5/25/11

Bicarafilem : filem dulu tak macam sekarang...


Masalah sekarang ni kita boleh lihat sendiri. Yang pergi panggung dan yang tak pergi panggung semua mesti alasan mereka sendiri . Yang pergi panggung, biasanya yang lebih ramai golongan remaja dan dewasa yang lingkungan menonton tapi kalau kita lihat sendiri filem sekarang tidak berapa menarik filem terdahulu tak kira yang datang dari hollywood ker, bollywood ker, Hong Kong ker atau Filem Melayu sendiri tak perlu cakaplah .

Kalau tengok filem Hollywood, kalau kita perasan filem mereka tak ubah macam dah kering idea, memang filem ada kualiti tapi filem mereka kosong. Kosong apa? Kosong nilai dan Kosong dari segi konsep dan originaliti kreativiti asal. Tak, dinafikan sebahagian besar Hollywood terkenal dengan peniruan dan kalau ikutkan peniruan itu tidak salah yang salah itu menciplak sebab kebanyakan filem dihasilkan adalah berasaskan peniruan. Misalnya, kalau kita lihat sendiri bagaimana kita hendak membikin filem yang realistik adalah kita meniru apa yang sedia kita lihat dan kita bikin. Misalnya kalau kita tengok filem yang hendak mengketengahkan watak gangster jika dia hendak membikinnya dia perlu meniru perbuatan sebenar gangster yang sebenar untuk difilemkan supaya nampak real.. Tapi yang berlaku di Hollywood, filem mereka kekurangan nilai kemanusiaan akhir-akhir ni. Filem mereka lebih kepada faktor menghasilkan filem berteknologi CGI, Aksi, Aksi Ganas dan Seks untuk mempromosikan filem mereka. Kalau kita tengok filem Hollywood sekarang berbanding dahulu filem Hollywood lebih banyak dari segi Konsep jalan cerita, Hiburan dan Konsep Sinema dipersembahkan. Berbanding sekarang..

Manakala Filem Bollywood, tidak perlu nak kata macam mana. Filem Bollywood masih kekal hiburan kosong dan bezanya Hollywood dan Bollywood ialah Bollywood filemnya pasaran lebih bersesuaian untuk tontonan televisyen dari filem itu sendiri. Filem Bollywood juga tidak seperti dahulu di mana filemnya dulu lebih menyengat dari lakonan pelakonnya dan jalan ceritanya. Kini tidak, filem Bollywood hanya sekadar penuh tari-tarian, lagu-lagu dan pelakon yang kosmetik dan maskulin untuk memenuhi syarat sebuah filem sahaja. Filem Bollywood sekarang tiada nilai tidak seperti dahulu.. Tidak perlu saya kata tajuk-tajuk filemnya, kita lihat sahaja berlambak filem Bollywood di kaca televisyen yang lihat pun tak ubah seperti filem cerekarama. Tidak tahu bagaimana penonton di India boleh menerima Hiburan yang sebegini ringan dan sebegini Membosankan dengan cerita yang sama berulangkali dengan jalan cerita yang sama dan juga pengarahan filem dengan syot yang sama..


Filem Hong kong pula, Asyik dengan Aksi Kung fu, gangster, Cerita Epik dan wira purba. Ya, mereka nak tunjukkan budaya mereka tetapi semua itu sudah tidak relevan untuk masa kini. Filem Hong Kong tidak macam di mana era Bruce Lee, Jackie Chan, Jet li dan juga john Woo. Filem tersebut lebih menyerlah dan membawa nama filem Hong Kong ke persada antarabangsa. Tetapi Filem Hong Kong sekarang tak ubah seperti filem yang tiada pembaharuan dari segi jalan cerita dan kreativiti dari segi konsep. Filem Hong Kong masih terikat pada budaya tersebut dan Filem mereka skopnya terlalu terikat sungguh pada budaya asal yang di mana budaya tersebut tidak relevan dengan suasana situasi sebenar filem tersebut seharusnya dibikin. Tidak dinafikan Pasaran filem mereka mampu dipasar ke beberapa negara luar termasuk ke negara Malaysia. Kalau lihat kembali, Filem Hong Kong Sekarang tidak ubah dengan Filem Negara kita bezanya mereka bikin filem lebih kepada bisnes bukan kualiti filem berkenaan..


Bagaimana Filem Melayu pula ? Usah nak cakap semua orang tahu. Filem Melayu cuma harap P.Ramlee sahaja yang menjadi Klasik dan ada value tetapi yang sekarang tak ubah celup sini celup sana tak ada
apa-apa yang baru mengenai filem Melayu. Filem Melayu sekarang kalau kita lihat sendiri pemikiran pembikin yang menghasilkan sendiri masih sempit dan tiada nilai . Mereka ingat penonton filem datang tengok wayang nak filem hantu jer ker, Filem komedi jer ker, filem Aksi gangster jer ker..

Sayang saya sendiri tak menonton filem Melayu sebab malu dan meluat dengan filem ada sekarang yang rata-rata tidak apa Menarik untuk tahun ni. Kecuali Hikayat Merong Mahawangsa itu filem patut dibanggakan dan sepatutnya filem diangkat dan disokong. Filem yang lain rata-rata takut untuk membuat anjakan paradigma memandangkan kalau kita lihat sendiri yang pembuat filem sekarang takut menghasilkan filem yang lain dari lain sebab dulu tak macam sekarang. Panggung di kawal tauke panggung dan tauke panggung boleh tarik filem tu lepas seminggu kalau filem tu tak untung selain selain Filem Melayu sekarang dalam dilema dalam menghasilkan cerita yang baru kerana Panggung di Malaysia bukan panggung untuk filem Melayu tetapi panggung untuk filem Barat, Filem Hong Kong , Filem Tamil dan Filem Bollywood. Bukan nak bersikap Racist tetapi ni hakikat. Filem Melayu kalau filem itu untung yang hasilkan itu bukan produser filem dari bangsa melayu. Sendiri mahu faham sahajalah. Dan Sebagai orang Melayu, saya tak suka bangsa saya ambil jalan untuk membikin filem yang sedia ada dan filem sebenarnya yang menariknya bukannya seram , hantu, lawak dan aksi gangster tah hapa-hapa tu yang menariknya jalan cerita dan jalan cerita ni pula bukan bajet mahal pun asalkan kreatif sebab cerita mahal pun boleh dibikin dengan kos yang murah dan berkualiti. Dan Filem Melayu yang dibikin oleh pembikin filem tersebut haruslah jujur jangan hipokrit barulah filem itu menarik hendak ditonton...

Tetapi masalah orang melayu, kalau nak bikin filem bagus asyik-asyik nak bikin filem CGI,Epik, Sejarah sahaja bajet berjuta-juta dan mereka terlupa orang nak menonton bukan nak menonton betapa mahalnya kos dan betapa canggihnya filem tu. Orang nak betapa menarik cerita itu dan bila menarik orang mesti nak tonton..Ini kalau kita lihat sendiri filem yang canggih kalau ceritanya hampeh, percayalah orang akan keluar panggung juga. tetapi filem yang menarik jalan ceritanya susah kita nak orang akan keluar walaupun cerita tu special efek pun tak da, aksi-aksi pun tak da yang ada jalan cerita yang menarik.. menarik ni yang menarik orang pegi panggung..

Sebenarnya, Semua orang akan sedar sebenarnya filem mana-mana pun sekarang yang baik dan menarik filem yang dahulu. sebab itu filem dahulu dipanggil klasik kerana sampai sekarang orang boleh layan cerita dan orang sekarang yang tengok filem boleh appreaciate filem tu cuma beza tak tonton atau menonton sahaja. Jadi, itulah diberikan kekuatan..Saya ingin membikin filem sebab saya tak layan menonton filem yang sedia ada tetapi apa yang tahu dan pandangan saya ini mungkin terlalu pandai dan terlalu jujur tetapi itulah hakikatnya. Filem dulu tak macam sekarang.. Siapa maju filem kalau bukan KITAMAJUFILEM...

P/S - Saya sendiri sedang menulis skrip filem untuk dijual dan ada filem saya sekarang saya tulis adalah filem low-budget berbentuk Aksi yang hendak hasilkan tak lama lagi.. harap doa tahun ini siap dapat dihasilkan..Amin...

5/24/11

Tayangan Filem Seminggu dan AstroFirst : Suatu pembunuhan pada Industri filem tempatan ?

Setelah sekian lama industri filem Malaysia diperkenalkan dengan kaedah pemasaran filem terus televisyen ASTROFIRST iaitu Rangkaian interaktif diperkenalkan oleh Astro untuk pelanggan melanggan filem tempatan untuk ditonton secara langsung dan ini merupakan satu kemudahan memudahkan bagi peminat filem secara terus ke kaca televisyen . Namun di sebalik itu, terdapat Syarat Terbaru di pawagam tempatan di mana Filem tempatan hanya diberi peluang giliran seminggu tayangan untuk filem berkenaan dan sekiranya filem tersebut tidak mendapat untung bagi pihak tauke panggung mereka boleh menariknya kerana syarat wajib tayang dua minggu tidak lagi digunapakai bagi masa kini. dan Itu merupakan tanggungjawab FINAS yang sepatutnya dititikberatkan..

Apa yang lebih mengecewakan dan lebih menakutkan. Apabila pengiat filem tidak mempunyai pilihan untuk mendapat keuntungan bagi pihak mereka dan ternyata di sini tauke panggung lebih mengaut untung berbanding produsernya mahupun pembikinnya..Lagipun, lambakan filem Asing di negara kita ini semakin membimbangkan di mana peluang untuk penggiat filem untuk mempertontonkan tersangat terhad tetapi berbeza layanan pihak panggung pada filem Asing ternyata berbeza..Lihat sahaja filem Tempatan sememangnya dianaktirikan dan peluang tayangan besar-besaran hanya diberikan pada filem Asing. Filem Asing merangkumi bukan sahaja dari Hollywood, bollywood malah filem dari negara lain termasuk negara China.

Semestinya budaya penonton filem sudah semestinya berkurangan di mana persepsi penonton menggangap tidak perlu ke panggung kerana filem mudah didapati di kaca televisyen. Mengenai Cetak rompak sudah tentu membunuh industri filem tempatan di mana filem ditayang di kaca televisyen lebih mudah bagi kegiatan cetak rompak menjalankan kegiatannya kerana filem yang ditayang di televisyen lebih mudah diciplaknya berbanding di panggung kerana di panggung sendiri terdapat garis panduan dan larangan manakala penggiat cetak rompak memudahkan kegiatan mereka dengan hanya merakam sahaja filem itu dari kaca televisyen menggunakan perisian tertentu untuk merakam dari sumber televisyen berkenaan.. Semestinya ini membunuh Industri filem tempatan kita.

Ini menjadi Dilema dan permasalahan yang sangat kritikal sekiranya tidak diberi perhatian kerana takut nanti tiada lagi penggiat filem tempatan yang akan berani membikin filem selain boleh dilihat sendiri bagaimaana masyarakat kita lebih teralih kepada gaya hidup berada di rumah berbanding keluar rumah ke panggung menonton filem. Gaya hidup berada di rumah sememang Zon selesa masyarakat yang sangat disenangi mereka. dan sekiranya semuanya filem tempatan dibawa seminggu selepas itu ke televisyen. secara terang-terangan ia boleh membunuh industri filem tempatan. kerana Filem tempatan sendiri belum mempunyai tapak kukuh dan landmark mereka untuk bersaing dengan filem luar ini tidak termasuk pada syarikat filem tempatan yang punyai portfolio kukuh tetapi ini merujuk pada penggiat filem mahupun produser filem baru dalam menceburi dalam industri filem ini.semestinya kita bukan bergantung pada syarikat yang terdahulu memajukan filem tetapi memerlukan penggiat filem baru kerana di situ lah bermula kerancakan industri filem tempatan untuk terus menghasilkan filem..

Tetapi sekira masalah ini berterusan terjadi, pandangan penulis sebenarnya ia membunuh filem tempatan itu sendiri. kerana keuntungan filem bergantung pada tempat duduk dan tiket dibeli oleh penonton filem berada di panggung bukan di rumah. Keuntungan filem di kaca televisyen hanya boleh diperolehi sebulan selepas tamat tempoh tayangan filem berkenaan..Tetapi filem itu masih boleh bertahan dan mendapat pulangan modal sekiranya diberikan tempoh dua minggu tayangan seperti termaktub dalam syarat wajib tayang yang terdahulu..


jika ini tidak diberi perhatian, sudah tentu tiada lagi filem tempatan yang berani menayangkan filem mereka selama sebulan dan filem itu terus dibawa ke televisyen dan ini tidak boleh dianggap sebagai budaya penontonan filem yang baik di mana filem ditayangkan di televisyen tidak ubah gaya kepada penontonan drama dan cerekarama jikalau diperhati secara mendalam. budaya menonton filem di panggung dan di kaca televisyen adalah berbeza tetapi sekiranya filem ditayangkan ke televisyen sudah tentu ia akan membunuh industri filem tempatan perlahan-lahan tanpa kita sedari dan ini menyekat produser filem dan penggiat filem baru untuk menghasilkan filem baru untuk ditayangkan di panggung. Harapan penulis hanya perhatian seharusnya diberi perhatian kerana secara terang-terangan terlibat dalam industri filem merupakan risiko tinggi tetapi tayangan seminggu dan ASTROFIRST sememangnya memberi kesan kepada industri filem tempatan secara jujurnya...

5/23/11

Mencari keuntungan Filem atau Filem berkualiti?

Sememangnya menjadi persoalan kedua-duanya di mana letak filem di situ terdapatnya pembikinan filem dan pemasaran filem. Filem bukan terletak pada soal pembikinan malah ia termasuk dalam soal perniagaan. Di mana sesebuah panggung wayang, bertindak untuk mendapat keuntungan daripada penonton untuk menonton filem mereka dipanggung untuk mendapat keuntungan kedua-dua belah pihak samada pemilik panggung mahupun pembuat filem. yang menjadi persoalannya, adakah filem yang mengaut keuntungan berjuta-juta adalah filem berkualiti dan adakah filem yang berkualiti tidak boleh mengaut keuntungan sebanyak itu?

Tetapi yang menjadi permasalahan apabila Filem yang ditonton adalah berperanan sebagai Hiburan kepada penonton dan jarang sekali filem dibikin adalah untuk orang berfikir dan orang berilmu dan filem sedemikian tidak menguntungkan di mata produser apatah lagi di mata Audiens secara umumnya. Pembikin filem secara umumnya adalah bukan pelajar filem mereka adalah orang yang biasa mahupun orang berduit yang menghasilkan filem dan mendapat keuntungan yang luar biasa. Ini menjadi dilema kepada pelajar filem mahupun mereka mempunyai ijazah dan kelulusan tinggi yang pengetahuan tinggi dalam soal Ilmu Filem disisihkan kerana didakwa sebagai tidak tahu apa itu perniagaan filem dan dianggap sebagai pembikin filem yang mementingkan Artistik dan Estetika seni dan budaya dalam filem. Tetapi tidak semua pembikin filem yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang filem berfikiran begitu. Ada juga menitikkan soal perniagaan dan ada juga mengabaikan soal Artistik dan Estetika Seni dan semua itu juga bergantung pada individu yang menghasilkan filem tersebut.

Persoalannya, bolehkah filem berkualiti dihasilkan mendapat keuntungan melipat ganda berbanding filem yang dihasilkan secara murahan? jawapan adalah bergantung pada tarikan pada konsep yang diutarakan dan sejauh mana menarik sesebuah cerita mahupun cara ekprestasi pengarah untuk ditonjolkan pada yang menonton filem berkenaan. Kerana filem berkualiti adalah filem yang dihasilkan dengan penuh teliti dan dibikin untuk dijadikan sebagai tontonan yang berharga. Filem berkualiti adalah filem ditonton dan bertahan sepanjang zaman. Filem tidak berkualiti adalah yang hanya ditonton dan bertahan pada nilai kutipan sesebuah filem dalam sebuah panggung pada masa dan waktu tamat tempoh tayangan filem tersebut.

Ini tidak bermakna filem yang berkualiti merugikan kerana filem yang berkualiti bukah sahaja ditonton di sebuah panggung malah ditonton kembali di televisyen berulang kali selain filem berkualiti boleh menarik daripada penonton filem biasa kepada pembeli DVD yang akan membeli koleksi filem berkenaan untuk ditonton kembali. Ini terjadi apabila Filem berkualiti mempunyai harga bukan pada nilai kutipan pada hari tersebut tetapi pada nilai 'entertainment' ataupun hiburan yang berkekalan. Dan nilai hiburan adalah nilai sejauh menarik dihasilkan untuk ditonton berulang kali di mata penonton. Semua ini bergantung filem yang mempunyai nilai kualiti yang tinggi. Ini menunjukkan filem berkualiti mampu mengaut kutipan melipat kali ganda jika disokong dengan pemasaran filem yang hebat selain filem berkenaan mengetahui selera penonton yang mengeluarkan duit untuk filem berkenaan..

Jadi tidaklah persoalan filem menjadi punca keterlaluan untuk pembikin filem untuk menetap filem apa yang seharusnya dibikin. Berbalik pada asal, bukan soal filem seram dan komedi mendapat untung atau filem Drama dan filem Artistik membawa rugi ini adalah soal di mana menarik sesebuah filem itu akan ditonton kepada penonton. Bagaimana filem tersebut dipersembahkan pada penonton adalah bergantung pada olahan skrip berkenaan selain cara pengarah filem mengolah skrip filem tersebut secara bijaksana menjadikan filem itu menarik bukan sahaja pada dirinya menghasilkan malah pada mereka yang lain menonton filem dihasilkan secara jujurnya.Oleh itu,Sebagai penulis Mencari keuntungan sesebuah filem adalah bergantung filem yang menarik dan juga filem yang berkualiti kerana pada hasilnya ia mendapat keuntungan yang berkekalan pada sepanjang zaman bukan sahaja pada hari itu, masa itu atau tahun itu malah sepanjang zaman...

5/16/11

Pembikinan filem; Teknikal atau teori?

Bercakap mengenai Pembikinan filem bukan sekadar bercakap ataupun berteori. Pembikinan filem adalah sesuatu yang praktikal dan teknikal yang bukan sekadar melihat dan menonton. Namun terdapat ahli akademik filem yang terlalu melebihkan pada persoalan teori dan sejarah filem dan pada hakikat sekarang Filem adalah medium hiburan dan kini Pembikinan filem dahulu dengan sekarang amat berbeza kerana pembikinan filem dahulu dijadikan sebagai suatu sumber seni seperti melukis lukisan dan mewarnakan lukisan dan ini secara tidak langsung dipanggil sebagai Art.

Ternyata, Sekolah filem dan universiti filem terlalu banyak memperuntukkan masa yang panjang untuk seseorang pelajar untuk belajar teknikal filem belajar ilmu filem, menulis esei filem, menulis ilmiah filem yang sama sekali rujukan sebegini tidak pernah dilayan oleh ahli pembikin filem. Mungkin hakikat boleh diterima kerana tidak semua orang boleh bikin filem dan boleh belajar mengenai filem. Pembikinan filem ibarat seperti meniaga, ia merupakan sesuatu yang praktis dan secara tak langsung, semua orang boleh membikin filem asalkan ada kemahuan dan ada semangat untuk menghasilkannya. Cuma apa yang menyedihkan, apabila universiti dan sekolah filem tidak diajar tentang apa itu industry dan pembikinan filem yang sebenar. Percaya atau tidak, Robert Rodriguez, pengarah filem El Mariachi, yang membikin filem tersebut dengan kos hanya US7000, mengatakan kita boleh belajar filem dengan hanya 1o minit sahaja dan selebihnya usaha untuk membikin.

Sememangnya, Robert Rodriguez seharusnya dicontohi kerana ia telah membuktikan bahawa biarpun nilai kos yang rendah ia mampu membikin filem panjang berdurasi 90 minit. Semua itu bergantung seberapa hebat kreativiti seseorang pembikin untuk menghasilkan sesebuah filem. Di Malaysia, Rata-rata jikalau hendak membikin filem tak sah modalnya perlu sejuta padahal sekiranya kreativiti itu menguasai modal yang sedikit boleh dibikin setaraf dengan kualiti filem yang sedia ada.Ini terbukti apabila teknologi semakin lama semakin canggih ia akan semakin mudah dan kaedah pembikinan dan penghasilan akan menjadi semakin murah. Lihat sahaja Adegan Pistol tembak-menembak tidak perlu lagi menggunakan teknik nyalaan api pada pistol untuk menunjukkan kesan khasnya semua itu boleh diaplikasi dengan teknik Muzzle di mana Teknik boleh diaplikasi pada sistem teknologi Komputer. Selain letupan dan teknik pelanggaran dan juga teknik Green-screen dan blue screen semua ni boleh dibelajar sendiri dan tanpa keluarkan apa-apa kos dihasilkan.

Selain itu, Kemungkinan Teknologi Kamera Canon HDSLR MK 2 Trend baru dalam pembikinan filem di mana Aplikasi menjadi semakin mudah sesiapa sahaja boleh membikin filem tanpa perlu menyewa kamera video professional mahupun kamera filem untuk menghasilkan semua dilakukan tu dengan digital setelah dipost-edit. Dan penghasilan sebuah filem digital telah membantu banyak pembikin filem independen bukan sekadar membikin malah dijadikan satu landasan untuk memulakan kareer. Tetapi sayang kita tidak diajarkan untuk berkreatif dalam soal teknikal dan kebanyakan soal teori dan kreatif dititikberatkan sedangkan Teknikal adalah sebahagian Kreatif di mana semua hasil karya adalah bermula dengan Teknikal. kebanyakan Teknikal diajar hanya skop pengajaran yang terhad di mana semuanya perlu dimulakan dengan bajet bukannya hasil usaha dan Trial dan Error. Sememangnya pembikinan Filem adalah soal Teknikal kerana soal Teknikal merangkumi di mana suatu pekerjaan dan penghasilan dapat dimulakan dan dapat dihasilkan hingga terhasil.

Sebagai penulis, saya tidak mengabai teori dalam soal berkreatif tetapi soal teknikal adalah penting kerana tanpa ilmu mengenai teknikal dan usaha ke arah teknikal, mustahil sesebuah karya kreatif dapat dihasilkan. Dalam soal pembikinan filem ini, pandangan Penulis. Teknikal adalah penting diikuti teori perkara ini perlu seiring supaya penjanaan ilmu dan penghasilan suatu produk kreatif dapat dihasilkan dan boleh memberi pengajaran masyarakat dari luar sana untuk mempelajari bagaimana cara dihasilkan...