2/8/09

Psycho dari segi suntingan dan kritikan filem


Filem Psycho merupakan filem berdurasi 109 minit arahan Alfred Hitchcock dan lakonlayar daripada Joseph Stefano mengisahkan tentang pembunuhan di sebuah motel. Alfred Hitchcock sememangnya seorang pengarah berkelahiran British yang terkenal dalam filem suspense thriller.Sebab itu Alfred Hitchcock digelar ‘Master of Suspense’. Filem Psycho diterbitkan pada tahun 1960 oleh Alma Reville dan juga Alfred Hitchcock bertindak sebagai penerbit tetapi tidak tersenarai di dalam kredit. Filem ini dibikin berdasarkan sebuah novel yang sama dengan tajuk filem yang ditulis oleh Robert Bloch.Menurut Sumber dari Wikipedia Encyoclopedia, filem ini tersenarai nombor empat daripada ‘Bravo Network's 100 Scariest Movie Moments’ juga tersenarai dalam ranking nombor 11 dalam buku ‘Entertainment weekly’ sebagai 100 filem terbaik sepanjang zaman selain dalam Carta IMDB ia dikategori yang antara 250 filem yang terbaik. Filem Psycho mendapat markah 8.7 daripada 10 ia boleh dikatakan filem yang bagus dan kebanyakkan mendapat pujian sebagai sebuah filem seram klasik berbentuk psikologi yang menakutkan di Amerika namun ada juga kritikan yang filem ini tidak menyeramkan .

Walau bagaimanapun, filem ini tidak pernah memenangi Anugerah dalam Anugerah Academy Award namun ia pernah dicalonkan dalam pelbagai kategori antaranya Pelakon pembantu wanita terbaik,arahan, pengarahan seni dan Sinematografi. Filem Psycho juga boleh dikatakan sebagai salah sebuah filem Alfred Hitchcock yang terbaik dan mendapat pujian dari hasil kerja seni dalam filem daripada pengkritik antarabangsa. Filem ini dibintangi dengan beberapa pelakon terkenal antaranya Samuel A. Taylor, Anthony Perkins, Janet Leigh dan lain-lain. Filem Psycho telah menjadi banyak rujukan dari beberapa babak , musik dan karakter di dalam filem tersebut diceduk ke dalam beberapa filem,siri televisyen, permainan video, musik, klip video termasuk rancangan pertunjukkan televisyen menjadikan filem Psycho diibarat filem membawa budaya popular ketika itu.

Filem ini bermula dengan perjalanan Marion Crane (Janet Leigh) Setiausaha di sebuah bank yang melarikan duit yang dicuri untuk menyelesaikan hutang kekasihnya Sam Loomis ( John Gavin) di mana kekasih yang teringin berkahwin dengannya dan terpaksa membayar nafkah. bekas isterinya.Untuk menyelesaikan masalah tersebut Marion Mencuri duit sebanyak $40,000 daripada pejabatnya dan memandu ke California di mana Sam menetap.sementara itu, Marion terpaksa memandu sepanjang malam dalam keadaan gelisah dan gementar sehingga pada suatu ketika Marion terjumpa sebuah motel dan bertemu dengan Norman Bates seorang pemilik motel.

Di situ wujud dari perkenalan hinggalah suatu pembunuhan berlaku dan pada akhir cerita telah dikejutkan suatu suspen yang mengujakan. Boleh dikatakan perjalanan cerita Psycho banyak bergantung kepada perjalanan watak dan perwatakan Norman Bates sebagai pemilik motel biarpun fokus pada permulaan cerita kita dipersembahkan oleh pendukung watak utama Marion Crane .sekaligus perubahan watak utama berubah apabila watak Marion Crane dimatikan dalam keadaan yang kejam kemudian watak berkenaan menfokuskan pula watak Norman Bates sebagai watak utama.perubahan watak utama ini ibarat twist di mana watak utama tidak berada di permulaan cerita tetapi di pertengahan cerita dan seterusnya.

Sememangnya cerita ini bermula dengan perlahan kerana kebanyakan perbualan dan dialog menjadi sumber utama dalam cerita filem ini disamping penggunaan visual yang terhad. Terdapat juga penggunaan visual selari dengan penggunaan dialog dijadikan Voice over sebagai flashback ataupun imbas kembali sewaktu Marion Crane memandu menuju ke California untuk berjumpa dengan kekasihnya pada waktu yang sama teringatkan kata-kata dan perbualan Tom Cassidy dan George Lowery sewaktu di pejabat. Perbualan dan dialog sebenarnya menjadi kunci dan klu utama kepada cerita kepada persoalan karakter pembunuh yang sebenar dan helah visual ataupun ‘Camera Trick’ digunakan sepanjang filem untuk memberi klu dan persoalan setiap babak ke babak yang lain. Sebagai contoh sewaktu babak pembunuhan Marion Crane di bilik mandi dan pembunuhan Milton Arbogast di rumah Norman Bates yang bersebelahan dengan motelnya.


Terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam filem tersebut antara Alfred Hitchcock meletakkan mise en scene cermin kaca mata hitam untuk menunjukkan watak tersebut misteri , menakutkan, mencurigakan dan membawa persoalan dalam filem tersebut seolah-olah untuk menampakkan karakter tersebut kelihatan antagonis. Tanpa disedari pengarah meletakkan beberapa jenis perubahan kereta digunakan di dalam filem untuk menunjukkan perubahan jenis kereta dan tahun sewaktu Marion menukarkan kereta buatan tahun 1956 Ford Mainline dengan membayar $700 untuk sebuah kereta 1957 Ford Custom 300 untuk mengelakkan daripada pegawai polis terus mengikuti.

Selain itu, semasa babak permulaan semasa Marion Crane memakai coli berwarna putih Alfred Hitchcock mahu menunjukkan dia seolah-olah "Bidadari”. Selepas dia mencuri duit, babak berikut menunjukkan dia memakai bra berwarna hitam kerana sekarang dia telah melakukan suatu kesalahan dan kejahatan. Sama juga, sebelum dia mencuri duit, dia memakai beg duit yang berwarna putih selepas dia mencuri duit ,beg duit dia ditukarkan beg duit yang berwarna hitam.Selain itu didapati penggunaan kereta yang berwarna hitam yang dipandu oleh Marion membawa makna yang sama seperti mana contoh coli dan beg duit. Lakonan yang dipersembahkan oleh Anthony Perkin sebagai Norman Bates pemilik motel dilakonkan dengan begitu berkesan sebagai pemuda lemah lembut dan pemalu sekaligus perubahan dapat dikesan secara dramatik apabila gerak laku watak Norman Bates semakin lama kelihatan mencurigakan dan menakutkan serta misteri akhir sekali perubahan watak yang disangka baik jelas tersasar dan berjaya mengejutkan penonton rupanya pembunuh yang disangka ibu Norman Bates rupanya Norman Bates yang menyamar dan berpakaian seperti ibunya merupakan pembunuh yang sebenarnya yang membunuh Marion Crane dan Detektif tersebut. Anthony Perkins sememangnya dikategori pelakon mempunyai rupa yang begitu psikotik dan pada waktu yang sama setiap gerak-geri dan gaya lakonan ditonjolkan amat menjadi dan filem tersebut menjadi seram bukan kerana atmosfera seram ditonjolkan dalam filem berkenaan namun karakter Norman Bates yang begitu misteri dan suspen iaitu membuat penonton tertanya- tanya menyebabkan filem ini lebih menfokuskan watak dan perwatakan Norman Bates yang berbentuk
‘ monster’ .

Monster kalau diertikan dari segi maksudnya membawa makna raksasa tetapi dalam erti kata sebenarnya ia membawa makna pada watak dan perwatakan yang menakutkan dan menyeramkan. Ia tidak bermaksud seram seperti mana filem seram yang diertikan sebagai filem hantu. Psycho lebih menfokuskan pada perjalanan dan perubahan serta persoalan pada watak juga cerita berkenaan untuk memberi suasana seram dan kejutan dari mula hingga akhir cerita. Selain itu, filem Psycho hampir dikategori sebagai filem seram yang berbentuk slasher iaitu berbentuk pembunuhan yang kejam kerana filem ini banyak menggunakan penggunaan pisau di dalam filem namun babak berkenaan tidak dipamerkan dengan unsur keganasan tetapi banyak memainkan teknik sederhana dari segi kejutan dan aksi begitu rendah untuk dikatakan filem ini ganas.

Walau bagaimanapun, filem Psycho Kalau diikutkan dari segi suntingan sewaktu Marion dibunuh sewaktu sedang mandi air hujan kebanyakan suntingan dilakukan dengan begitu pantas serta reaksi cemas Marion sewaktu menjerit disunting selang-seli dengan Close-up pisau yang dipegang oleh seorang pembunuh sewaktu menikam Marion. Suntingan dan potongan babak sewaktu babak mandi air hujan jelas disunting dengan kemas dan cantik tanpa memperlihatkan keseluruhan bentuk badan telanjang Marion. Apa yang menjadi perhatian ialah adegan telanjang yang kurang nyaris kelihatan di dalam babak akibat kecekapan suntingan dilakukan antara wajah, lengan dan kaki merupakan satu gambaran menunjukkan seolah kita melihat Marion telanjang. Tetapi ini hanya kerana penggunaan suntingan yang pantas. Sewaktu mandi di bawah air hujan hinggalah Marion mati dalam keadaan ditikam pisau kebanyakan visual bertentangan dengan anggota sulit wanita ditutup dengan kecekapan suntingan dan shot yang diambil disamping dibantu dengan penggunaan prop tertentu yang bertindak menyelindung daripada menampakkan anggota berkenaan.( Philip, 2005)


Babak urutan di mana penggunaan close ups dan quick cuts terutama pada Wajah, lengan dan kaki Marion. Untuk Menampakkan ia lebih menyakinkan, Kesan bunyi khas yang diegetic membuatkan Audien atau penonton percaya yang mereka menonton secara terus menyaksikan seolah-olah Marion mati ditikam.Selain itu, pisau tidak sekali menunjukkan cara ia merobek kulit serta kesan darah dan kebanyakkan tidak ditunjukkan sehingga Marion mati terlantar kepala jatuh dari tab mandi hingga ke lantai dengan darah berpusaran ke lubang salur tab mandi. Babak tersebut berakhir dengan renungan mata marion ke arah kamera yang dalam keadaan mati yang sememangnya babak berhantu ( Sosa, 2008) . Menurut Sumber daripada laman web IMDB.com, babak tikam menikam semasa di bilik air dilaporkan telah mengambil masa tujuh hari untuk penggambaran menggunakan 70 Kamera sudut yang berbeza tetapi akhirnya hanya 45 saat untuk babak berkenaan di dalam filem. . Babak mandi air hujan di bilik air itu . Sekaligus menjadi terkenal dan sekaligus menjadi babak yang menakutkan setiap kali menonton filem ini.


Pada keseluruhannya, sememangnya filem Psycho merupakan filem yang menarik dari segi penggunaan konsep seram yang berbeza yang pada ketika ini filem barat banyak menekankan konsep seram yang berbentuk monster yang berhantu seperti Dracula dan Frankestein. Kini konsep filem Psycho ini digunapakai antara filem Se7en dan Saw yang lebih menekankan konsep psychological thriller pada persoalan watak dan konsep Monster yang menjurus pada watak dan perwatakan dan bukan pada fizikal yang mengerikan dan menakutkan.Filem ini bukanlah filem yang menakutkan dan menyeramkan bagi penduduk Asia kerana pada ketika orang Asia lebih menerima seram dari barat yang berbentuk hantu dan spiritual.
Bagi orang barat yang menonton rata-rata mereka merasakan seram dan suatu kenangan yang menakutkan di mana filem Psycho ini berdasarkan novel yang ditulis diinsprasi daripada kisah benar seorang pembunuh bersiri yang bernama Ed Gein. Sebab waktu itu orang barat di sana mempunyai kadar jenayah yang tinggi dan filem ini memberikan ketakutan dan fobia memandangkan genre filem ini juga berbentuk Horror Thriller lebih memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Semasa babak terakhir,, babak di mana Norman Bates berada di dalam suatu bilik dengan berpakaian jaket bercakap seorang diri. Sebagai penonton yang mendengar perbualan tersebut, ia kelihatan Norman Bates bercakap dua suara yang berbeza antaranya suara dia sendiri dan suara ibunya.kedua-dua perbualan tersebut terus menghantui Norman Bates sehingga terdapat di dalam filem ini dia mengucapkan barisan ayat yang terakhir kemudian dia merenung ke arah kamera dengan ekpresi yang mengerunkan.


Kesimpulannya, Filem Psycho mempunyai pelbagai unsur perubahan diletakkan di dalam filem sekaligus membantu lakonan , tumpuan visual dan suntingan bertambah lebih menarik .