1/5/09

Never To Lose - Sebuah Filem Aksi yang menarik



Never to lose filem terbitan daripada negara korea pada tahun 2005 yang telah diarahkan oleh Son Hee-chang dan skrip ini ditulis oleh Ki Seung-tae. Filem dibintangi oleh beberapa pelakon ternama seperti Kim Min-joon,Heo Joon-ho,Jang Hang-seon, Nam Sang-mi dan lain-lain. Filem ini berbentuk Aksi drama Thriller di mana mengisahkan seorang detektif polis bernama Hong-ju berjuang habis-habisan untuk memberkas seorang ketua pengedar dadah.

Filem ini sememangnya Dari mula hingga akhir boleh dikatakan padat dengan aksi kejar-mengejar serta lawan- melawan. Sememangnya dalam filem ini juga seni mempertahankan diri seperti Judo banyak dipaparkan dalam filem aksi ini. Tidak lupa juga Aksi Kejar-mengejar kereta hinggalah babak perlawanan akhir bersama Ketua Pengedar Dadah ternyata cukup memandai sebagai filem aksi yang menarik.

Walaubagaimanapun, filem ini tidak bergantung pada visual aksi sahaja malah kandungan cerita serta plot merupakan daya tarikan penonton untuk menonton filem ini. beberapa mesej serta pengajaran yang boleh didapati dalam filem ini seperti pengorbanan. Pengorbanan dihuraikan dengan cukup dramatik dengan mengaitkan soal cinta dan kerjaya bidang kepolisan selain kesan dan akibat terjadi sekiranya menjadi pelupa sehingga pada suatu saat ia boleh membawa maut. Karakter jahat ketua pengedar dadah cukup dilakonkan dengan berkesan dan pada suatu masa karakter sepanjang mula dan akhir anda merasakan geram tindak-tanduk karakter tersebut.

Kerja Sinematografi dalam filem sememangnya baik biarpun ada sedikit kekurangan dari segi suntingan semasa babak kejar-mengejar kereta. Tetapi sayang filem ini penulis rasakan kekurangan kerana beberapa watak sampingan yang menarik tidak banyak dalam cerita selain kekurangan babak tembak-menembak seakan filem nampak klise seperti filem hongkong yang menggunakan Seni bela diri dalam filem mereka.

Bagaimanapun, kepada mereka ingin menonton filem ini. Anda boleh mengikuti filem asing ini di Astro Kirana saluran 122.Selamat Menonton!


Palestin, Boikot serta kebangkitan Filem Islamik dalam merubah Arena Antarabangsa




Kini, Umat Islam hanya mampu Melihat betapa kejam Israel menyerang negara palestin baru-baru ini.Tahukah kita bahawa kita, bahawa Israel yang hanya mempunyai 7 juta rakyat dan keluasan tanah 21,946 kilometer persegi mampu menakutkan bilangan ramai umat Islam di seluruh dunia.Sebanyak 7 juta rakyat yahudi yang berada di luar Israel telah menguasai media, sistem kewangan dan perbankan, hiburan dan teknologi maklumat. Jadi tidak mustahil mereka juga memiliki suara yang kuat melalui suatu gerakan lobi di Amerika Syarikat sangat berpengaruh.Selain itu, Serangan di Bandar Gaza telah memperlihatkan betapa kejam rejim zionis sememangnya berhati batu dan tidak perikemanusiaan dan Sikap Amerika merestui tindakan Israel melancarkan roket untuk mengebomkan di Bandar Gaza menampakkan Yahudi tidak boleh diharapkan untuk berdamai serta bekerjasama dalam mewujudkan keamanan.

Serangan serta Kekejaman Israel boleh dilihat kini Melihat siaran televisyen tempatan yang banyak memaparkan beratusan-ratusan rakyat palestin yang mati , cedera serta menderita dalam Keadaan yang begitu menyedihkan. Walaubagaimanapun, Tindak balas perlu dilaksanakan oleh Umat Islam sendiri untuk menegakkan keadilan di atas kekejaman Israel.Keadilan perlu diwujudkan oleh masyarakat umat Islam sendiri sekiranya umat Islam sama-sama bersama-sama bersatu padu dan bekerjasama untuk tidak berpecah-belah sesama mereka sendiri.

Selain itu,sebagai tindak balas Masyarakat Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memboikot secara berterusan produk berkaitan syarikat yahudi dan Amerika Syarikat ( AS) yang mendalangi kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.Sebagai Orang filem, Boikot juga boleh dilakukan dengan pelbagai secara mudah seperti dengan mengabaikan daripada membeli tiket filem panggung untuk menonton Filem Hollywood. Filem Hollywood sebenarnya seperti kita ketahui kebanyakan filem-filem dikuasai oleh golongan yahudi. Golongan Yahudi telah menguasai bidang seni ini dan menjalankan dakyah Yahudi melalui filem secara tersirat.Selain Dakyah, budaya barat dicedok sebagai perasa untuk meracuni minda umat Islam. Budaya Barat yang ada di dalam filem bukan sekadar adegan seks semata-mata malah fesyen serta gaya hidup barat dimasukkan ke dalam sebenarnya banyak mempengaruhi minda umat Islam. Malah Filem Hollywood merupakan budaya Hedonisme di bawa oleh Dunia Barat untuk melalaikan serta melemahkan umat Islam .


Untuk Itu, seharusnya sebagai umat Islam kita sepatutnya membuang tabiat menonton filem Hollywood di panggung selain membuang tabiat daripada terus bergantung serta mengagung-agungkan produk AS yang merupakan sekutu rapat Israel. Tindakan Pemboikotan produk AS boleh dilihat sebagai Tindakan yang bijak sekiranya 20 peratus pemboikotan berjaya dijalankan hanya memboikot minuman bergas Cola-cola sebenarnya telah memberi kesan yang cukup kuat kepada umat Islam dalam melemahkan tindakan serta mematahkan serangan AS dan ISRAEL ke atas negara umat Islam seperti Palestin. Boikot hanya satunya cara jika di buat secara teratur dan terancang sudah tentu segala kezaliman Israel ke atas Palestin dapat dihentikan .


Untuk itu, Umat Islam seharusnya berdakwah untuk menegakkan agama Islam dan Dakwah mempunyai pelbagai cara untuk berdakwah bukan sekadar berceramah dan bertulis malah melaksanakan dengan membuat sebuah filem. Filem yang dimaksudkan pembuatan filem yang mengandungi unsur-unsur Islam. Filem sedemikian merupakan filem Islamik. Filem Islamik boleh dijadikan saluran media dakwah yang berkesan dalam menegakkan keadilan serta memperbetulkan fahaman masyarakat mengenai Islam. Filem Islamik tidak boleh dianggap sebagai filem berat dan filem sedemikian masih boleh dibuat dalam bentuk filem hiburan yang berbentuk ringan tetapi perlu berdasarkan peraturan serta ciri-ciri berlandaskan Islam.Dengan Kebangkitan Filem Islamik sebenarnya boleh merubah perspektif perfileman dunia dari segi hiburan, kreativiti, serta Intelektual kepada Masyarakat.

Filem Islamik merangkumi kecerdasan akal dalam merungkai kreativiti melalui batas agama serta boleh memberi gambaran serta mesej yang kuat dalam menyampaikan mesej kemanusiaan serta ketuhanan.Selain itu, Mesej Dakwah disampaikan melalui filem sebenarnya boleh mempengaruhi masyarakat dalam melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar sekiranya mesej tersebut disampaikan sesuai kepada sasaran yang hendak dituju. Filem Islamik juga menjadi sumber Alternatif kepada pendakwah masa kini untuk mengajak remaja untuk mendalami Islam secara dekat. Selalu remaja menganggap Islam bagi sesuatu yang berat untuk dilaksanakan kerana mempunyai halangan serta larangan padahal Islam merupakan suatu yang mudah untuk semua golongan manusia yang sesuai dengan akal fikiran manusia.

Jadi tidak mustahil Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur selagi hiburan tidak mendatang mudarat serta memberi faedah kepada manusia.Jadi, Filem Islamik merupakan jalan terbaik untuk mendekatkan masyarakat untuk ke panggung bukan sekadar hiburan malah menuntut ilmu secara tidak disedari ini terbukti filem Islamik boleh menarik golongan alim, ulama serta golongan Intektual menghadirkan diri ke panggung juga golongan remaja serta kanak-kanak sekiranya Filem itu sesuai kepada siapa ditujukan sasarannya.

Kesimpulannya, Filem Banyak berkait rapat dengan mesej kemanusian untuk disampaikan untuk memberi pengajaran kepada manusia.Pembikin-pembikin filem seharusnya berusaha untuk menghasilkan filem sedemikian kerana filem itu bukan sahaja faedah kepada masyarakat malah memberi keuntungan sekiranya pembikin filem bijak dalam mwmbuat kajian serta sasaran hendak dituju kepada penontonnya.Akhir kita, Siapa Maju filem? Bukan saya tetapi kita yang maju filem.Amin.