3/23/11

Hikayat Merong Mahawangsa VS Ratu The Movie, siapa menang?



Sememangnya sebagai penonton filem di Malaysia, tidak dinafikan sambutan Hikayat Merong Mahawangsa bertambah hangat apabila penonton ke pawagam berpusu-pusu memenuhi panggung untuk menonton filem tersebut . Mengikut Laporan Tayangan filem Cereka Finas dikemaskini pada 23 Mac 2011, Filem Hikayat Merong Mahawangsa telah mencatat jumlah kutipan yang memberansangkan sebanyak RM4.75 juta dan kutipan tersebut sebelum ini telah mengatasi filem epik yang lain seperti Puteri Gunung Ledang yang sebanyak RM 2.90juta . Tidak dinafikan bahawa filem bergenre Epik Sejarah kemungkinan besar boleh dijadikan trend selepas filem seram dan komedi yang selama ini menjadi makanan ruji penonton filem tempatan sekiranya rekod tertinggi filem tertinggi dipegang tahun ini iaitu filem Khurafat sebanyak RM 8.08juta dapat diatasi . Penulis yakin kutipan itu dapat diatasi sekiranya penonton filem kerap dan kembali untuk menonton filem itu sekali lagi . Ternyata melalui kaji selidik penulis melalui blog dan laman sosial di internet penulis dapati kebanyakan yang menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa telah menonton lebih dari sekali . Dan juga telah menonton 2 kali dan 3 kali dan juga ada lebih dari itu kerana berasa bangga dengan filem dihasilkan oleh produksi KRU Studio arahan Yusry Abdul Halim . Apa yang membanggakan rata-rata penonton filem tempatan memberi sokongan dan semangat yang padu dalam menaikkan industri filem tempatan. Lihat sahaja di Facebook fan page Hikayat Merong Mahawangsa ternyata rata-rata memberi sokongan penuh pada filem tempatan adalah golongan muda dan remaja. ini boleh kata titik tolak bermula daripada golongan muda dan remaja untuk kembali memeriahkan industri filem tempatan yang selama ini dianggap kebanyakan golongan muda dan remaja disalah anggap sebagai penonton filem yang mengagungkan filem barat sahaja.

Tetapi bagaimana pula dengan filem Ratu the Movie? Ternyata filem Ratu the movie tidak kurang hebatnya kerana penulis yakin filem itu mempunyai tarikan tersendiri . Walaupun mengikut review di blog yang lain rata-rata memberikan komen kritikan yang kurang memuaskan tetapi ternyata di sudut persepsi penonton filem berbeza kerana selera penonton berbeza dan subjektif. Tapi apa yang penulis dapati Filem Ratu the Movie juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Mengikut andaian penulis, Filem tersebut mempunyai konsep yang menarik penonton melalui nilai komersial yang melibatkan fizikal luaran kuat ataupun physical attraction di mana kecantikan rupa dijadikan suatu pasaran menarik untuk menonton khasnya pada kaum lelaki . Untuk kaum wanita ada juga melihat filem sebagai ekploitasi ke atas kecantikan wanita tetapi sebenarnya itu merupakan tujuan baik pengarah filem untuk menketengahkan bakat pelakon wanita baru terutama selain menampilkan muka baru dan bakat baru dalam industri filem. Ternyata ini boleh dianggap suatu anjakan paradigma dilakukan pengarah filem untuk membuat sesuatu yang berbeza .. Siapa tahu kan selepas ini ada penerbit filem dan pengarah filem menketengahkan muka baru selepas ini? Selain itu, ini percubaan baik pengarah filem Prof Madya A.Razak Mohaideen dikenali sebagai pengarah filem yang sering membikin kebanyakan filem ringan, komedi slaptik kembali membuat filem yang berbeza di mana garapan kali cuba menketengahkan konsep dan idea yang lain dari filem beliau sebelum ini biarpun pada hakikat ada orang mengatakan filem tidak lari seperti filem Mistik seperti penjelajahan dan pengembaraan di dalam hutan. Tetapi siapa tahu kan yang menilai ini adalah penonton filem bukan dari cakap-cakap orang yang tidak menonton Ratu the movie ini lagi. Melalui kajian dari internet laman sosial saya dapati Filem Ratu the Movie juga mendapat sambutan dari kalangan penonton yang telah menonton filem tersebut dan bagi mereka filem Ratu The Movietidak mengecewakan berbanding filem Prof Madya A.Razak Mohaideen sebelum ini... Ini menjadi petanda baik kepada Prof Razak membikin sebuah filem lagi yang menarik dan bermutu selepas ini..

Walau apa pun, Dua-dua filem mempunyai perbezaan dan persamaan tersendiri yang bersaing untuk memberikan hiburan dan kepuasan kepada para penonton filem tempatan. Namun begitu, dari segi kutipan kemungkinan besar jatuh pada Hikayat Merong Mahawangsa kerana filem tersebut telah mengungguli carta box office tempat pertama mengalahkan filem antarabangsa seperti Rango dan New Invasion : Battle Los Angeles yang boleh dikatakan pesaing terdekat yang kuat sebelum ini. Mengenai Ratu the movie biarpun baru memasuki carta tetapi siapa tahu kerana membeli tiket ke panggung adalah penonton filem ke panggung.. Antara Hikayat Merong Mahawangsa VS Ratu the movie, siapa yang menang ? anda yang menentukan,andalah penonton, andalah hakim, andalah saksi, andalah pemberi wang, andalah penentu kejayaan, kekayaan dan keuntungan sesebuah filem. Jadi tepuk dada tanya selera....Siapa maju filem kalau bukan KITA MAJU FILEM..