7/29/09

Skrip 7707 - Apa yang Menariknya ???


Sudah tentu ramai di kalangan mereka tertunggu-tunggu filem arahan terbaru Razak Mohaideen iaitu Skrip 7707 yang katanya filem ini mempunyai kelainan tersendiri dan akan dieksport ke India dan Australia dan apa yang menarik mengenai filem ini mengandungi 9 cerita dalam 1 filem . Ya, semua itu benar tetapi itulah taktik Razak Mohaideen yang sebenarnya dari dulu untung dengan formula yang sama, gaya yang sama , cerita yang sama, arahan yang sama dan semua sama-sama sahaja .

Filem ini jelas nampak menarik dibarisi pelakon-pelakon yang terkenal dan ditambah menarik lagi ada 9 cerita dalam satu filem. tentu menarik kan? Hakikatnya tidak dan tentunya tidak , jangan mudah terperdaya dengan tawaran komersial serta helah Razak Mohaideen yang sengaja memketengahkan pelakon yang popular padahal mereka tidak ada apa-apa istimewa melainkan penampilan istimewa. manakala 9 cerita diheboh-heboh padahal sebenarnya cerita yang dicerita oleh pencerita dalam bentuk imbas kembali bukannya 9 cerita melibatkan penjalanan cerita dalam plot, konflik serta perjalanan karakter. Adalah mustahil untuk mengatakan filem ini filem terbaik Razak Mohaideen kerana Razak Mohaideen masih dengan budaya pengarahan yang lama dan sama sahaja dan sudah tentu tiada pembaharuan.

Cakap sahaja cerita, skrip, pengarahan, kesan khas dan suntingan filem apa yang boleh dikatakan cukup-cukup makan sahaja dan ok- ok sahaja ( kecuali mula-mula credit itu bagus suntingannya ) dan apa yang diberikan bukannya istimewa. Sememangnya faktor utama penonton tertipu kerana promosi dan pelakon-pelakon yang rata-rata digelarnya sebagai komersial. Apatah lagi poster dan trailer kalau kita tengok adalah lebih baik lupakan sahaja sebab kalau kulitnya buruk apatah lagi isinya .kandungan filem hampir sama dengan kualiti poster dan trailer filem tersebut . rata-ratanya berkualiti rendah. Untuk kualiti baik filem ini mungkin kita boleh bertepuk tangan sedikit kepada kakitangan serta krew yang berjaya memberikan solekan mekap yang seram, pencahayaan yang seram dan bunyi-bunyi yang seram dan mengejutkan tetapi tolonglah itu taktik lama dan lama filem melayu asyik bunyi, bunyi dan bunyi.blablabla...Mana ceritanya? Mana watak utamanya? Mana plotnya? dan mana syot-syot yang menarik? Mana di mana seram dan seram dan seram ? Mana Twist-ending (sudah tentu tiada) ? Prof... adakah ini filem 10 bintang yang prof katakan 10 bintang?

Tidak perlu pening kepala untuk menonton filem ini kerana secaranya umumnya anda mungkin tak tertidur dalam panggung dan tak terasa ingin keluar dari panggung bukan kerana ceritanya tetapi percayalah anda masih duduk di panggung akan tersiksa dan sakit hati disebabkan bunyi-bunyi yang membuatkan anda lemah jantung, sakit jantung dan juga darah tinggi ( sekali bukan disebabkan filem ini seram) dan pasti anda tertanya-tanya dan membilang-bilang berapa banyak cerita anda tonton dalam satu filem setakat ini . Bila tamat filem itu, anda balik anda takkan senyum dan anda takkan muram dan puas, anda cuma diam , balik rumah dan tidur dengan lena tanpa fikirkan apa-apa yang menarik , seram dan paling jelas anda sebenarnya rugi RM10 membelanjakan filem ini padahal filem seperti The Taking Pelham of 123, Land Of The Lost dan juga Harry Potter Half Blood Prince biarpun tidaklah terlalu menarik sekurang-kurangnya berbaloi dengan duit yang kita belanjakan .


Tetapi kenapa penonton masih tonton filem ini ? sebab rata-rata yang menonton majoriti orang melayu dan majoriti orang melayu serta malaysia meminati genre seram. Maaflah, kalau ini filem seram adalah lebih baik anda balik rumah , tunggu raya dan tunggu sahaja ditayangkan di kaca tv rumah anda . Anda pasti kecewa jika mengharap filem menghantaui apatah lagi terdapat beberapa babak yang tentu biasa-biasa sahaja dan aspek pengarahan dan kreativiti yang tiada kreatifnya dan tiada intektualnya untuk pelajar filem mempelajari sama ada cerita, lakonan , teknikal dan pengarahannya . Buat apa menyokong filem tempatan kalau filem itu untung kita rugi. Filem yang untung tidak akan peduli pada mereka yang rugi dan apa mereka mahukan untung, untung dan terus untung dengan cara yang sama dan terus sama. Tiada Inovatif dan Kreatif seperti mana berlaku seperti filem ini .

Secara kesimpulannya Skrip 7707 kepada penonton di luar sana yang ingin menonton filem ini jangan bandingkan filem ini dengan Last House On The Left, Drag Me To Hell mahupun filem-filem seram yang lain, pasti anda semua akan kecewa tetapi bagi mereka terhibur kemungkinan mereka yang suka sebab filem tidak seram dan sudah tentunya anda akan gembira melihat artis kesayangan anda berlakon seperti Norman (KRU) , Fasha Sandha, Abby Abadi, Fouziah Gous dan sebagainya . Anda semestinya gembira apabila filem ini habis, sudah tentunya... tetapi bila anda balik cuba anda cari babak yang menarik dan tanyalah pada anda sendiri " Apa yang menariknya?" .

The Taking Pelham of 123 : Sebuah Filem Remake aksi yang baik


The Taking pelham of 123 merupakan filem arahan Tony scott yang terbaru Tony Scott lebih dikenali sebagai pengarah filem aksi drama yang sebaris dengan abangnya ridley scott yang baru-baru ni mengarahkan filem Body Of Lies .Filem ini mengisahkan tentang perampasan tren MTA oleh pengganas yang dikenali sebagai Ryder yang mengugut untuk membunuh tebusan di dalam tren tersebut sekiranya duit diminta tidak sampai tepat pada masanya . Filem ini merupakan filem yang dibikin semula ( remake ) daripada sebuah novel ditulis oleh John Godey pada tahun 1974 dengan tajuk yang sama .

Apa yang menarik bukannya aksi menjadi sebab filem ini ditonton oleh penulis tetapi lebih kepada pendekatan interaksi antara watak yang baik dan watak yang jahat juga tanpa disedari filem ini juga berbaur politik dan agama. Politik melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penindasan kuasa pada waktu yg sama filem ini menyentuh persoalan politik yang melibatkan rasuah dan kuasa ketua bandar yang berlatar belakang seorang yang penipu manakala persoalan agama boleh dikatakan dalam filem menjadi taruhan dan kejujuran di mana penjahat dan pengganas iaitu Ryder lakonan John Travolta merupakan seorang penjahat yang beragama katholik yang mementingkan kejujuran dalam setiap pengakuan serta kesalahan dan apa yang dapati selain secara sinis didapati penindasan warna kulit berlaku di mana watak Walter Garber yang ditindas oleh detektif polis yang mengendali kes perampasan .selain itu nilai persahabatan di antara watak baik dan watak yang jahat boleh dikatakan antara menjadi tarikan dan kelebihan menonton filem ini .

Namun filem ini tak tumpah seperti filem biasa di mana filem tidak punya rangkaian plot yang cukup mencabar dan mendebarkan . walaubagaimanapun, masih tidak membosankan kerana lakonan Denzel Washington dan John Travolta serta John Turturro yang banyak membantu menaikkan mood untuk menonton filem ini .Memang menarik sekali John Travolta dan Denzel Washington berlakon sama dalam filem ini kerana mereka berdua mempunyai banyak chesmistry .Apa yang dapat dikenalpasti kelemahan dalam filem ini ia bukanlah filem aksi tanpa henti tetapi filem ini lebih banyak drama daripada aksi dan cabaran filem mengenai pendekatan kepada konflik tidak begitu menekankan serta suspen dan jalan cerita terlalu lurus dan tak punyai apa-apa pembaharuan. sayangnya dalam setengah jam apa akan dapati aksi yang dipaparkan hanyalah aksi kemalangan semata-mata yang dirancang untuk menampakkan film itu lebih beraksi .

Untuk gaya pengarahan Tony Scott pula secara dapat disimpulkan biarpun beliau telah lanjut usia mengarahkan beberapa banyak filem yang popular seperti Top gun , Enemy of the State dan Spy Games. Kali ini filem ini menampakkan Tony Scott dari segi pengarahan yang berjiwa muda dan aktif .Walaubagaimanapun, filem arahan kali tidak begitu menyerlah arahan berbanding dengan Spy Games yang memberikan keserasian lebih kepada naratif, lakonan dan aspek teknikal , Stunt dan persembahan . Rata-rata kemampuan dan kecekapan Tony Scott mengendalikan arahan lebih terarah membikin pada saat-saat cemas serta babak kejar-mengejar yang rata-rata mengingatkan kembali penulis sewaktu menonton filem Enemy of the State yang diarahkan oleh beliau.

Untuk suntingan filem , boleh dikatakan lebih menekan tentang pergerakan kamera yang pantas serta elemen muzik yang bombastik pada permulaan. Filem ini juga tidak membosankan kerana suntingan filem yang pantas, pergerakan kamera yang tidak suka duduk diam dan visual yang kabur dan blur yang menjadi imej kepada kelajuan situasi untuk filem ini.Berbanding filem asalnya, kali ini ia lebih beraksi dan lebih punyaiimej stylo dan gaya tersendiri dan jikalau kita ingat filem yang asalnya watak penjahat itu sendiri berlainan daripada kostumnya sendiri contoh watak ryder sekarang lebih kepada gaya gangster yang kelihatan rock berbanding yang dulu lebih seperti penjahat berpakaian formal gangster ala-ala zaman godfather dan bercermin mata . Tidak dilupakan sekiranya anda menonton di pawagam anda akan dapati banyak babak dipotong disebabkan penggunaan bahasa yang mencarut dan lucah .

Kepada mereka yang ingin menonton The Taking Pelham of 123, silakan kerana filem ini berbaloi kepada mereka ingin hiburan yang baik dan tidak perlu memikirkan tentang plot juga kepada meminati lakonan John Travolta seperti mana beliau pernah berlakon orang Jahat dalam Filem Face/Off juga Denzel Washington yang terkenal lakonan yang terbaik dengan watak yang simpatetik sepertimana dalam filem John Q.Untuk membandingkan mana filem yang baik yang dahulu atau sekarang, baik anda melupakan sahaja , duduk di panggung, tonton dan nikmatilah sebuah filem remake bercorak aksi yang baik ini !