggung setiap filem Melayu Keluar di panggung. Baiklah , saya tidak akan komen mengenai filem Hantu Bonceng sebab saya telah membuat ulasan tentang filem itu sebelum ini.

Tetapi, apa yang saya hendak katakan seperti tajuk di atas, Kenapa saya jarang tengok filem Melayu? Baiklah, jawapan saya Filem Melayu yang ada sekarang tidak menarik saya menonton filem tersebut di panggung..Kebanyakan filem saya tonton adalah filem barat setiap kali saya ke panggung.Kenapa? Kerana Filem Melayu yang ada sekarang tidak punya banyak pilihan (choices)...

Baiklah, Mungkin tidak menarik pada saya tetapi menarik pada orang lain. Tetapi bagi saya filem Melayu bukan masalah utama sepenuhnya pada jalan cerita tetapi genre dan konsepnya. kalau kita lihat sekarang senarai filem yang utama keluar untuk tahun ini dan tahun depan adalah kebanyakan filem hantu Seram dan juga beberapa filem yang bagi saya tajuk dan poster seakan kita akan menonton Telemovie tetapi di panggung.Selain Tarikan dari segi Trailer dan poster filem yang tidak seberapa menjadi minat saya kurang dan jarang untuk tonton filem melayu itu di panggung.

Mungkin itu yang buat saya menyesal menonton filem Hantu Bonceng kerana saya menonton filem yang berformatkan Telemovie Televisyen seperti rancangan Cerekarama TV3 setiap hari sabtu pukul 10 malam! Dan bagi saya filem melayu paling Teruk saya tonton sebelum ini adalah Filem Jalang dan Filem Melayu paling bagus saya tonton pada zaman remaja sekolah adalah sewaktu filem-filem Senario seperti Senario the Movie, Senario Lagi, Lagi-lagi Senario dan Senario XX arahan Aziz M. Osman kerana bagi filem tersebut walau pun tidak lah beberapa bagus tetapi sekurang-kurang mampu menghiburkan saya dan konsepnya dipersembahkan sesuai di tonton di panggung untuk seisi keluarga.

Selain Filem Melayu yang lain yang saya tonton tahun ni tidak terkecuali seperti Hikayat Merong Mahawangsa Dan KL gangster antara filem yang baik yang sesuai di tonton di panggung wayang seharusnya ada filem sedemikian pada masa akan datang..

Masalahnya sekarang mungkin saya rasakan adalah disebabkan kerana filem Melayu yang ada tidak punya banyak pilihan .ini juga disebabkan penerbit filem, penulis skrip dan pengarah filem terhad dari segi bajet dan juga idea selain penulis skrip yang juga terhad dari segi ilham dan idea dan pengarah filem terhad dari segi idea dan juga skrip. Dalam hal seperti saya melihat pengarah filem tidak punya banyak pilihan skrip dan idea samada dari pengarah sendiri mahupun penulis skrip sementara penulis skrip tidak punya banyak pilihan dan idea menulis skrip kerana terpaksa mengikut konsep dan bajet ditetapkan produser manakala Produser tidak punya banyak pilihan menghasilkan mengikut kehendak pasaran selain terpaksa bersaing dengan filem dari luar negara.

ini sememangnya menjadikan rumit bagi pihak produser untuk mendapat pilihan untuk mendapat ketetapan tayangan di panggung memandangkan Sesebuah filem yang mendapat kekerapan keuntungan di panggung , akan mendapat kekerapan tayangan di sebuah panggung dari pihak tauke panggung. mujur syarat wajib tayang ditetapkan tetapi itu bukannya suatu kelegaan kerana keuntungan bergantung kepada pasaran pada penerimaan penonton. Dan Genre yang popular dari pihak penonton adalah pilihan terhad bagi pihak produser menghasilkan filem yang bergenre.

Dalam hal sebegini apa yang saya lihat untuk mengatasinya, dengan melihat masalah dari sudut positif untuk meningkatkan kreativiti dan inovatif untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) bagi menghasilkan filem baik yang berkualiti pada masa akan datang selain tidak mengabaikan nilai komersial bagi sesebuah filem kepada pihak penonton . Dalam hal sebegini juga perlu juga ada sukarela dan individu yang independen untuk sama-sama berada dalam arena filem ini untuk memajukannya.

Mungkin selepas ini , alasan saya sebegini kenapa mungkin akan terjawab tetapi hakikat untuk mencapainya hasrat dan matlamat perlukan kerjasama semua pihak termasuk saya sendiri perlu berada dalam tempat industri tersebut. Seperti mana kata biasa saya, Siapa maju filem? kalau bukan kita maju filem..

10/10/11

Kurangkan Filem Hantu, Banyakkan Filem Seram....

Baru-baru ni Tun Dr. Mahathir menegur tentang segelintir penerbit filem, Pengarah dan pengiat filem juga drama kerana lambakan filem hantu yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat dan karut semata-mata..Bagi saya betul kata Tun. kerana lambakan filem seram seperti hantu ini tidak mengajar tentang apa-apa..


Biarpun apa asas murni pembikin filem, penerbit filem serta pengarah filem membikin filem seram untuk mengajar bahawa hanya agama mampu melawan hantu dikatakan syaitan, jin dan iblis. Tetapi adalah lebih baik filem seram mengambarkan hantu bukan sesuatu yang menakutkan tetapi yang menakutkan ialah tuhan kita sendiri, di mana kita tahu kita seharusnya takut dengan tuhan kita kerana maha kuasa dan maha mengetahui .


Bukankah lebih bagus sekiranya filem seram menakutkan penonton dan mengajar penonton untuk lebih gerun dengan tuhan mereka supaya melakukan kebaikan dan taat pada tuhan mereka berbanding takut dengan hantu yang sebenarnya membawa kepercayaan karut dan tahyul semata-mata dan hanya membawa kepada mesej yang tidak sepatutnya..


Sebab itu sebenarnya kita perlu kurangkan filem hantu banyakkan buat filem seram..Sepertimana kita tahu filem seram merupakan filem yang mudah dibikin, berkos rendah dan filem seram ini mudah mendapat perhatian penonton serta keuntungan berbanding filem drama . maksud saya buat filem seram bukan filem hantu..


Tapi kebanyakan filem seram melayu menggangap filem seram itu filem hantu. Filem hantu itu filem Seram..itu masalahnya.. sebenarnya istilah filem seram sebenarnya luas. tak semestinya hantu semata-mata ...ia boleh dibikin filem seram bentuk lain dan konsep lain yang lebih kreatif..


Sebagai contoh filem seram Final Destination berkenaan ajal maut, Filem Scream berkenaan pembunuhan bersiri, Filem Alien tentang makhluk Asing, Filem Eden Lake berkenaan permasalahan remaja yang ganas, Filem Child Play berkenaan patung voodo, Filem Nightmare on Elm Street tentang konsep mimpi ngeri dan sebagainya kalau tidak pun tidak ingin dikaitkan filem popular adalah lebih baik sesebuah filem seram melayu kni dibikin mengambil ilham tentang beberapa beberapa fobia serta trauma yang menakutkan yang melibatkan fenomena persekitaran samada melibatkan sosial, politik dan agama samada pengalaman individu sendiri juga imaginasi individu terhadap perkara sesuatu..


Mungkin boleh saja filem seram kalau dibikin tentang fenomena dunia yang bahaya seperti kisah Dajal, Kisah tentang Bahaya Zionis, Media, serta pengaruh Kuasa minda luar bahaya yang menjajah masyarakat selain boleh saja tentang bahaya Rokok dan Dadah jika dibuatkan sebuah filem seram dan ia boleh menjadi satu mesej dan pengajaran yang cukup kuat sekiranya olahan jalan cerita dan Olahan Seram dari segi produksi serta sinematografi seramnya menjadi. .


Tetapi filem sedemikian kreatif dan menarik perlu mengorbankan banyak masa dan tenaga melakukan research selain memikirkan adakah konsep sebegini sesuai untuk ditonton di panggung kerana filem ditonton di panggung perlu ada rasa seperti menaiki roller-coaster di mana Visual dan Audio serta cerita juga seramnya perlu mencengkam jiwa perasaan penonton untuk berada dalam keadaan tidak selesa kerana formula filem seram ialah membuatkan penonton berada dalam keadaan suspen, tidak selesa dan paling penting membuatkan penonton seram dan gementar dan itulah membuatkan filem seram itu menarik dan unik biarpun seram dan menakutkan masih ada penonton filem yang tetap mahu menontonnya di panggung biarpun terpaksa menutup mata dan telinga dipanggung sepanjang menonton filem tersebut..


Juga, adalah lebih bagus sebuah filem seram dibikin mampu mengeluarkan sesuatu idea, mesej dan konsep yang baru atau sedia ada kepada yang lebih menarik. mungkin kata-kata Tun Dr M, bermaksud menggurangkan bukan menghapuskan kerana filem Seram Melayu yang berlambak menjadikan industri filem kita seakan kurang kreativiti dan kurang inovatif kepada pembikin filem mahupun masyarakat. Maksud saya "Asyik filem seram mesti filem hantu, filem seram jenis lain tak der ker? buat filem seram tentang dajal ker, tentang Musuh dalam selimut ker tentang pemandu kereta gila ker atau apa2 ker, find something creative la.."


Kesimpulannya, Kurangkan filem hantu, banyakkan filem seram dan majukan filem seram kita. Siapa maju filem kalau bukan kita yang maju filem..

9/21/11

Ulasan/Review Filem : Hantu Bonceng Antara Menghina, Mempersenda Atau menghiburkan..??




KONTROVERSI FILEM HANTU BONCENG & SIKAP AHMAD IDHAM PADA PEMINATNYA

Saya sudah menonton filem Hantu Bonceng di pawagam Midvalley lebih kurang dua minggu lepas. sememangnya saya menyedari terdapat satu babak di mana Azizan yang menjadi gila yang sehingga mengucapkan kalimah syahadah dengan tidak betul dan mempersendakan Agama Islam.Dan saya tidak sangka bahawa bukan sahaja saya menyedari malah terdapat beberapa orang yang juga menonton filem ini juga menyedari ttg kesalahan Babak tersebut. Seperti mana kita ketahui ia telah menjadi isu panas dan kontroversi kerana terdapat babak jelas bertentangan dan mempersendakan oleh pihak berwajib iaitu LPF ( LAPISAN PENAPISAN FILEM) yang seharusnya tahu babak itu boleh dipotong dan tidak mencacatkan jalan cerita walaupun disunting..

Ternyata sekiranya melibatkan agama, adalah bukan soal filem atau politik. Ia adalah soal agama. Agama Islam tidak seharusnya dipersenda apatah lagi umat islam itu sendiri. Dan ini seharusnya pihak pengarah tersebut menerima pandangan dan teguran terutama dari peminat yang juga menonton filemnya itu. Apa yang lebih mengecewakan Apabila Ahmad Idham memberi kenyataan di FB yang secara jelas dan nyata mengambarkan peribadi dan pendirian yang kurang baik.

Namun di fb, jika kenyataan secara rasmi adakah lainkah begitu? Wallahualam, Saya pun tidak tahu. Mungkin adalah lebih baik Ahmad Idham selaku pengarah filem itu memohon maaf secara terbuka seperti mana pelakon Zizan yang secara ikhlas memohon maaf kepada media. Ya, Ternyata ini adalah tidak sengajakan atau perkara ini tidak disedari. Tetapi yang mungkin bermasalah apabila Tanggungjawab LPF sebenarnya sepatutnya menyedari wujud babak seumpamanya ini.

Sayang perkara ini diremeh-temehkan padahal ini menyentuh soal akidah dan seharusnya babak semasa Zizan Mengucap Kalimah Syahadah disunting dan dipotong kerana bagi saya ia tidaka mencacatkan jalan cerita. Mungkin Humor dan jenaka sedemikian Dianggap ringan padahal ia merupakan isu berat di mana berkait-rapat dengan soal akidah Kerana Kalimah Syahadah tidak boleh diucap sewenang-wenang apatah lagi dalam keadaan filem yang merupakan lakonan semata-mata dan babak sedemikian seharusnya dipotong dan ditapis supaya tidak menimbulkan salah faham serta mengelakkan karya filem ini menjadi mangsa persendaan agama yang seharusnya isu sedemikian tidak boleh dianggap politik dan hak individu tetapi ia berkenaan dengan agama suci agama rasmi kita sendiri iaitu Agama Islam.

Sebenarnya ada beberapa perkara lain bagi saya ia mempersenda dan kurang menyenangkan sebagai umat Islam sewaktu saya menonton filem ini. Antaranya, babak Zizan ke surau di mana menggunakan baju Death Note bersalib tak silap saya dan beberapa babak lafaz azan dipersenda dibuat gurauan dalam suatu babak di mana Juliana Evans sedang tidur di kerusi nyenyak manakala Zizan terasa ghairah dan seterusnya kunyit melafazkan azan ditelinga mengejutkannya. Selain ada juga Tasyahud akhir di bikin jenaka.

Sepatutnya Pengarah filem Ahmad Idham dan LPF peka sensitiviti agama seperti ini. Kerana walaupun niat ingin berjenaka harus berpada-pada jangan sampai melibatkan akidah ,solat dan azan dijadikan jenaka dan dilawak-lawakkan juga dipersenda. Jika hendak berjenaka dan memberi mesej bukankah boleh Pengarah Ahmad Idham itu sendiri mengambil contoh filem Kiamat Sudah dekat (2003) arahan Deddy Mizwar yang ternyata bijak dan berpada-pada dalam memberi jenaka walaupun secara keseluruhan ia berkenaan dengan agama filemnya itu .

Ternyata apabila gurauan sebegini dianggap ringan dan tidak serius pada pandangan pengarah filem juga pihak berwajib seperti LPF sebenarnya memberi gambaran tidak baik di mana kesannya memberi impak apabila babak kurang baik dan bertentangan yang ada filem Hantu Bonceng memberi kesan dan pengaruh kepada nilai masyarakat dan seharusnya bab seperti ini diambil tindakan kerana khuatir memberi kesan pengarah filem dan LPF yang gagal peka tentang masalah melibatkan isu sedemikian di mana melibatkan soal akidah Masyarakat Umat Islam yang sensitif tentang isu ini secara keseluruhannya.

REVIEW FILEM HANTU BONCENG

Untuk mengulas filem Hantu Bonceng lebih lanjut, apa yang boleh saya katakan filem ini sepatutnya tamat 60 minit lebih awal kerana filem ini bukan mengisahkan Hantu bonceng secara keseluruhan dan jalan cerita agak meleret seolah menonton drama telemovie yang mana kurang sesuai apabila sebagai penonton filem yang ingin menonton filem ini di panggung.

Hampir keseluruhan seperti mana saya kata, ia bukan mengenai Hantu Bonceng tetapi filem menceritakan secara keseluruhan cerita yang diambil babak demi babak berkenaan realiti kehidupan mat rempit pada sisi pandang (point of view) seorang remaja yang liar dan bebas seperti budaya bercouple, budaya berbahasa kasar, disco dan beberapa budaya yang jelas tidak elok ditonton kepada kanak-kanak bawah umur walaupun dikelaskan PG-13 tetapi filem sedemikian layak diberikan kepada golongan dewasa untuk menontonnya secara keseluruhan kerana banyak babak yang tidak elok yang hanya mampu difahami oleh golongan dewasa remaja terutamanya.

Namun, bagi saya pemulaan filem ini mampu menangkap perhatian saya menonton filem ini seawal 30 minit hingga 60 minit kerana cerita tersebut mengikuti insiden di mana dan bagaimana Hantu Bonceng itu berlaku dan apakah kesannya selain jenaka dibawa Zizan memberikan hiburan sepanjang filem ini. Namun selepas 60 minit hingga tamat filem ini, jalan cerita filem Hantu Bonceng meleret seolah-olah ia merupakan babak ekstra yang cuba dihabiskan pengarah untuk dihabiskan hingga tamat filem tersebut. Ternyata banyak babak yang tidak perlu selepas itu. Selain babak yang tidak seharusnya dijenakakan , dijenakakan menjadikan filem Hantu Bonceng menjadi suatu isu yang agak serius pada sesetengah pihak. Dan ini secara keseluruhan filem tidak berkenaan Hantu Bonceng tetapi berkenaan tentang cerita lain dimana jalan cerita sampingan disambung menjadi filem ini seharusnya tamat selepas kisah Hantu Bonceng itu selesai..

Sebagai penonton filem, adakah filem ini menghiburkan untuk ditonton? Bagi saya tak dan tak best bagi saya. Tetapi mungkin pandangan individu lain mungkin berbeza dan best-best belaka tetapi bagi saya tak. Bagi saya filem ini biasa-biasa dan tidak ada apa pembaharuan dan hiburan yang begitu menyeronokkan untuk menonton untuk kali seterusnya. Tidak perlu saya rumuskan panjang-panjang filem ini kerana filem ini sudah sedia ditayangkan di AstroFirst dan filem ini telah mengutip keuntungan filem sebanyak RM8 Juta lebih.

Secara kesimpulan adakah filem ini menghina, Mempersenda atau menghiburkan? Bagi saya sendiri , ternyata ketiga-tiga ada tetapi hanya bergantung pada individu yang mana mampu melihat dan nampak apa isinya dan kesannya pada masyarakat menonton filemnya itu selain pandangan pengarah filem itu sendiri seharusnya 'Sedar' dan 'Nampak' tentang kesan filem kepada penonton dan masyarakat secara amnya terlebih dahulu sebelum penontonnya yang menonton filemnya itu..


9/13/11

"Saya Mengagumi Pengarah cina dan Artis Cina tetapi Bukan Namewee"


Jujurnya secara jujurnya saya, saya mengagumi beberapa pengarah filem / drama di Malaysia ini. Ada yang mengatakan melayu seperti saya yang membenci Namewee adalah berbaur perkauman yang sangat jijik. Tetapi hakikat biarpun blog saya berkaitan hal mengenai filem sentiasa, tetapi mengenai maruah agama dan negara izinkan saya untuk keluar untuk bersuara demi kebebasan bersuara. saya masih mempunyai suara di mana seharusnya insan seperti Namewee tidak diberikan Keistimewaan oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Dan khabarnya Dari Akhbar Malaysiakini semalam Namewee hendak berjumpa PM kerana dijemput oleh PM kita sendiri.. Namun hal seperti mungkin tidak dihangatkan atau dikhabar di Utusan Malaysia memandangkan krisis negara lebih menjurus kepada permasalahan timbalan presiden Pas, Mat Sabu mengenai kebiadapan tentang isu Komunis.

Baiklah Ya, Saya benci Namewee kerana Dia telah memberikan contoh buruk pada negara kita dan hendak dirinya diiktiraf sebagai insan seni kreatif berfikiran 1Malaysia tetapi lupakah kita.. Sebelum ini kita mempunyai pengarah cina tempatan kita sendiri yang berjiwa malaysia dan menghasilkan karya filem melayu. Sebagai contoh Saya mengagumi Silver Chung yang mengarahkan telemovie Blok 404 dan Kem 505 yang pada masa dahulu menjadikan fenomena apabila VCD thriller rancak diterbitkan namun sejak akhir-akhir jarang saya mendengar perkembangan beliau selepas filem di ambang misteri..

Dan saya mendapati terdapat banyak pengarah cina yang berada di malaysia yang tanpa prejudis mempertikaikan bahasa Melayu dan mereka juga mengarah filem melayu. seperti insan independen pengarah cina yang bernama James Lee yang mendapat perhatian dari syarikat produksi Tayangan Unggul yang terbaru filem Sini ada Hantu dan Tolong Awekku Pontianak ..Dan juga Saya mengagumi pengarah cina antarabangsa seperti John woo kerana hasil arahannya dan peribadi nya yang baik berbanding Namewee yang jelas kita tahu peribadi buruk melalui video youtube itu yang menghinakan itu .. Jadi Adakah saya bersikap prejudis kepada kaum cina? adakah saya bersikap perkauman terhadap kaum cina semata-mata saya benci Namewee? Jawab saya tidak.. Saya hanya benci Namewee..

Biarpun Namewee hendak dirinya bergelar Artis cina di Malaysia. Bagi saya lupakah kita ada Artis Cina di Malaysia yang lagi hormat pada negara kita berbanding Namewee yang terang-terangan menghina lagu negaraku kita , menghina azan kita dan bangsa melayu kita .

Tetapi Kenapalah Namewee perlu diberikan perhatian dan mendapat layanan istimewa? Adakah ini semata-mata kerana perjuangan dan falsafah yang dikata betul mengikut apa yang dirasa itu adalah 1Malaysia ? Seperti tidak menghormati bahasa melayu dan bangsa melayu, menghina agama Islam dan lagu Negaraku ? Adakah Makhluk seperti ini perlu diberi layanan istimewa? Saya katakan Tidak! Kerajaan dan mana-mana pihak tidak perlu lah cuba mempromosi insan seperti Namewee ..Kerana secara jelas Insan Seperti Namewee yang kaum cina, masih ada banyak kaum cina yang berjasa berbanding Namewee.. mengapa keistimewaa diberikan kepada seorang perderhaka dam seorang yang mempunyai role-model yang jelas kurang baik yang jelas dilihat sebagai hilang haluan dan seorang yang tidak sepatutnya diberikan keistimewaan..

Sebab itu disini mustahil untuk saya biarpun saya sebagai bekas pelajar filem mahupun penonton filem untuk menonton filem Nasi Lemak 2.0 kerana apa yang Namewee buat secara jujurnya tiada kaitan dengan realiti 1Malaysia hanya sekadar untuk membuat kisah 'lucu' tentang 1Malaysia.. lagipun filem dibikin tiada kaitan untuk menonjolkan intelektualiti dikalangan pelajar filem untuk menonton filem untuk mengkajinya kerana secara lazimnya filem hanya dibikin sebagai hiburan dan keuntungan.. Tetapi kenapa ada segelintir masyarakat yang cuba mempromosi dan mengajak untuk menonton filem ini terutama mereka dikalangan mereka yang berbangsa melayu terutamanya ? kerana mereka mudah lupa ibarat kata Tun Dr. Mahathir , Melayu Mudah lupa....

Jadi apakah harus Rakyat Malaysia menonton filemnya? Jikalau dirinya hendak bergelar pembikin filem dan pengiat filem yang professional seharusnya dirinya tidak harus tampil dirinya sebagai pelakon utama yang membintangi filem ini kerana secara tidak langsung dirinya mahu diri dipuja apatah dianggap terkenal mendapat 'nama' selepas kontroversi video di youtube akhir-akhir kebelakangan ini.Jadi filem ini tidak perlu ditonton kerana membintangi keseluruhan adalah Namewee , seorang penghina lagu negaraku kita, bangsa melayu kita, agama Islam dan negara kita...

Dan Di sini, apa yang saya lihat Namewee tidak layak mengelar diri sebagai rakyat Malaysia kerana sikap tidak hormat selain menghina bangsa dan agama lain menjadikan apa perlunya insan Namewee diberikan perhatian. Seharusnya mana-mana pihak tidak mengangkatnya sebagai ikon 1Malaysia kerana bagi saya ini sudah melampau..

Seharusnya , pujian dan keistimewaan seharusnya kerana penggiat filem cina, pengarah cina dan penerbit cina yang menghormati negara kita serta menghormati agama dan bangsa kita. Tidak seharusnya keistimewaan diberikan kepada Namewee ini..

Oleh itu, jangan membiarkan Namewee menjadi contoh kepada insan lain. kerana kelak nanti hura-hara jadinya. Dalam hal seperti ini, Rakyat telah banyak bersuara dan memberi bantahan tentang insan bernama Namewee mungkin harapan mereka dan saya berkecai sekiranya benarnya telahan Namewee akan berjumpa PM terlaksana nanti alamatnya mungkin harapan PM kepada Rakyat hanya menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak menjaga perasaan rakyat yang mahukan kerajaan bertegas dan tidak memberi muka pada insan bernama Namewee ini...

itu sahaja dari saya, mungkin tersasar topik dibicarakan mengenai filem selalu kadang realiti kita harus berbicara mengenai ini.. kerana ini melibatkan Maruah bangsa , agama dan negara kita yang tercinta...Jadi Saya mengagumi pengarah cina dan Artis Cina yang lain kerana kegigihan dan kreativiti mereka tetapi Maaflah saya katakan tidak untuk Namewee...Kerana dia bukanlah dalam kalangan Pengarah cina dan Artis Cina seharusnya saya hormati apatah lagi saya memujanya...

7/6/11

Antara filem sampah dan filem berintelektual, bagaimana pendapat penonton filem?

Terlalu banyak persoalan yang menyatakan manakah lebih banyak bagi sesebuah filem untuk ditayangkan dalam sesebuah panggung? Namun yang agak tidak diambil perhatian apabila kebanyakan filem Sampah menjadi kegemaran penonton di panggung manakala filem yang mempunyai nilai intelektual diabaikan penonton. Adakah kebanyakan penonton begitu?

Namun hakikatnya tidak semua penonton yang mempunyai sikap demikian. Mungkin segelintir yang merasakan filem sampah tidak elok menjadi satu selera penonton menonton filem tersebut. Sebelum Apakah itu filem Sampah? Filem Sampah ialah filem yang di mana penonton filem menonton filem yang tidak mempunyai manfaat apa-apa dan kebaikan apa-apa hanya sekadar hiburan. Dan filem sampah boleh dikategorikan sebagai filem yang tidak mempunyai kualiti kerana pembikinan tidak mempunyai kesan kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, Filem Sampah secara ringkas kebanyakannya adalah daripada filem-filem luar seperti Hollywood Dan filem Hollywood merupakan filem yang kebanyakan ditayangkan adalah filem sampah tetapi disebabkan kehebatan Hollywood dari segi pemasaran juga teknologi menjadi panggung Wayang di serata dunia menjadi Filem Hollywood sebagai santapan di setiap panggung wayang. Namun Filem Sampah yang dibawa Hollywood adalah berbentuk hiburan dan mempunyai kualiti yang baik cuma tidak memberikan kesan kepada kebaikan pada masyarakat.

Ini kerana Filem Hollywood ini lebih kepada filem tidak mempunyai ciri budaya, sosiologi dan politik yang menggambarkan nilai estetika yang baik untuk negara kita. Lagipun filem Hollywood yang dipasarkan ke dalam negara kita adalah kebanyakan adalah filem Sampah.

Cuba disebabkan Kerana Filem Hollywood adalah filem yang dibawah pengaruh Kuat Yahudi Dan secara gambaran dapat dilihat Industri Hollywood adalah dikuasai oleh kaum Yahudi secara lazimnya. Filem yang baik bagi mereka ditonton secara ekslusif hanya pada mereka sahaja manakala filem sampah ini adalah satu di mana penjajahan minda penonton filem sahaja.

Sebab itu boleh dilhat tentang pengaruh dan budaya yang kotor seperti seks bebas dan beberapa budaya tidak elok bertentangan sering ada di dalam filem mereka untuk dipasarkan negara kita tetapi jarang filem Hollywood meketengahkan filem yang hebat untuk dipasarkan bukan kerana takut tidak menepati kehendak penonton tetapi kerana memang hanya filem sampah diedarkan sebagai satu racun kepada minda penonton secara tidak sedar.

Tetapi budaya filem sampah dibawa filem Hollywood menjadi ikutan penggiat filem negara kita untuk meniru budaya. Sedangkan ini boleh dilihat apabila pengaruh Kapitalis dan pengaruh komersial meracuni sikap pengarah filem menjadikan filem mereka sekadar mahu mendapatkan keuntungan. Tetapi hakikat filem itu mempunyai peranan yang besar dalam menjana pemikiran masyarakat selain membentuk satu kemasyarakatan ke arah lebih maju. Ini boleh dilihat di mana filem di negara asing yang lain seperti filem Iran di mana filem itu membentuk kemasyarakat selain hiburan menjadi penyatu di antara pembikin filem dengan penonton..

Cuma masalah apabila Filem Berintelektual dipertikai bagi pihak penonton filem. Filem berintelektual ini di mana filem yang boleh menjana minda ke arah positif. Di sini filem berintelektual disalah anggap sebagai filem tunjuk pandai, filem berat dan filem merugikan penonton. Namun, pada hakikatnya filem ini boleh mendekatkan masyarakat sesuatu permasalahan dengan lebih dekat sekira filem itu dibikin mempunyai nilai sedemikiannya.

Sememangnya filem sebegini dianggap berkualiti pada Pengkritik filem tetapi di mata penonton filem membawa makna berbeza. Mereka mengganggap filem sedemikian sukar untuk mereka menonton kerana membuat mereka berfikir. Padahal, hakikat Manusia digalakkan berfikir untuk perkara sedemikian kerana ia membawa kebaikan kepada manusia memikirkan sesuatu perkara dengan lebih terbuka.

Cuma berbeza filem dahulu dan filem sekarang. Adakah pengaruh di mana filem dimainkan oleh penjajah seperti Amerika Syarikat yang terkenal filem Hollywood bagi menjajah minda masyarakat dunia melalui filem untuk memundurkan masyarakat. Disebabkan kebanyakan penonton filem di panggung menerima filem Hollywood selain Filem Hollywood mendapat keistimewaan pada pihak panggung wayang itu yang menjadikan masyarakat negara tersebut malah negara kita sendiri menjadi filem tersebut pada santapan.

Sebagai penulis , tidak salah menonton filem Hollywood untuk menelitikan pada formula untuk menarik penonton dari segi teknologi dan pemasaran tetapi sebagai penonton filem, filem sedemikian tidak membawa kebaikan pada penonton malah merugikan penonton dari segi wang ringgit kerana filem sedemikian tidak membawa nilai pada konsep kehidupan serta manfaat yang lebih besar kepada diri penonton.

Itulah Dilema yang dihadapi sebahagian pembikin filem yang cuba membikin filem yang berkualiti dan mempunyai intelektual dari segi masyarakat. Namun harus diingat filem berintelektual dan berkualiti seperti ini perlu diperkasakan dari teknologi dan pemasaran kerana filem sebegini dapat masyarakat serta penonton filem berkelas pertama kerana sekiranya kesedaran dapat diwujudkan. Kemungkinan Penjajahan Amerika Syarikat untuk memasarkan filem Hollywood yang filem sampah terhenti dan berharap kira pembikin filem dan pengarah filem Malaysia mengambil iktibar sejarah sinema kegemilangan di serata dunia bagaimana filem itu dihasilkan kerana filem sampah dan Filem berintelektual memberi makna berbeza tetapi filem Berintelektual adalah filem pilihan seharusnya diwujudkan untuk menanam minat kepada penonton filem untun menonton filem yang berkualiti yang memberi kebaikan..

6/7/11

POTENSI FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA : BOLEH ATAU MUSTAHIL?

Filem Malaysia adalah filem seperti ditonton penonton Malaysia sendiri samada di panggung mahupun di kaca televisyen. Kini Filem Malaysia bukan sekadar Berbahasa Melayu kini ada Filem berbahasa Cina dan berbahasa India turut meletakkan imejnya sebagai satu filem Malaysia. Cuma sekarang Filem Malaysia dalam konteks yang sebenarnya pada asalnya filem Melayu cuma untuk dinaiktarafkan ke tahap internasionale ia dipanggil filem Malaysia untuk menggambarkan budaya Malaysia bagaimana seperti mana negara itu sendiri. Cuma bagi filem berbahasa Cina dan Berbahasa India boleh boleh dikategorikan sebagai Filem Malaysia kerana pada asasnya Filem Malaysia adalah filem berbahasa Melayu dan filem bahasa selain bahasa melayu dianggap sebagai Filem independen atau filem Minoriti..Filem Melayu adalah majoriti bagi Filem Di Malaysia. Boleh dilihat bagaimana Filem Melayu adalah filem mewakili bangsa Malaysia itu sendiri tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain kerana rata-rata Audien di Malaysia yang menonton filem majoritinya adalah kaum Melayu, diikuti Cina dan India tetapi hampir keseluruhannya Kaum Melayu menguasai panggung dalam soal penontonan di panggung.

Disebabkan itu, Filem Malaysia itu sendiri berpotensi memberi imej Malaysia ke persada dunia kerana imej kemelayuan. Sewajarnya diakui dan tidak dianggap ‘racist’ kerana hakikat pembikinan filem di tanah melayu waktu yang aktif bergiat adalah karyawan berbangsa melayu tetapi pada zaman itu Cina adalah tauke filem yang mengusahakan filem dan bertindak sebagai pengusaha panggung yang menayangkan sesebuah filem. Hal sedemikian sama seperti yang ada sekarang di mana filem melayu dihasilkan karyawan bangsa melayu cuma kini boleh dilihat sekarang banyak penerbit filem Melayu menjadi tauke filem dan walaubagaimanapun masih terdapat bangsa cina menjadi Tauke filem dan masih lagi bangsa Cina memegang tampuk pemerintahan dalam soal pemilikkan panggung dan penayangan filem sesuatu dalam sesebuah panggung. Apa yang boleh didapati melalui Filem Malaysia di Negara sendiri juga mendapat sambutan di kalangan penonton filem tempatan. Sememangnya penonton filem Tempatan masih gemarkan filem seram dan filem komedi..Yang menyedihkan apabila filem Malaysia sendiri sering tidak dapat sambutan atas sebab kekurangan modal dari idea dan kewangan yang mencukupi untuk menjana sebuah filem yang bersaing dengan filem Hollywood. .Semestinya Filem Hollywood telah menjajah Negara Malaysia dengan sumber hiburan yang hebat di kalangan penonton tempatan. Ini juga menjadi suatu cabaran dan halangan penggiat filem dan pembikin filem dalam menghasilkan sebuah filem untuk mendapat kutipan dan keuntungan dari tiket dibeli oleh pihak penonton filem selain tempoh tayangan yang terhad ditetapkan oleh Tauke Panggung yang memberi laluan istimewa kepada filem Hollywood agak memudaratkan dan menganggu rezeki penggiat filem dan pembikin filem tempatan.

Tidak dinafikan filem Malaysia mempunyai potensi di dalam Negara tetapi halangan untuk berkarya di Malaysia untuk menghasilkan sangatlah berisiko besar terutama bercerita bajet dan kos sesebuah filem untuk dihasilkan. Kelemahan filem Malaysia apabila bilangan penonton tidak mencecah bilangan yang maksimum yang pergi ke panggung bagi setiap tahun filem ditayangkan. Ini disebabkan mungkin diambil kira dengan keadaan penonton filem Di Malaysia yang jarang pergi ke panggung serta penduduk di Negara tidak berapa ramai kalau hendak dibandingkan dengan Negara Hollywood yang diduduki. Semua adalah kerana Rakyat Malaysia lebih suka menonton filem di TV berbanding di panggung kerana mereka menganggap perkara tersebut lebih mudah bagi mereka berbanding mereka pergi ke panggung menonton wayang terutama menonton filem Malaysia ataupun Filem Tempatan. Antara Alasan mungkin kerana Filem Malaysia gagal mencapai standard dimahukan penonton filem tempatan selain Filem Malaysia selalu dianggap sebagai filem Murahan dan filem tidak berkualti atas sebab konsep jalan cerita selain pemilihan genre yang sama serta cerita yang sama yang diulang-ulang membuat penonton filem Tempatan berasa muak untuk menonton filem kerana tiada pembaharuan. Masalah juga Penerbit filem untuk menghasilkan filem berkualiti kerana terpaksa mengejar keuntungan kerana tidak sanggup menghasilkan filem berkualiti kerana rata-rata mentaliti dianggap penerbit filem tempatan adalah mereka yang suka menonton filem yang ringan dan menghiburkan.. Ini sebenarnya merupakan dilema apabila perniagaan filem adalah perniagaan yang berisiko tinggi dimana pulangan adalah subjektif pada kehendak penonton filem yang akan ke panggung menonton filem tersebut . Ini menjadikan penerbit filem juga pengarah filem juga mengambil jalan selamat dengan menghasilkan filem komedi dan seram kerana diyakini formula tersebut mudah mendapat tarikan penonton selain kos pembuatan tidak semahal berbanding filem berbentuk aksi dan filem epik. Topik kebiasaan filem Malaysia tidak lain tidak bukan topik hantu, cinta, remaja, dan lawak bodoh jenaka kerana itu merupakan langkah selamat untuk menerbitkan filem bagi mereka. Apa yang lebih menakutkan bagi mereka , sekiranya filem merugikan dan filem tersebut gagal mendapat kutipan box office selain gagal untuk tempat di hati tauke panggung untuk mengekalkan filem di panggung untuk terus menayangkan filem mereka .

Walaubagaimanapun, Permasalahan tersebut boleh diselesaikan sekiranya penerbit filem,pembikin filem serta pengarah filem tersebut mengambil cabaran sebagai peluang untuk mereka hasilkan filem yang bermakna sekiranya karya dipersembahkan mereka adalah menarik dan jujur dekat di hati penonton. Apa yang dilihat disini peranan konsep jalan cerita dan plot jalan cerita sangatlah diutamakan sekiranya mahu filem mendapat sambutan di kalangan penonton kerana penonton filem biasanya amat mementingkan jalan cerita berbanding hal berkaitan teknikal dan genre sekiranya filem tersebut mahu ditonton oleh mereka. Potensi sebenarnya Filem Malaysia adalah sebenarnya terletak potensi jalan cerita.Potensi jalan Cerita adalah asas untuk semua filem yang dihasilkan dan potensi tersebut membolehkan sesebuah filem ke persada dunia atas sebab kehebatan jalan ceritanya . Tidak nafikan sekiranya filem Malaysia hendak ke persada dunia mereka perlu menghasilkan filem aksi dan filem seram untuk dijual tetapi berbalik pada asal jalan cerita adalah asas utama sesebuah filem mendapat sambutan samada di dalam negara ataupun luar Negara. Jalan cerita adalah penentu kepada kemahuan penonton filem untuk menonton walaubagaimanapun Jalan Cerita tersebut mestilah sesuai dengan keadaaan semasa dan teknologi semasa supaya filem tersebut tidaklah kelihatan seperti ketinggalan zaman kerana filem itu sendiri merujuk kepada kisah peredaran zaman dan peredaran semasa .

Cuma dikhuatiri apabila Filem Malaysia sering dipertikaikan adalah disebabkan kemampuan Malaysia dalam memasarkan sesebuah filem adalah disebabkan bahasa selain disebabkan masih baru berjinak-jinak dalam menerokai pasaran luar Negara..Persoalan ini timbul apabila Filem Malaysia dibandingkan dengan pasaran filem Hollywood dan Bollywood di mana mereka mempunyai pasaran mereka bagi produk filem mereka. Ini mungkin tidak perlu dipersoalkan kerana Filem Melayu sendiri adalah identiti Malaysia cuma yang menjadi masalah bukan sebab hendak memasarkan tetapi kerana masalah filem itu sendiri yang gagal untuk menonjolkan identiti imej sebenar sebagai imej filem Malaysia.Kebanyakan filem di Malaysia tidak mempunyai keaslian dari segi idea, cerita dan juga budaya menonjolkan imej Malaysia bagi filem Malaysia. Disebabkan faktor masalah sebegini sedikit sebanyak memberi kesan pada filem Malaysia itu sendiri untuk memasarkan. Ternyata filem Malaysia masih mempunyai kemampuan untuk memasarkan ke luar Negara sekiranya ada kemahuan serta gigih untuk berusaha memasarkannya seperti mana terbukti filem Hikayat Merong Mahawangsa yang Berjaya memasarkan filemnya ke serata dunia itu menunjukkan satu perkembangan baik pada filem Malaysia sebenarnya.

Untuk memasarkan filem Malaysia ke persada dunia ataupun serata dunia. Filem Malaysia itu sendiri perlulah mengkaji bagaimana kemahuan serta selera penonton secara umumnya bagaimana. Biasanya filem berbentuk aksi adalah filem yang dapat diterima umum di serata dunia namun begitu syarat boleh berubah sekiranya filem itu dibikin mempunyai originaliti dan mempunyai keistimewaan dari segi pembikinan serta konsep jalan cerita yang lain daripada yang lain . Penonton luar Negara sama seperti penonton di Malaysia, mereka sangat mementingkan kualiti jalan cerita terlebih dahulu daripada teknikal filem tersebut. Teknikal filem bermaksud cara pembikinan filem yang dibuat semasa penggambaran dan itu semuanya merupakan perkara kedua terpenting sekiranya filem itu hendak dipasarkan ke luar Negara juga kerana di sana terdapat piawaian dan syarat dikenakan bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh sebuah negara tersebut yang dipasarkan ke sana. Filem Malaysia yang bagus dipasarkan ialah filem yang teknikal tinggi dari pembikinan seperti teknologi CGI selain Teknik penggambaran yang dilakukan secara kreatif. Namun begitu, harus diingat biarpun Teknikal penting dalam sesebuah filem,Isi cerita dan jalan cerita yang bagus jangan diabaikan kerana prinsip penonton filem di mana sahaja adalah lebih kepada menonton filem disebabkan jalan cerita atau plot cerita yang bagus dalam filem tersebut.

Walaubagaimanapun, Harus diingat juga. Sebelum ke persada dunia atau ke serata memasarkan filem tersebut ,seharusnya pemasaran filem Malaysia seharusnya bertumpu terlebih dahulu ke Negara jiran atau Negara-negara di belah Asia tenggara seterusnya diperluaskan ke Negara Asia, ini kerana sebelum pengaruh timur serta Negara yang terdekat sebenarnya adalah potensi sebenar filem Malaysia bermula hendak ke persada Dunia misalnya jiran terdekat Malaysia ialah Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Brunei . Sekiranya Filem Malaysia mampu memikat penonton filem mereka sudah tentu kekuatan pasaran filem Malaysia boleh menjana kepada keuntungan yang berterusan pada potensi pemasaran lain. Misalnya Filem Malaysia mendapat sambutan di Negara Indonesia misalnya walaupun filem asing dikenakan cukai tinggi ditayangkan di Negara tersebut sekiranya Filem Malaysia dapat menarik perhatian penonton filem di sana , penonton filem di sana akan mencari filem itu sendiri untuk ditonton dan ini bermakna sambutan filem Malaysia telah menembusi di Indonesia dan kuasa pengguna menjadikan penonton filem di sana sanggup untuk berbuat untuk menonton filem tersebut walaupun yang ditonton itu adalah cetak rompak dari DVD mahupun internet tetapi pengaruh sedemikian lama kelamaan yang berkembang pengaruh kepada bilangan penonton yang ramai berbanding bilangan penonton filem yang ada di Indonesia.

Kesimpulannya, Tidak dinafikan bahawa filem Malaysia mempunyai potensi yang hebat untuk ke persada dunia namun harus diingat penggiat filem, penerbit filem, pengarah filem dan penulis skrip filem seharusnya mengetahui serba sedikit tentang soal pemasaran filem di luar berbanding di Negara Malaysia kerana secara tidak langsung pemasaran filem yang hebat akan membantu kepada penambahan bilangan penonton yang luar biasa sekira kena pada caranya dan keadaanya. Harus diingat juga filem yang berkualiti dari segi jalan cerita dan teknikal seharusnya dititikberat sentiasa sekiranya filem Malaysia hendak dipasarkan ke luar Negara selain tidak lupa mempertahankan imej wajah dan budaya masyarakat Malaysia kerana filem Malaysia adalah Wajah kita. Persoalan adakah filem Malaysia berpotensi ke persada dunia? Jawapannya Boleh dan siapa maju filem kalau bukan kita maju filem…

6/6/11

Ke arah Mewujudkan Tapak Industri Filem Malaysia dalam dunia Industri perfileman Islamik.

Seperti kita tahu di dalam Malaysia., belum terdapat lagi Industri filem tetapi di Malaysia hanya yang wujud hanya industri drama dan tv semata-mata. Seperti mana perbincangan pada kali ingin dibahaskan. Bagaimana caranya Malaysia ini mewujudkan Industri filem sesungguhnya amat bergantung kepada ahli penggiat filem dan pembikin filem mewujudkan situasi ini bukannya kerajaan. Selalu kita kan salahkan FINAS dalam hal melibatkan Industri filem di Malaysia tetapi hal terjadi bukan soal salah siapa yang seharusnya kita lihat tetapi apa yang kita seharusnya dengan mata kasar apa peluang yang di depan mata kita yang seharusnya kita manfaatkan..Kalau diikutkan di Malaysia suatu Negara membangun yang mampu membangun ke arah Negara Maju berbanding Negara Islam. Dan sini apa yang ingin ditekankan tentang peranan Malaysia itu sendiri penggiat filem dan pembikin filem dalam mewujudkan suasana industri filem dan tapak industri filem itu sendiri. Seperti hendak dinyatakan kepentingan di sini adalah peranan Malaysia mewujudkan Industri filem Negara di dalam Dunia Islam

Di sini sebenarnya bukannya hendak merujuk kepada filem Islamik yang sering-sering di war-warkan sebagai filem dakwah. Ini bukan soal filem mana islam atau filem apa. Tetapi soal mewujudkannya.. Di sini kalau kita lihat kembali Di barat, terdapat industri filem mereka yang terkenal yang dikenali sebagai Hollywood yang bertapak Di Los Angeles, Di timur pula terdapat tapak industri filem yang terbesar yang dikenali sebagai Bollywood yang bertapak di Negara India. Tetapi bagaimana soal berkaitan Mewujudkan Industri Filem Negara sebagai tapak Industri perfileman dalam Dunia Islam.Ini sebenarnya merujuk kepada Negara Malaysia itu sendiri yang merupakan Negara yang majoritinya beragama Islam dan kalau kita fahami Malaysia boleh menjadi salah satu tapak industri filem kerana pengaruh Negara Malaysia sebagai Salah sebuah Negara majmuk dan pesat membangun kini Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah Negara yang bagus dari segi pembangunan dan serta pelancongan..

Dalam Konteks Filem, apa yang seharusnya difahami tentang hakikat dan peluang sekiranya dapat diwujudkan. Kerana Selama ini persoalan Filem Islamik selalu berlegar dan kita terlupa kita seharusnya mewujudkan dan semulanya bermula di sini di Negara kita sendiri. Walaupun di Iran, terdapat Industri perfileman di katakan Islamik dan mendapat perhatian antarabangsa tentang pengaruh filemnya tetapi Filem Iran tidak berpengaruh dalam soal peranan industri yang sebenar dalam memasarkan filem mereka kerana bahasa mereka.. Tetapi yang berlaku Di Malaysia boleh sama apa yang berlaku di Iran yang boleh kita contohi dari segi batas dan halangan yang tidak menghalang kreativiti dalam menghasilkan sesuatu filem. Selalu menjadi permasalahan dan alas an apabila filem dikaitkan dengan kebebasan kreativiti sehingga menyebabkan nilai-nilai timur dan nilai-nilai akhlak dalam Islam diabaikan semata-mata kerana kebebasan berkarya. Tetapi Hakikat kebebasan berkarya adalah berlaku secara kreatif sekiranya sesuatu batas dan halangan dijadikan suatu alternatif dengan membikin cara yang lain yang lebih baik dengan cara yang ada sebelumnya.. misalnya sesuatu karya tak semestinya seharusnya sepenuh jujur tetapi ia perlu jujur pada perkara yang kena pada tempat dan pada tempatnya perlu ingat perlulah sopan ,teratur dan tidak menjelekkan dan menjolokkan. Semua halangan dalam pembikinan filem ke arah itu boleh diganti keindahan Alam dan penggunaan simbol dan melibatkan warna tanpa melibatkan ideologi , fahaman mahupun dakyah yang bertentangan Islam dalam filem .

Filem Islamik itu sendiri sebenarnya mudah dan tidak membebankan . Cuma hakikat menjadi permasalahan apabila penggiat filem dan pembikin filem sering menafikan dan sering menolak menghasilkan karya yang baik dari segi akhlak semata-mata mahu mengejar kepuasan berkarya yang hanya melibatkan hawa nafsu semata-mata .Perlu kita tahu filem Islamik yang dibikin fokus utama adalah disebabkan dakwah tetapi pada keseluruhan filem itu sendiri harus difahami dibikin adalah kerana hiburan kepada penonton. Dan peranan filem bukannya untuk berceramah. Beza filem dengan ceramah ialah filem adalah tempat penonton menonton untuk berekreasi minda mereka dan ceramah ialah tempat mereka menimba ilmu dan mendapat kesedaran. Tetapi dalam konteks filem Islamik yang ingin dibicarakan di sini ialah Filem Islam adalah dibikin kerana dakwah tetapi dalam kontek mengikut hiburan mengikut jenis golongan apa yang mereka tonton filem tersebut. Perlu diingat filem Islamik sangat besar nilai dalam memberi mesej dan filem kalau diteliti secara mendalam ia berperanan sebagai pengaruh sangat kuat kepada penonton untuk dipengaruhi. Dalam hal ini, Filem Islamik sekiranya dibikin secara halus dan teliti dakwahnya secara telus ke kaca mata penonton filem yang menonton filem tersebut sudah tentu akan memberikan impak yang sangat besar penontonnya. Tetapi perlu diingat juga konsep cerita, jalan perceritaan dan lakonan yang menarik adalah sumber yang wajib ada dalam mana-mana filem termasuk filem yang berbentuk Islamik sekiranya filem itu hendak dihasilkan. Kerana kebanyakan penonton filem lebih bersandarkan kemahuan mereka menonton filem atas konsep jalan cerita yang baik dan menarik terlebih dahulu sebelum melibatkan aspek- aspek teknikal yang lain. Di sini Filem Islamik sebenarnya mampu dihasilkan lebih baik dari segi kutipan dan keuntungan sekiranya konsep jalan cerita yang menarik dititik-beratkan..

Oleh kerana itu, perkara ini seharusnya bermula dari sekarang di mana seharusnya Malaysia, Negara ini di mana penggiat –penggiat filem dan pembikin-pembikin filem mengambil iktibar dan kesedaran juga peluang besar sekiranya industri filem di Negara Malaysia dapat diwujudkan sebagai tapak industri perfileman Islamik dalam dunia Islam. Apa yang boleh diketahui di sini,pada asasnya Malaysia belum punya tapak industri filem yang betul-betul kukuh selain dikatakan belum ada lagi tetapi soal mewujudkannya, masih boleh diwujudkan sekiranya kesedaran dalam setiap penggiat filem dan pembikin filem tentang mewujudkan filem islamik dapat diterapkan selain kesedaran muhasabah diri dan dakwah dalam diri penggiat filem dan pembikin filem yang tulus dan jujur dalam diri mereka sangat penting sekiranya mereka keinginan untuk membikin filem berbentuk Islamik. Semua ini boleh dilakukan sekiranya kerjasama dan rasa insaf juga tanggungjawab pengkarya seperti pengarah filem juga pembikin serta penulis skrip itu sedar tentang hakikat dunia berlaku pada masyarakat sekarang terutama soal keruntuhan akhlak, perpecahan masyarakat serta kelalaian masyarakat dalam menunai kewajipan dalam soal agama. Ini boleh diatasi sekiranya mereka sedar dan mengambil jalan mencari kesedaran dalam diri tentang hakikat yang berlaku sekarang dan sekiranya diambil inisiatif dibikin sebuah filem atas sebab untuk memperbaiki kesedaran masyarakat atas soal sebegini dengan contoh akhlak mulia dan perbuatan mulia seharusnya dilakukan ia akan menjadi rujukan, pengaruh kepada masyarakat untuk mencontohi. Dan semua ini boleh terjadi sekiranya pembikin filem itu sendiri tentang peranan dan kewajipan kepada masyarakat. Filem sendiri secara tidak sedar menjadi mesej nadi kepada masyarakat yang menontonnya dan menerima apa yang dilihat dan difahami daripadanya..

Berbalik kepada persoalan Asal, bagaimana untuk mewujudkannya, ia boleh diwujudkan sekiranya filem itu dihasil atas inisiatif dan perasaan sukarela penggiat filem dan pembikin filem atas nama dakwah dahulu tetapi bukan melalui soal mendapat keuntungan dan hiburan kosong semata-mata. Dalam hal begini, sememangnya sesuatu pembikinan filem tidak dapat dipisahkan tentang hakikat keuntungan dan hiburan kerana pembikinan filem itu tersebut asal peranan dijual dan dipersembahkan kepada penonton filem yang membayar tiket tersebut menikmati filem tersebut. Sebenarnya kalau difahami sebenarnya dakwah itu sebenarnya lebih menguntungkan banyak pihak berbanding keuntungan dan hiburan kosong semata-mata dihasilkan kerana filem dihasilkan dakwah berperanan memberi kesedaran selain memberi gambaran dan semangat kepadan penonton filem untuk dipengaruhi kepada kea rah kebaikan,. Semestinya dalam soal pembikinan filem Islamik. Soal Dakwah dipentingkan terlebih dahulu diikuti soal untung dan hiburan dan berbalik prinsip filem yang asal adalah sesebuah filem perlu mempunyai jalan cerita yang menarik yang sesuai ditonton di dalam panggung. Semestinya perkara utama sesebuah filem perlu dititikberat sebelum beralih kepada apa filem yang ingin dihasilkan. Sekiranya filem islamik dapat dihasilkan tentunya memberikan manfaat besar penonton filem yang menontonya kerana filem Islamik sendiri membawa makna member mesej kebaikan dan kebaikan sekiranya hiburan dibikin sesuai dakwah yang dituju kepada penonton filem yang menontonnya sudah tentu memberi impak yang besar dalam diri mereka yang menontonnya.

Untuk menghasilkannya, Apa yang perlu dilakukan ialah menentukan apa pasaran yang sesuai dan kaedah bagaimana untuk memasar dengan lebih meluas. Bermula Di Malaysia sendiri, Apabila Filem Islamik Berjaya dihasilkan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan pengkritik filem . perkara ini tidak perlu dipandang dengan begitu, ia perlu dipandang secara meluas tentang cara bagaimana untuk memasarkannya ke luar Negara selain cuba menepati apa kriteria dan pemasaran sesuatu filem yang bagus bagaimana dipasarkan. Sekiranya kita dapati Hollywood antara industri filem yang mempunyai pasaran filem di dunia yang meluas di serata dunia yang meluas kerana bahasa mereka selain pengaruh budaya. Tetapi apa yang boleh kita lihat contoh pemasaran filem mereka adalah dari segi pasaran mereka, mereka bijak menentukan apa jenis genre, cerita dan konsep yang hendak ditujukan pada penonton yang berada di luar Negara mereka secara Universal. Semua ini boleh dijadikan contoh tetapi hal sebegini yang perlu ditekankan dengan mewujudkan pasaran yang sedia ada. Pasaran filem islamik sebegini boleh dipasarkan secara meluas sekiranya di bikin bahasa lain selain bahasa Malaysia iaitu bahasa Inggeris atau bahasa Arab kerana sekira diperhatikan majoriti Negara islam yang merangkumi Asia Tenggara dan Timur Tengah rata-rata yang mengetahui dan memahami bahasa tersebut. Jadi Fokus pemasaran kalau diperluaskan dan diberikan suatu kompromi kerjasama di antara Negara tersebut ia boleh mewujudkan satu persepaduan dan ikatan kukuh dalam memperkasakan filem Islamik itu sendiri ke persada dunia ini semua bermula di Negara Malaysia memandangkan sekiranya diperhati secara mendalam ia boleh dijadikan suatu turning point pada industri filem yang sedia ada seperti Hollywood dan bollywood bersaing dengan satu industri filem baru yang dikenali sebagai suatu industri filem Islamik..untuk meletakkan Gelaran ‘Wood’ itu tidak perlu untuk melabelkan sesuatu industri tetapi apa yang diberikan penekanan ialah dalam mewujudkan tapak industri dan memasarkan filem tersebut ke Negara luar dan ini boleh dilakukan di Negara Malaysia yang tercinta ini sekiranya diberikan perhatian dan kesedaran tentang hakikat yang sebenarnya.

Semua ini sangat diperlukan pada masa kini, kerana kewujudan industri filem Malaysia dalam industri perfileman islamik ini membantu kepada perkembangan ekonomi dan hiburan alternatif kepada umat islam tanpa kita sedari. Ini membantu kepada mewujudkan Dakwah dan kesedaran kepada masyarakat sejagat tentang kebaikan , kebajikan juga peranan dalam menjalankan kewajipan dalam agama. Di sini semuanya boleh bermula sekiranya ada tindakan dilakukan oleh Penggiat filem dan pembikin filem di Malaysia yang berani menghasilkan dan berani memasarkannya. Bukan Soal Bajet yang menentukan berapa banyak filem tersebut perlu dilaburkan tetapi soal kepada bagaimana filem islamik sebegini memberikan impak baru pada jalan cerita yang menarik kepada penonton dahulu.Seterusnya sekiranya industri perfileman islamik terus dapat diwujudkan ia akan nafas baru kepada dunia perfileman Negara juga serata dunia dan sudah tentunya dakwah islam akan tersebar dengan kaedah filem dipasarkan dan pengaruh filem kepada dunia sangat besar sekiranya diamati secara halus dan secara telus..Sekiranya Malaysia dapat mewujudkan tapak industri filem Malaysia bagi industri perfileman Islamik untuk Negara-negara Islam dan serata dunia sudah tentu manfaat besarnya dapat mengatasi berbanding Hollywood dan Bollywood kerana Industri perfileman sebegini dapat dijadikan sebagai alternatif yang hebat kepada suara-suara yang hebat kepada kebangkitan dan kemenangan islam pada akhir zaman tak lama lagi dalam memperjuangkan dakwah islam ke serata dunia.

5/25/11

Bicarafilem : filem dulu tak macam sekarang...


Masalah sekarang ni kita boleh lihat sendiri. Yang pergi panggung dan yang tak pergi panggung semua mesti alasan mereka sendiri . Yang pergi panggung, biasanya yang lebih ramai golongan remaja dan dewasa yang lingkungan menonton tapi kalau kita lihat sendiri filem sekarang tidak berapa menarik filem terdahulu tak kira yang datang dari hollywood ker, bollywood ker, Hong Kong ker atau Filem Melayu sendiri tak perlu cakaplah .

Kalau tengok filem Hollywood, kalau kita perasan filem mereka tak ubah macam dah kering idea, memang filem ada kualiti tapi filem mereka kosong. Kosong apa? Kosong nilai dan Kosong dari segi konsep dan originaliti kreativiti asal. Tak, dinafikan sebahagian besar Hollywood terkenal dengan peniruan dan kalau ikutkan peniruan itu tidak salah yang salah itu menciplak sebab kebanyakan filem dihasilkan adalah berasaskan peniruan. Misalnya, kalau kita lihat sendiri bagaimana kita hendak membikin filem yang realistik adalah kita meniru apa yang sedia kita lihat dan kita bikin. Misalnya kalau kita tengok filem yang hendak mengketengahkan watak gangster jika dia hendak membikinnya dia perlu meniru perbuatan sebenar gangster yang sebenar untuk difilemkan supaya nampak real.. Tapi yang berlaku di Hollywood, filem mereka kekurangan nilai kemanusiaan akhir-akhir ni. Filem mereka lebih kepada faktor menghasilkan filem berteknologi CGI, Aksi, Aksi Ganas dan Seks untuk mempromosikan filem mereka. Kalau kita tengok filem Hollywood sekarang berbanding dahulu filem Hollywood lebih banyak dari segi Konsep jalan cerita, Hiburan dan Konsep Sinema dipersembahkan. Berbanding sekarang..

Manakala Filem Bollywood, tidak perlu nak kata macam mana. Filem Bollywood masih kekal hiburan kosong dan bezanya Hollywood dan Bollywood ialah Bollywood filemnya pasaran lebih bersesuaian untuk tontonan televisyen dari filem itu sendiri. Filem Bollywood juga tidak seperti dahulu di mana filemnya dulu lebih menyengat dari lakonan pelakonnya dan jalan ceritanya. Kini tidak, filem Bollywood hanya sekadar penuh tari-tarian, lagu-lagu dan pelakon yang kosmetik dan maskulin untuk memenuhi syarat sebuah filem sahaja. Filem Bollywood sekarang tiada nilai tidak seperti dahulu.. Tidak perlu saya kata tajuk-tajuk filemnya, kita lihat sahaja berlambak filem Bollywood di kaca televisyen yang lihat pun tak ubah seperti filem cerekarama. Tidak tahu bagaimana penonton di India boleh menerima Hiburan yang sebegini ringan dan sebegini Membosankan dengan cerita yang sama berulangkali dengan jalan cerita yang sama dan juga pengarahan filem dengan syot yang sama..


Filem Hong kong pula, Asyik dengan Aksi Kung fu, gangster, Cerita Epik dan wira purba. Ya, mereka nak tunjukkan budaya mereka tetapi semua itu sudah tidak relevan untuk masa kini. Filem Hong Kong tidak macam di mana era Bruce Lee, Jackie Chan, Jet li dan juga john Woo. Filem tersebut lebih menyerlah dan membawa nama filem Hong Kong ke persada antarabangsa. Tetapi Filem Hong Kong sekarang tak ubah seperti filem yang tiada pembaharuan dari segi jalan cerita dan kreativiti dari segi konsep. Filem Hong Kong masih terikat pada budaya tersebut dan Filem mereka skopnya terlalu terikat sungguh pada budaya asal yang di mana budaya tersebut tidak relevan dengan suasana situasi sebenar filem tersebut seharusnya dibikin. Tidak dinafikan Pasaran filem mereka mampu dipasar ke beberapa negara luar termasuk ke negara Malaysia. Kalau lihat kembali, Filem Hong Kong Sekarang tidak ubah dengan Filem Negara kita bezanya mereka bikin filem lebih kepada bisnes bukan kualiti filem berkenaan..


Bagaimana Filem Melayu pula ? Usah nak cakap semua orang tahu. Filem Melayu cuma harap P.Ramlee sahaja yang menjadi Klasik dan ada value tetapi yang sekarang tak ubah celup sini celup sana tak ada
apa-apa yang baru mengenai filem Melayu. Filem Melayu sekarang kalau kita lihat sendiri pemikiran pembikin yang menghasilkan sendiri masih sempit dan tiada nilai . Mereka ingat penonton filem datang tengok wayang nak filem hantu jer ker, Filem komedi jer ker, filem Aksi gangster jer ker..

Sayang saya sendiri tak menonton filem Melayu sebab malu dan meluat dengan filem ada sekarang yang rata-rata tidak apa Menarik untuk tahun ni. Kecuali Hikayat Merong Mahawangsa itu filem patut dibanggakan dan sepatutnya filem diangkat dan disokong. Filem yang lain rata-rata takut untuk membuat anjakan paradigma memandangkan kalau kita lihat sendiri yang pembuat filem sekarang takut menghasilkan filem yang lain dari lain sebab dulu tak macam sekarang. Panggung di kawal tauke panggung dan tauke panggung boleh tarik filem tu lepas seminggu kalau filem tu tak untung selain selain Filem Melayu sekarang dalam dilema dalam menghasilkan cerita yang baru kerana Panggung di Malaysia bukan panggung untuk filem Melayu tetapi panggung untuk filem Barat, Filem Hong Kong , Filem Tamil dan Filem Bollywood. Bukan nak bersikap Racist tetapi ni hakikat. Filem Melayu kalau filem itu untung yang hasilkan itu bukan produser filem dari bangsa melayu. Sendiri mahu faham sahajalah. Dan Sebagai orang Melayu, saya tak suka bangsa saya ambil jalan untuk membikin filem yang sedia ada dan filem sebenarnya yang menariknya bukannya seram , hantu, lawak dan aksi gangster tah hapa-hapa tu yang menariknya jalan cerita dan jalan cerita ni pula bukan bajet mahal pun asalkan kreatif sebab cerita mahal pun boleh dibikin dengan kos yang murah dan berkualiti. Dan Filem Melayu yang dibikin oleh pembikin filem tersebut haruslah jujur jangan hipokrit barulah filem itu menarik hendak ditonton...

Tetapi masalah orang melayu, kalau nak bikin filem bagus asyik-asyik nak bikin filem CGI,Epik, Sejarah sahaja bajet berjuta-juta dan mereka terlupa orang nak menonton bukan nak menonton betapa mahalnya kos dan betapa canggihnya filem tu. Orang nak betapa menarik cerita itu dan bila menarik orang mesti nak tonton..Ini kalau kita lihat sendiri filem yang canggih kalau ceritanya hampeh, percayalah orang akan keluar panggung juga. tetapi filem yang menarik jalan ceritanya susah kita nak orang akan keluar walaupun cerita tu special efek pun tak da, aksi-aksi pun tak da yang ada jalan cerita yang menarik.. menarik ni yang menarik orang pegi panggung..

Sebenarnya, Semua orang akan sedar sebenarnya filem mana-mana pun sekarang yang baik dan menarik filem yang dahulu. sebab itu filem dahulu dipanggil klasik kerana sampai sekarang orang boleh layan cerita dan orang sekarang yang tengok filem boleh appreaciate filem tu cuma beza tak tonton atau menonton sahaja. Jadi, itulah diberikan kekuatan..Saya ingin membikin filem sebab saya tak layan menonton filem yang sedia ada tetapi apa yang tahu dan pandangan saya ini mungkin terlalu pandai dan terlalu jujur tetapi itulah hakikatnya. Filem dulu tak macam sekarang.. Siapa maju filem kalau bukan KITAMAJUFILEM...

P/S - Saya sendiri sedang menulis skrip filem untuk dijual dan ada filem saya sekarang saya tulis adalah filem low-budget berbentuk Aksi yang hendak hasilkan tak lama lagi.. harap doa tahun ini siap dapat dihasilkan..Amin...

5/24/11

Tayangan Filem Seminggu dan AstroFirst : Suatu pembunuhan pada Industri filem tempatan ?

Setelah sekian lama industri filem Malaysia diperkenalkan dengan kaedah pemasaran filem terus televisyen ASTROFIRST iaitu Rangkaian interaktif diperkenalkan oleh Astro untuk pelanggan melanggan filem tempatan untuk ditonton secara langsung dan ini merupakan satu kemudahan memudahkan bagi peminat filem secara terus ke kaca televisyen . Namun di sebalik itu, terdapat Syarat Terbaru di pawagam tempatan di mana Filem tempatan hanya diberi peluang giliran seminggu tayangan untuk filem berkenaan dan sekiranya filem tersebut tidak mendapat untung bagi pihak tauke panggung mereka boleh menariknya kerana syarat wajib tayang dua minggu tidak lagi digunapakai bagi masa kini. dan Itu merupakan tanggungjawab FINAS yang sepatutnya dititikberatkan..

Apa yang lebih mengecewakan dan lebih menakutkan. Apabila pengiat filem tidak mempunyai pilihan untuk mendapat keuntungan bagi pihak mereka dan ternyata di sini tauke panggung lebih mengaut untung berbanding produsernya mahupun pembikinnya..Lagipun, lambakan filem Asing di negara kita ini semakin membimbangkan di mana peluang untuk penggiat filem untuk mempertontonkan tersangat terhad tetapi berbeza layanan pihak panggung pada filem Asing ternyata berbeza..Lihat sahaja filem Tempatan sememangnya dianaktirikan dan peluang tayangan besar-besaran hanya diberikan pada filem Asing. Filem Asing merangkumi bukan sahaja dari Hollywood, bollywood malah filem dari negara lain termasuk negara China.

Semestinya budaya penonton filem sudah semestinya berkurangan di mana persepsi penonton menggangap tidak perlu ke panggung kerana filem mudah didapati di kaca televisyen. Mengenai Cetak rompak sudah tentu membunuh industri filem tempatan di mana filem ditayang di kaca televisyen lebih mudah bagi kegiatan cetak rompak menjalankan kegiatannya kerana filem yang ditayang di televisyen lebih mudah diciplaknya berbanding di panggung kerana di panggung sendiri terdapat garis panduan dan larangan manakala penggiat cetak rompak memudahkan kegiatan mereka dengan hanya merakam sahaja filem itu dari kaca televisyen menggunakan perisian tertentu untuk merakam dari sumber televisyen berkenaan.. Semestinya ini membunuh Industri filem tempatan kita.

Ini menjadi Dilema dan permasalahan yang sangat kritikal sekiranya tidak diberi perhatian kerana takut nanti tiada lagi penggiat filem tempatan yang akan berani membikin filem selain boleh dilihat sendiri bagaimaana masyarakat kita lebih teralih kepada gaya hidup berada di rumah berbanding keluar rumah ke panggung menonton filem. Gaya hidup berada di rumah sememang Zon selesa masyarakat yang sangat disenangi mereka. dan sekiranya semuanya filem tempatan dibawa seminggu selepas itu ke televisyen. secara terang-terangan ia boleh membunuh industri filem tempatan. kerana Filem tempatan sendiri belum mempunyai tapak kukuh dan landmark mereka untuk bersaing dengan filem luar ini tidak termasuk pada syarikat filem tempatan yang punyai portfolio kukuh tetapi ini merujuk pada penggiat filem mahupun produser filem baru dalam menceburi dalam industri filem ini.semestinya kita bukan bergantung pada syarikat yang terdahulu memajukan filem tetapi memerlukan penggiat filem baru kerana di situ lah bermula kerancakan industri filem tempatan untuk terus menghasilkan filem..

Tetapi sekira masalah ini berterusan terjadi, pandangan penulis sebenarnya ia membunuh filem tempatan itu sendiri. kerana keuntungan filem bergantung pada tempat duduk dan tiket dibeli oleh penonton filem berada di panggung bukan di rumah. Keuntungan filem di kaca televisyen hanya boleh diperolehi sebulan selepas tamat tempoh tayangan filem berkenaan..Tetapi filem itu masih boleh bertahan dan mendapat pulangan modal sekiranya diberikan tempoh dua minggu tayangan seperti termaktub dalam syarat wajib tayang yang terdahulu..


jika ini tidak diberi perhatian, sudah tentu tiada lagi filem tempatan yang berani menayangkan filem mereka selama sebulan dan filem itu terus dibawa ke televisyen dan ini tidak boleh dianggap sebagai budaya penontonan filem yang baik di mana filem ditayangkan di televisyen tidak ubah gaya kepada penontonan drama dan cerekarama jikalau diperhati secara mendalam. budaya menonton filem di panggung dan di kaca televisyen adalah berbeza tetapi sekiranya filem ditayangkan ke televisyen sudah tentu ia akan membunuh industri filem tempatan perlahan-lahan tanpa kita sedari dan ini menyekat produser filem dan penggiat filem baru untuk menghasilkan filem baru untuk ditayangkan di panggung. Harapan penulis hanya perhatian seharusnya diberi perhatian kerana secara terang-terangan terlibat dalam industri filem merupakan risiko tinggi tetapi tayangan seminggu dan ASTROFIRST sememangnya memberi kesan kepada industri filem tempatan secara jujurnya...

5/23/11

Mencari keuntungan Filem atau Filem berkualiti?

Sememangnya menjadi persoalan kedua-duanya di mana letak filem di situ terdapatnya pembikinan filem dan pemasaran filem. Filem bukan terletak pada soal pembikinan malah ia termasuk dalam soal perniagaan. Di mana sesebuah panggung wayang, bertindak untuk mendapat keuntungan daripada penonton untuk menonton filem mereka dipanggung untuk mendapat keuntungan kedua-dua belah pihak samada pemilik panggung mahupun pembuat filem. yang menjadi persoalannya, adakah filem yang mengaut keuntungan berjuta-juta adalah filem berkualiti dan adakah filem yang berkualiti tidak boleh mengaut keuntungan sebanyak itu?

Tetapi yang menjadi permasalahan apabila Filem yang ditonton adalah berperanan sebagai Hiburan kepada penonton dan jarang sekali filem dibikin adalah untuk orang berfikir dan orang berilmu dan filem sedemikian tidak menguntungkan di mata produser apatah lagi di mata Audiens secara umumnya. Pembikin filem secara umumnya adalah bukan pelajar filem mereka adalah orang yang biasa mahupun orang berduit yang menghasilkan filem dan mendapat keuntungan yang luar biasa. Ini menjadi dilema kepada pelajar filem mahupun mereka mempunyai ijazah dan kelulusan tinggi yang pengetahuan tinggi dalam soal Ilmu Filem disisihkan kerana didakwa sebagai tidak tahu apa itu perniagaan filem dan dianggap sebagai pembikin filem yang mementingkan Artistik dan Estetika seni dan budaya dalam filem. Tetapi tidak semua pembikin filem yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang filem berfikiran begitu. Ada juga menitikkan soal perniagaan dan ada juga mengabaikan soal Artistik dan Estetika Seni dan semua itu juga bergantung pada individu yang menghasilkan filem tersebut.

Persoalannya, bolehkah filem berkualiti dihasilkan mendapat keuntungan melipat ganda berbanding filem yang dihasilkan secara murahan? jawapan adalah bergantung pada tarikan pada konsep yang diutarakan dan sejauh mana menarik sesebuah cerita mahupun cara ekprestasi pengarah untuk ditonjolkan pada yang menonton filem berkenaan. Kerana filem berkualiti adalah filem yang dihasilkan dengan penuh teliti dan dibikin untuk dijadikan sebagai tontonan yang berharga. Filem berkualiti adalah filem ditonton dan bertahan sepanjang zaman. Filem tidak berkualiti adalah yang hanya ditonton dan bertahan pada nilai kutipan sesebuah filem dalam sebuah panggung pada masa dan waktu tamat tempoh tayangan filem tersebut.

Ini tidak bermakna filem yang berkualiti merugikan kerana filem yang berkualiti bukah sahaja ditonton di sebuah panggung malah ditonton kembali di televisyen berulang kali selain filem berkualiti boleh menarik daripada penonton filem biasa kepada pembeli DVD yang akan membeli koleksi filem berkenaan untuk ditonton kembali. Ini terjadi apabila Filem berkualiti mempunyai harga bukan pada nilai kutipan pada hari tersebut tetapi pada nilai 'entertainment' ataupun hiburan yang berkekalan. Dan nilai hiburan adalah nilai sejauh menarik dihasilkan untuk ditonton berulang kali di mata penonton. Semua ini bergantung filem yang mempunyai nilai kualiti yang tinggi. Ini menunjukkan filem berkualiti mampu mengaut kutipan melipat kali ganda jika disokong dengan pemasaran filem yang hebat selain filem berkenaan mengetahui selera penonton yang mengeluarkan duit untuk filem berkenaan..

Jadi tidaklah persoalan filem menjadi punca keterlaluan untuk pembikin filem untuk menetap filem apa yang seharusnya dibikin. Berbalik pada asal, bukan soal filem seram dan komedi mendapat untung atau filem Drama dan filem Artistik membawa rugi ini adalah soal di mana menarik sesebuah filem itu akan ditonton kepada penonton. Bagaimana filem tersebut dipersembahkan pada penonton adalah bergantung pada olahan skrip berkenaan selain cara pengarah filem mengolah skrip filem tersebut secara bijaksana menjadikan filem itu menarik bukan sahaja pada dirinya menghasilkan malah pada mereka yang lain menonton filem dihasilkan secara jujurnya.Oleh itu,Sebagai penulis Mencari keuntungan sesebuah filem adalah bergantung filem yang menarik dan juga filem yang berkualiti kerana pada hasilnya ia mendapat keuntungan yang berkekalan pada sepanjang zaman bukan sahaja pada hari itu, masa itu atau tahun itu malah sepanjang zaman...

5/16/11

Pembikinan filem; Teknikal atau teori?

Bercakap mengenai Pembikinan filem bukan sekadar bercakap ataupun berteori. Pembikinan filem adalah sesuatu yang praktikal dan teknikal yang bukan sekadar melihat dan menonton. Namun terdapat ahli akademik filem yang terlalu melebihkan pada persoalan teori dan sejarah filem dan pada hakikat sekarang Filem adalah medium hiburan dan kini Pembikinan filem dahulu dengan sekarang amat berbeza kerana pembikinan filem dahulu dijadikan sebagai suatu sumber seni seperti melukis lukisan dan mewarnakan lukisan dan ini secara tidak langsung dipanggil sebagai Art.

Ternyata, Sekolah filem dan universiti filem terlalu banyak memperuntukkan masa yang panjang untuk seseorang pelajar untuk belajar teknikal filem belajar ilmu filem, menulis esei filem, menulis ilmiah filem yang sama sekali rujukan sebegini tidak pernah dilayan oleh ahli pembikin filem. Mungkin hakikat boleh diterima kerana tidak semua orang boleh bikin filem dan boleh belajar mengenai filem. Pembikinan filem ibarat seperti meniaga, ia merupakan sesuatu yang praktis dan secara tak langsung, semua orang boleh membikin filem asalkan ada kemahuan dan ada semangat untuk menghasilkannya. Cuma apa yang menyedihkan, apabila universiti dan sekolah filem tidak diajar tentang apa itu industry dan pembikinan filem yang sebenar. Percaya atau tidak, Robert Rodriguez, pengarah filem El Mariachi, yang membikin filem tersebut dengan kos hanya US7000, mengatakan kita boleh belajar filem dengan hanya 1o minit sahaja dan selebihnya usaha untuk membikin.

Sememangnya, Robert Rodriguez seharusnya dicontohi kerana ia telah membuktikan bahawa biarpun nilai kos yang rendah ia mampu membikin filem panjang berdurasi 90 minit. Semua itu bergantung seberapa hebat kreativiti seseorang pembikin untuk menghasilkan sesebuah filem. Di Malaysia, Rata-rata jikalau hendak membikin filem tak sah modalnya perlu sejuta padahal sekiranya kreativiti itu menguasai modal yang sedikit boleh dibikin setaraf dengan kualiti filem yang sedia ada.Ini terbukti apabila teknologi semakin lama semakin canggih ia akan semakin mudah dan kaedah pembikinan dan penghasilan akan menjadi semakin murah. Lihat sahaja Adegan Pistol tembak-menembak tidak perlu lagi menggunakan teknik nyalaan api pada pistol untuk menunjukkan kesan khasnya semua itu boleh diaplikasi dengan teknik Muzzle di mana Teknik boleh diaplikasi pada sistem teknologi Komputer. Selain letupan dan teknik pelanggaran dan juga teknik Green-screen dan blue screen semua ni boleh dibelajar sendiri dan tanpa keluarkan apa-apa kos dihasilkan.

Selain itu, Kemungkinan Teknologi Kamera Canon HDSLR MK 2 Trend baru dalam pembikinan filem di mana Aplikasi menjadi semakin mudah sesiapa sahaja boleh membikin filem tanpa perlu menyewa kamera video professional mahupun kamera filem untuk menghasilkan semua dilakukan tu dengan digital setelah dipost-edit. Dan penghasilan sebuah filem digital telah membantu banyak pembikin filem independen bukan sekadar membikin malah dijadikan satu landasan untuk memulakan kareer. Tetapi sayang kita tidak diajarkan untuk berkreatif dalam soal teknikal dan kebanyakan soal teori dan kreatif dititikberatkan sedangkan Teknikal adalah sebahagian Kreatif di mana semua hasil karya adalah bermula dengan Teknikal. kebanyakan Teknikal diajar hanya skop pengajaran yang terhad di mana semuanya perlu dimulakan dengan bajet bukannya hasil usaha dan Trial dan Error. Sememangnya pembikinan Filem adalah soal Teknikal kerana soal Teknikal merangkumi di mana suatu pekerjaan dan penghasilan dapat dimulakan dan dapat dihasilkan hingga terhasil.

Sebagai penulis, saya tidak mengabai teori dalam soal berkreatif tetapi soal teknikal adalah penting kerana tanpa ilmu mengenai teknikal dan usaha ke arah teknikal, mustahil sesebuah karya kreatif dapat dihasilkan. Dalam soal pembikinan filem ini, pandangan Penulis. Teknikal adalah penting diikuti teori perkara ini perlu seiring supaya penjanaan ilmu dan penghasilan suatu produk kreatif dapat dihasilkan dan boleh memberi pengajaran masyarakat dari luar sana untuk mempelajari bagaimana cara dihasilkan...