5/23/11

Mencari keuntungan Filem atau Filem berkualiti?

Sememangnya menjadi persoalan kedua-duanya di mana letak filem di situ terdapatnya pembikinan filem dan pemasaran filem. Filem bukan terletak pada soal pembikinan malah ia termasuk dalam soal perniagaan. Di mana sesebuah panggung wayang, bertindak untuk mendapat keuntungan daripada penonton untuk menonton filem mereka dipanggung untuk mendapat keuntungan kedua-dua belah pihak samada pemilik panggung mahupun pembuat filem. yang menjadi persoalannya, adakah filem yang mengaut keuntungan berjuta-juta adalah filem berkualiti dan adakah filem yang berkualiti tidak boleh mengaut keuntungan sebanyak itu?

Tetapi yang menjadi permasalahan apabila Filem yang ditonton adalah berperanan sebagai Hiburan kepada penonton dan jarang sekali filem dibikin adalah untuk orang berfikir dan orang berilmu dan filem sedemikian tidak menguntungkan di mata produser apatah lagi di mata Audiens secara umumnya. Pembikin filem secara umumnya adalah bukan pelajar filem mereka adalah orang yang biasa mahupun orang berduit yang menghasilkan filem dan mendapat keuntungan yang luar biasa. Ini menjadi dilema kepada pelajar filem mahupun mereka mempunyai ijazah dan kelulusan tinggi yang pengetahuan tinggi dalam soal Ilmu Filem disisihkan kerana didakwa sebagai tidak tahu apa itu perniagaan filem dan dianggap sebagai pembikin filem yang mementingkan Artistik dan Estetika seni dan budaya dalam filem. Tetapi tidak semua pembikin filem yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang filem berfikiran begitu. Ada juga menitikkan soal perniagaan dan ada juga mengabaikan soal Artistik dan Estetika Seni dan semua itu juga bergantung pada individu yang menghasilkan filem tersebut.

Persoalannya, bolehkah filem berkualiti dihasilkan mendapat keuntungan melipat ganda berbanding filem yang dihasilkan secara murahan? jawapan adalah bergantung pada tarikan pada konsep yang diutarakan dan sejauh mana menarik sesebuah cerita mahupun cara ekprestasi pengarah untuk ditonjolkan pada yang menonton filem berkenaan. Kerana filem berkualiti adalah filem yang dihasilkan dengan penuh teliti dan dibikin untuk dijadikan sebagai tontonan yang berharga. Filem berkualiti adalah filem ditonton dan bertahan sepanjang zaman. Filem tidak berkualiti adalah yang hanya ditonton dan bertahan pada nilai kutipan sesebuah filem dalam sebuah panggung pada masa dan waktu tamat tempoh tayangan filem tersebut.

Ini tidak bermakna filem yang berkualiti merugikan kerana filem yang berkualiti bukah sahaja ditonton di sebuah panggung malah ditonton kembali di televisyen berulang kali selain filem berkualiti boleh menarik daripada penonton filem biasa kepada pembeli DVD yang akan membeli koleksi filem berkenaan untuk ditonton kembali. Ini terjadi apabila Filem berkualiti mempunyai harga bukan pada nilai kutipan pada hari tersebut tetapi pada nilai 'entertainment' ataupun hiburan yang berkekalan. Dan nilai hiburan adalah nilai sejauh menarik dihasilkan untuk ditonton berulang kali di mata penonton. Semua ini bergantung filem yang mempunyai nilai kualiti yang tinggi. Ini menunjukkan filem berkualiti mampu mengaut kutipan melipat kali ganda jika disokong dengan pemasaran filem yang hebat selain filem berkenaan mengetahui selera penonton yang mengeluarkan duit untuk filem berkenaan..

Jadi tidaklah persoalan filem menjadi punca keterlaluan untuk pembikin filem untuk menetap filem apa yang seharusnya dibikin. Berbalik pada asal, bukan soal filem seram dan komedi mendapat untung atau filem Drama dan filem Artistik membawa rugi ini adalah soal di mana menarik sesebuah filem itu akan ditonton kepada penonton. Bagaimana filem tersebut dipersembahkan pada penonton adalah bergantung pada olahan skrip berkenaan selain cara pengarah filem mengolah skrip filem tersebut secara bijaksana menjadikan filem itu menarik bukan sahaja pada dirinya menghasilkan malah pada mereka yang lain menonton filem dihasilkan secara jujurnya.Oleh itu,Sebagai penulis Mencari keuntungan sesebuah filem adalah bergantung filem yang menarik dan juga filem yang berkualiti kerana pada hasilnya ia mendapat keuntungan yang berkekalan pada sepanjang zaman bukan sahaja pada hari itu, masa itu atau tahun itu malah sepanjang zaman...

No comments: