7/10/12

Hakikat seorang penonton filem menonton filem di panggung wayang...

Setelah terbaca Utusan Malaysia Selasa 10 Julai 2012 di bahagian Mega ada satu artikel yang sungguh menarik untuk dibaca iaitu Nilai filem tempatan. Yang pasti apa yang kita tahu filem tempatan ataupun dikenali sebagai filem melayu secara mudahnya. kita faham apa yang tuan Hassan Mutalib dan Dr. Mahadi J Murat ingin sampaikan ialah Filem kita kurang bermutu dan kurang bagus.Selain kita tahu kebanyakan Filem tempatan yang ada di wayang sekarang kebanyakannya filem hanya menjurus kepada keuntungan, keseronokan dan kurang berisi daripada intipati penceritaannya, isinya dan isunya.Terdapat ulasan di dalam artikel menunjukkan contoh dan bukti tak semestinya filem dibarisi artis pelakon popular, pengarah popular, dan genre popular mendapat sambutan sebaliknya di dalam artikel secara jelasnya hendak menunjukkan bukti bahawa filem alternatif seperti filem Bunohan dan ...Dalam botol perlu diberi perhatian dan layanan sewajarnya. namun itu yang hakikatnya berada di dalam artikel berkenaan apa kita baca dan kita fahami

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya setuju dan kurang setuju. mengenai artikel ini secara keseluruhan peribadi saya sebagai penulis dan penonton filem. Kita sendiri dapat lihat Filem Melayu sekarang bukan macam dulu lagi . Tak perlu saya nak bandingkan filem melayu dan Filem- filem P. Ramlee kerana Zaman itu 'Lapuk' untuk diperkatakan sekarang kerana di Zaman Milennium dan zaman sekarang Citarasa penonton filem ke panggung sungguh jauh berbeza dan berlainan. Kita sebenarnya mahu menonton apa filem yang memikat kita ke panggung dan filem tu semestinya tak buat kita bosan apatah lagi mahu kita keluar dari panggung sebab tiket wayang yang kita bayar menonton filem mereka adalah duit kita dan duit kita belanja kita tak mahu rasa rugi dan sudah pasti kita tidak mahu menyesal menonton filem itu kerana bosan, tak seronok dan membuat kita tidak puas hati dengan filem itu yang kita tonton .




Kerana boleh saya kata, filem yang bagus dan filem alternatif seperti ini bukanlah filem di mata penonton dan di hati penonton kerana filem seperti itu hanyalah filem yang menang, memikat di hati juri, di hati para akademik filem dan filem seperti itu bukanlah filem yang sebenarnya-benarnya bagus untuk diperkatakan secara keseluruhan bagi pihak penonton-penonton filem.Sebab saya sendiri merasakan filem yang bagus tidak perlu terlalu serius untuk memperkatakan sesuatu isu untuk diperkatakan di dalamnya asalkan filem berkenaan dari mula hingga habis tidak membuat penonton untuk katakan itu tidak menarik atau membosankan atau dalam bahasa lainnya penonton filem jawapan ada dua sahaja di dalam perkataan mereka iaitu Best atau tak best.




Sebagai contohnya mungkin KL gangster arahan Syamsul Yusof menarik di hati penonton filem ke panggung berbanding filem Bunohan arahan Dain Said di mana menarik hati para pengkritik filem dan para akademik filem seperti Hassan Mutalib tetapi hakikatnya realitinya sebuah filem dihasilkan di panggung wayang bukanlah tempat untuk penonton berfikir tetapi untuk merasakan keasyikan dan keseronokan sewaktu menonton filem berkenaan di dalam panggung wayang . Itu hakikat dan realilti filem tempatan kita perlu faham. Tiada siapa mahu menonton filem yang berat dan tidak semua orang suka untuk menonton filem ringan dan filem yang sampah tetapi semuanya suka menonton filem di panggung wayang yang bagus,menarik dan popular yang berada di panggung wayang sewaktu menonton di dalam panggung. kerana dua benda yang penonton filem suka menonton filem suka menonton filem itu di dalam panggung Visual gambarnya dan kualiti bunyi Audionya .Seterusnya jalan cerita mudah dari segi jalan cerita yang menarik yang tidak membosan , tidak meletihkan dan tidak meleret . Dan lebih bagus filem di hati menonton ialah filem itu menumpukan aksi pada jalan ceritanya bukan pada babak dialog bercakap panjang dalam sesuatu babak dalam sebuah filem.




Sebab filem yang bagus di hati pengkritik filem tidak semestinya bagus di mata penonton filem tetapi keseluruhan semua penonton filem mahukan filem bagus dan menarik mereka ke panggung untuk membeli tiket wayang untuk menonton filem itu di panggung kerana itu penonton filem mahukan iaitu untuk merasakan filem ditonton itu bagus dan seterusnya dan kesimpulannya, untuk memperkatakan filem tempatan adalah lebih baik sekiranya pengarah filem, penerbit filem dan pengkritik filem faham bahawa untuk menentukan filem itu bagus adalah meletakkan diri mereka sebagai penonton filem yang berada di panggung menonton filem di panggung seterusnya untuk bercakap mengenai nilai filem tempatan adalah lebih baik filem tempatan yang hendak dibikin perlu tahu apa yang dibikin apa yang dimahukan sebagai mana seorang penonton filem di panggung wayang untuk menonton filem itu di panggung wayang .