10/13/11

Kenapa Saya Jarang Tonton Filem Melayu Di Panggung

Filem terbaru dan terakhir yang saya tonton di panggung adalah filem Hantu Bonceng.Baiklah,Mungkin semua di sini yang membaca adalah mereka yang semestinya pernah menonton filem Melayu Di panggung juga sentiasa menonton filem Melayu di panggung setiap filem Melayu Keluar di panggung. Baiklah , saya tidak akan komen mengenai filem Hantu Bonceng sebab saya telah membuat ulasan tentang filem itu sebelum ini.

Tetapi, apa yang saya hendak katakan seperti tajuk di atas, Kenapa saya jarang tengok filem Melayu? Baiklah, jawapan saya Filem Melayu yang ada sekarang tidak menarik saya menonton filem tersebut di panggung..Kebanyakan filem saya tonton adalah filem barat setiap kali saya ke panggung.Kenapa? Kerana Filem Melayu yang ada sekarang tidak punya banyak pilihan (choices)...

Baiklah, Mungkin tidak menarik pada saya tetapi menarik pada orang lain. Tetapi bagi saya filem Melayu bukan masalah utama sepenuhnya pada jalan cerita tetapi genre dan konsepnya. kalau kita lihat sekarang senarai filem yang utama keluar untuk tahun ini dan tahun depan adalah kebanyakan filem hantu Seram dan juga beberapa filem yang bagi saya tajuk dan poster seakan kita akan menonton Telemovie tetapi di panggung.Selain Tarikan dari segi Trailer dan poster filem yang tidak seberapa menjadi minat saya kurang dan jarang untuk tonton filem melayu itu di panggung.

Mungkin itu yang buat saya menyesal menonton filem Hantu Bonceng kerana saya menonton filem yang berformatkan Telemovie Televisyen seperti rancangan Cerekarama TV3 setiap hari sabtu pukul 10 malam! Dan bagi saya filem melayu paling Teruk saya tonton sebelum ini adalah Filem Jalang dan Filem Melayu paling bagus saya tonton pada zaman remaja sekolah adalah sewaktu filem-filem Senario seperti Senario the Movie, Senario Lagi, Lagi-lagi Senario dan Senario XX arahan Aziz M. Osman kerana bagi filem tersebut walau pun tidak lah beberapa bagus tetapi sekurang-kurang mampu menghiburkan saya dan konsepnya dipersembahkan sesuai di tonton di panggung untuk seisi keluarga.

Selain Filem Melayu yang lain yang saya tonton tahun ni tidak terkecuali seperti Hikayat Merong Mahawangsa Dan KL gangster antara filem yang baik yang sesuai di tonton di panggung wayang seharusnya ada filem sedemikian pada masa akan datang..

Masalahnya sekarang mungkin saya rasakan adalah disebabkan kerana filem Melayu yang ada tidak punya banyak pilihan .ini juga disebabkan penerbit filem, penulis skrip dan pengarah filem terhad dari segi bajet dan juga idea selain penulis skrip yang juga terhad dari segi ilham dan idea dan pengarah filem terhad dari segi idea dan juga skrip. Dalam hal seperti saya melihat pengarah filem tidak punya banyak pilihan skrip dan idea samada dari pengarah sendiri mahupun penulis skrip sementara penulis skrip tidak punya banyak pilihan dan idea menulis skrip kerana terpaksa mengikut konsep dan bajet ditetapkan produser manakala Produser tidak punya banyak pilihan menghasilkan mengikut kehendak pasaran selain terpaksa bersaing dengan filem dari luar negara.

ini sememangnya menjadikan rumit bagi pihak produser untuk mendapat pilihan untuk mendapat ketetapan tayangan di panggung memandangkan Sesebuah filem yang mendapat kekerapan keuntungan di panggung , akan mendapat kekerapan tayangan di sebuah panggung dari pihak tauke panggung. mujur syarat wajib tayang ditetapkan tetapi itu bukannya suatu kelegaan kerana keuntungan bergantung kepada pasaran pada penerimaan penonton. Dan Genre yang popular dari pihak penonton adalah pilihan terhad bagi pihak produser menghasilkan filem yang bergenre.

Dalam hal sebegini apa yang saya lihat untuk mengatasinya, dengan melihat masalah dari sudut positif untuk meningkatkan kreativiti dan inovatif untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) bagi menghasilkan filem baik yang berkualiti pada masa akan datang selain tidak mengabaikan nilai komersial bagi sesebuah filem kepada pihak penonton . Dalam hal sebegini juga perlu juga ada sukarela dan individu yang independen untuk sama-sama berada dalam arena filem ini untuk memajukannya.

Mungkin selepas ini , alasan saya sebegini kenapa mungkin akan terjawab tetapi hakikat untuk mencapainya hasrat dan matlamat perlukan kerjasama semua pihak termasuk saya sendiri perlu berada dalam tempat industri tersebut. Seperti mana kata biasa saya, Siapa maju filem? kalau bukan kita maju filem..

10/10/11

Kurangkan Filem Hantu, Banyakkan Filem Seram....

Baru-baru ni Tun Dr. Mahathir menegur tentang segelintir penerbit filem, Pengarah dan pengiat filem juga drama kerana lambakan filem hantu yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat dan karut semata-mata..Bagi saya betul kata Tun. kerana lambakan filem seram seperti hantu ini tidak mengajar tentang apa-apa..


Biarpun apa asas murni pembikin filem, penerbit filem serta pengarah filem membikin filem seram untuk mengajar bahawa hanya agama mampu melawan hantu dikatakan syaitan, jin dan iblis. Tetapi adalah lebih baik filem seram mengambarkan hantu bukan sesuatu yang menakutkan tetapi yang menakutkan ialah tuhan kita sendiri, di mana kita tahu kita seharusnya takut dengan tuhan kita kerana maha kuasa dan maha mengetahui .


Bukankah lebih bagus sekiranya filem seram menakutkan penonton dan mengajar penonton untuk lebih gerun dengan tuhan mereka supaya melakukan kebaikan dan taat pada tuhan mereka berbanding takut dengan hantu yang sebenarnya membawa kepercayaan karut dan tahyul semata-mata dan hanya membawa kepada mesej yang tidak sepatutnya..


Sebab itu sebenarnya kita perlu kurangkan filem hantu banyakkan buat filem seram..Sepertimana kita tahu filem seram merupakan filem yang mudah dibikin, berkos rendah dan filem seram ini mudah mendapat perhatian penonton serta keuntungan berbanding filem drama . maksud saya buat filem seram bukan filem hantu..


Tapi kebanyakan filem seram melayu menggangap filem seram itu filem hantu. Filem hantu itu filem Seram..itu masalahnya.. sebenarnya istilah filem seram sebenarnya luas. tak semestinya hantu semata-mata ...ia boleh dibikin filem seram bentuk lain dan konsep lain yang lebih kreatif..


Sebagai contoh filem seram Final Destination berkenaan ajal maut, Filem Scream berkenaan pembunuhan bersiri, Filem Alien tentang makhluk Asing, Filem Eden Lake berkenaan permasalahan remaja yang ganas, Filem Child Play berkenaan patung voodo, Filem Nightmare on Elm Street tentang konsep mimpi ngeri dan sebagainya kalau tidak pun tidak ingin dikaitkan filem popular adalah lebih baik sesebuah filem seram melayu kni dibikin mengambil ilham tentang beberapa beberapa fobia serta trauma yang menakutkan yang melibatkan fenomena persekitaran samada melibatkan sosial, politik dan agama samada pengalaman individu sendiri juga imaginasi individu terhadap perkara sesuatu..


Mungkin boleh saja filem seram kalau dibikin tentang fenomena dunia yang bahaya seperti kisah Dajal, Kisah tentang Bahaya Zionis, Media, serta pengaruh Kuasa minda luar bahaya yang menjajah masyarakat selain boleh saja tentang bahaya Rokok dan Dadah jika dibuatkan sebuah filem seram dan ia boleh menjadi satu mesej dan pengajaran yang cukup kuat sekiranya olahan jalan cerita dan Olahan Seram dari segi produksi serta sinematografi seramnya menjadi. .


Tetapi filem sedemikian kreatif dan menarik perlu mengorbankan banyak masa dan tenaga melakukan research selain memikirkan adakah konsep sebegini sesuai untuk ditonton di panggung kerana filem ditonton di panggung perlu ada rasa seperti menaiki roller-coaster di mana Visual dan Audio serta cerita juga seramnya perlu mencengkam jiwa perasaan penonton untuk berada dalam keadaan tidak selesa kerana formula filem seram ialah membuatkan penonton berada dalam keadaan suspen, tidak selesa dan paling penting membuatkan penonton seram dan gementar dan itulah membuatkan filem seram itu menarik dan unik biarpun seram dan menakutkan masih ada penonton filem yang tetap mahu menontonnya di panggung biarpun terpaksa menutup mata dan telinga dipanggung sepanjang menonton filem tersebut..


Juga, adalah lebih bagus sebuah filem seram dibikin mampu mengeluarkan sesuatu idea, mesej dan konsep yang baru atau sedia ada kepada yang lebih menarik. mungkin kata-kata Tun Dr M, bermaksud menggurangkan bukan menghapuskan kerana filem Seram Melayu yang berlambak menjadikan industri filem kita seakan kurang kreativiti dan kurang inovatif kepada pembikin filem mahupun masyarakat. Maksud saya "Asyik filem seram mesti filem hantu, filem seram jenis lain tak der ker? buat filem seram tentang dajal ker, tentang Musuh dalam selimut ker tentang pemandu kereta gila ker atau apa2 ker, find something creative la.."


Kesimpulannya, Kurangkan filem hantu, banyakkan filem seram dan majukan filem seram kita. Siapa maju filem kalau bukan kita yang maju filem..