9/14/13

Review Filem Vikingdom (2013)




Vikingdom (2013) merupakan sebuah filem arahan Yusry KRU ataupun Yusry Abdul Halim Yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem epik pertama Yusry KRU sebelum ia beralih filem besar kini iaitu Vikingdom.

Vikingdom dengan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) jalan cerita tidak jauh beza dengan sebelum ini ia mengisahkan seorang wira yang kalah yang bangkit kembali untuk berlawan menebus kekalahan dan kejatuhannya sebelum ini menentang untuk mendapatkan kemenangan kembali dan haknya kembali. Beza Vikingdom dengan HMM adalah Vikingdom lebih mengagumkan dari penggunaan CGI dan Skor Musik tetapi hakikat Yusry KRU dari segi pengarahan masih di tahap sederhana dan pengarahan tidak lari dari filem HMM sebelum ini walaubagaimanapun Aspek perlu dipuji pengarah filem ini menketengahkan teknologi CGI dengan lokasi pengambaran hampir keseluruhan dibuat di Malaysia yang seakan menjadi untuk sebuah filem sepatutnya membuat penggambarannya di luar Negara.. Teknologi CGI dipaparkan adalah cukup cantik dan cukup real cuma sekiranya arahan Yusry dikemaskan dapat menampakkan lebih impak pada visual dalam filem ini.
  
Vikingdom mengisahkan seorang raja bernama Eirik berturunan Viking yang mati kemudian dihidupkan kembali dan kini dihidupkan kembali oleh dewa di mana diberikan peluang kedua untuk mencari 'Horn' untuk mengalahkan Thor bersama-sama rakan-rakannya turut bersama membantu melawan tenteranya . itu adalah secara ringkas tentang jalan cerita secara keseluruhannya

Dari aspek Skrip filem ini tidak tulis oleh Yusry KRU sepertimana Filem HMM sebelum dan kali ini skrip ditulis oleh James Coyne. Boleh dikatakan Yusry KRU mengarah filem yang bukan hasil tulisannya dan garapan skripnya untuk filemnya kali ini adalah penulis skrip dari luar negara. Boleh dikatakan Skrip filem mempunyai jalan penceritaan dan formula seakan sama seperti HMM tetapi kali ini jalan cerita mempunyai kejutan di akhir cerita tetapi sayangnya Yusry KRU gagal menterjemah momentum surprise dengan lebih berkesan.

walaubagaimanapun Skrip yang baik dari James Coyne menyelamatkan filem dan arahan Yusry KRU dari terus hilang arah dan menjadikan filem ini lulus sebagai sebuah filem Antarabangsa dan seharusnya ditonton diberi sokongan padu oleh Rakyat Malaysia pada masa akan datang namun Filem Vikingdom membawa rupa dan imej KRU sepertimana apabila Melihat Filem Vikingdom kita boleh kenal pasti ia datang daripada produksi KRU kerana dari segi gred kualiti warna filem kita boleh saksikan sendiri beza filem Hollywood dan Filem KRU adalah dari segi gaya , olahan dan trademarknya tersendiri. Boleh dikatakan Produksi KRU mempunyai unik dan magis tersendiri yang tidak boleh dibanding dengan filem Hollywood. Imej Produksi KRU yang terkenal imej jenama yang terkenal dengan filemnya dengan imej Fantasi, CGI dan Pengembaraan seharusnya dikekalkan supaya ia boleh ia boleh dikenali oleh ramai pihak sebagai satu jenama khususnya kepada KRU Studio.

Dari Aspek penceritaan, Cerita ini bergerak secara pantas di mana filem ini hanya memberi ruang kepada persoalan penceritaan yang asas. Skrip dibina secara mudah dan teratur walaubagaimanapun penceritaan keseluruhan tidak ditekan pada asas watak dan perwatakan dengan lebih mendalam pada setiap karakter dipersembahkan. Watak digambarkan perwatakan adalah berada di satu landasan dan satu lapisan sahaja.hanya dari segi luaran. Secara keseluruhan penceritaan adalah focus pada perjalanan plot dan perlu diingatkan filem sudah rencah sebagai  skrip yang baik tetapi dibantu suntikan arahan yang hebat dari persembahan, tempo dan pacingnya. Filem ini boleh jadi lebih baik dari itu..
 
Ternyata CGI filem KRU kali ini untuk Vikingdom lebih ‘Advance’ berbanding Filem HMM kita dapat lihat penggunaan Stop-Slow-motion action seperti mana aksi lawan dalam filem 300 yang pernah kita saksikan banyak terdapat dalam filem ini . Ternyata ini adalah filem arahan Yusry KRU terbaik dari segi kesan khas berbanding filemnya yang lain. Walaubagaimanapun, Diakui dari segi humor cuba diterapkan seakan tidak menjadi seperti mana dalam filem HMM tetapi sebagai sebuah filem bertema Epik Aksi Pengembaraan Fantasi rasanya sudah cukup menjadi sebagai satu filem seolah menonton filem lord of the ring atau merlin tetapi dimanfaatkan dalam skala budget kecil di mata produksi Hollywood tetapi dari perlaksanaan bagi sebuah filem berkualiti KRU kali ini rasanya cukup memandai dan cukup berkualiti dengan kelasnya tersendiri. Ini perlu dibangga oleh kita sebagai rakyat Malaysia di mana 100 peratus tenaga kerja terdiri anak tempatan kita sendiri dan lebih membangga di dalam produksi KRU kebanyakkan Krew Kesan khas dan di sebalik tabir adalah datang kebanyakan dari kalangan bumiputera. seharusnya diberi pujian.


Babak menarik di dalam filem Vikingdom sudah tentu Babak lawan dan babak peperangan  ternyata biarpun klasifikasi dalam P13 tetapi elemen keganasan seolah menyamai untuk Rating- R atau 18. Ternyata banyak juga babak ganas melibatkan babak lawan dan pedang di mana penggunaan darah dalam filem ini lebih berbanding dalam filem HMM. Walaubagaimanapun, unsur keganasan tetap terkawal dengan suntingan cekap menutupi secara pantas. Walau macam mana pun, klasifikasi P13 perlu diingatkan kandungan terdapat di dalam filem ini oleh lembaga penapisan Filem (LPF) sebagai pengawasan kepada ibu bapa untuk mengawasi anak mereka bawah 13 tahun sebelum membawa mereka menonton filem ini. 

Keseluruhan lakonan dalam filem adalah berada di tahap memuaskan di mana keseluruhan pelakon memberi lakonan yang baik dan ada juga yang kurang baik di mana terdapat pelakon sampingan yang segelintirnya memberi lakonan agak kurang menjadi dan agak menjengkelkan sedikit. Walaubagaimanapun, kelemahan sedikit tidak menjejas keseluruhan mood filem tersebut kerana filem sedemikian tidak memfokuskan aspek lakonan melainkan dari segi aspek CGI dan Aksi dipaparkan.

Kesimpulannya, Filem ini adalah berbaloi dan wajib ditonton kepada peminat filem serta penonton filem mengikuti perkembangan filem dari produksi KRU ini selain sesiapa minat filem aksi atau filem epik lawan dan serta perang, filem sesuai untuk santapan anda menontonnya. Untuk memenangi Anugerah sebagai Filem Terbaik, Saya rasa tidak. Kerana filem inni bertujuan untuk memenuhi kehendak pasaran penonton filem luar Negara dan dalam Negara dari segi penerimaan hiburan dari segi aksi dan pengembaraan. Tidak dilupakan, Teknologi kesan Khas CGI biarpun tidak sehebat Hollywood untuk dibandingkan lord of the ring dan Avatar,sebagai langkah permulaan ia adalah baik untuk filem sebegini yang telah mendapat perhatian pengedar luar Negara yang kini mendapat tayangan 4 oktober 2013 di Amerika Syarikat. Selain patut dibangga juga, di Laman IGN.com pula mula terdapat trailer filem Vikingdom diedit 30 saat yang cukup catchy berbanding trailer asalnya . Di laman IMDB.com tidak kurang juga, Kalau ditaip Vikingdom di bahagian Imdb kita dapat lihat, Data Filem Vikingdom diupdate bersama poster filem berserta hampir keseluruhan pelakon meletakkan Vikingdom sebagai satu filem  dalam resume mereka. Bagi saya sebagai rakyat Malaysia, Saya rasa kagum kerana Hasil buatan filem Negara kita mendapat perhatian dan saya yakin filem mendapat review meluas di serata dunia sebagai filem tersebut ditayangkan di beberapa negara yang terpilih.

 

Rating Kelas bintang untuk filem ini-  3.5/ 5 Bintang

Pemarkahan dan Kritikan Filem keseluruhan pada pendapat Saya sebagai penulis

               Pengarahan                                                          -6/10
               Musik Skor/ Soundtrack                                    - 9/10
               Penataan Bunyi, Sound Editing                        - 8/10
               Kesan Khas  CGI                                              - 9/10   
               Editing                                                             -  8/10 
              Skrip dan Penceritaan                                       -  7/10
              Kualiti Persembahan dan Hiburan keseluruhan   - 7/10
              Lakonan pelakon-pelakon keseluruhan                  - 6/10
                                                                                                       = 60/80 x 100 =   75
         Markah Penuh Keseluruhan  =  75/100