12/30/08

Syurga Cinta Akan Datang


Sebelum itu, Penulis menonton filem di panggung wayang baru-baru ini penulis ternampak sebuah poster filem. Poster filem itu ialah Filem Syurga Cinta yang akan ditayangkan pada tahun depan. tetapi poster di pawagam penulis lebih menarik dan cantik berbanding poster yang penulis letak di atas. Muka heliza kelihatan lesu manakala poster terbaru di pawagam ternyata heliza kelihatan lebih cantik, ayu serta comel.

Tentang filem Syurga Cinta, penulis tak mengharapkan filem ini menarik untuk penulis ke panggung untuk menonton filem. Walaubagaimanapun, siapa berminat untuk menonton filem ini , tonton filem ini di pawagam berdekatan. Siapa yang maju filem kalau kita sendiri yang tolong filem itu maju. jadi, KitaLAH maju filem!

Unsur Zionisme dalam filem Hollywood


Zionisme ialah sebuah gerakan kaum Yahudi yang tersebar di seluruh dunia untuk kembali lagi ke Zion, bukit di mana kota Yerusalem berdiri.Kalau di dalam kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud dasar atau pergerakan politik yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin manakala Zionis pula bermaksud anggota (pengikut atau penyokong kuat) dari kalangan bangsa Yahudi yang memperjuangkan atau mengamalkan zionisme. Gerakan yang muncul di abad ke-19 ini ingin mendirikan sebuah negara Yahudi di tanah yang pada waktu itu dikuasai Kekaisaran Ottoman (Khalifah Ustmaniah) Turki.Zionisme merupakan satu gerakan yang berbentuk Antarabangsa malah ia juga berbentuk ideologi yang berbahaya. Istilah pertama diguna pakai oleh seorang perintis kebudayaan yahudi iaitu Mathias Acher. Secara tidak langsung unsur zionisme membawa unsur bahaya yang berbentuk kejahatan serta meracuni pemikiran umat Islam pada masa kini. BiasanyaGolongan yang berpegang kuat kepada zionisme ini telah diketahui berniat serta bertindak memusuhi dan memerangi Islam dan penganut-penganutnya di seluruh dunia baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi.Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 Allah telah mengingatkan:


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya, jika engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan memperolehi daripada Allah (sesuatu apapun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Dan Allah juga telah memberi amaran dalam ayat 217 pula yang bermaksud

:“…Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak akan berhenti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) memalingkan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup (melakukan yang demikian)…”

Lebih satu per tiga kandungan Surah Al-Baqarah menceritakan perihal sifat, sikap dan perbuatan orang-orang Yahudi termasuk hujah untuk mematahkan hujah-hujah yang membela kesesatan mereka.


Kini, Unsur Zionisme bukan sekadar berbentuk keganasan malah berbentuk simbol seperti mana yang terdapat dalam filem mahupun poster filem. Sebagaimana contohnya Poster Filem National Treasure terbitan Walt Disney serta dengan kerjasama penerbit filem Aksi Jerry Bruckheimer yang selama terkenal menerbitkan filem aksi yang menyebarkan unsur keganasan yang kini sedang meracuni pemikiran kanak-kanak dengan filem popularnya Pirates of the Carribean secara tidak sedari telah menyebarkan unsur Zionisme daripada Bangsa Yahudi yang mempunyai agenda jahat yang tersembunyi.Selain itu,Filem ‘Independence Day’ yang diterbitkan pada tahun 1996 arahan Roland Emmerich yang mengisahkan penjajahan Makhluk Asing ke atas negara Amerika Syarikat juga membawa unsur yang berbaur Zionisme.

Ternyata dalam filem yang dipenuhi dengan simbol-simbol Yahudi ini, Amerika dan Zionis diperkenalkan sebagai penyelamat manusia. Amerika diperkenalkan sebagai bangsa dan negara yang terbaik. Penekanan terhadap perang akhir zaman dan kemenangan Yahudi ini diungkapkan dalam dialog seorang pakar komputer dalam filem tersebut, “Sejauh yang aku ketahui, akhir dunia telah mendekat dan aku merasa senang.”

Sebuah filem ‘Matrix’ diterbitkan pada tahun 2000 Arahan Adik-beradik Andy dan Larry Wachowski telah mendapat sambutan hangat daripada para penonton di seluruh dunia. Diceritakan dalam filem ini, pada tahun 2199, kehidupan manusia telah menyerupai robot buatan komputer. Ketika itu, telah diciptakan inteligensia buatan yang dimasukkan dalam tubuh manusia dan disambungkan melalui paip ke dalam otak.

Akibatnya, kehidupan manusia ketika itu diatur oleh mesin. Bagaimanapun, ada seorang yang menolak kehidupan seperti ini dan melakukan penentangan. Orang tersebut, yang bernama Neo, kemudian berhasil menyelamatkan manusia daripada cengkaman mesin.

Filem ‘Matrix’ dipenuhi dengan lambang dan tanda Yahudi. Dalam filem ini, keseluruhan manusia dicadangkan untuk mencari perlindungan ke sebuah tempat bernama Zion, yang merupakan nama sebuah bukit di Baitulmaqdis. Tokoh Neo, yang ertinya ‘baru’, digambarkan sebagai sang penyelamat masa hadapan dan menjadi pemimpin di bumi Zionis.

Menyusul filem ‘Matrix’, dikeluarkan pula filem lanjutan yang berjudul ‘Matrix Reloaded.’ Dalam filem ini digambarkan bahawa umat manusia telah diserang oleh mesin dan mereka kemudian mencari perlindungan di kota bawah tanah. Neo hanya memiliki waktu 72 jam untuk mengalahkan makhluk tidak berperi kemanusiaan itu melalui petunjuk seorang peramal.

Dalam filem ini, para penonton diajak untuk menanti tanah air yang ditunggu-tunggu dan masa hadapan mereka. Sang peramal dalam filem ‘Matrix’ kedua ini, bernama Oracle dan berasal dari Yunani kuno. Dia memperlihatkan simbol nabi-nabi sebelum Isa Al-Masih dan menyampaikan ajaran-ajaran Yahudi di dalam kitab ‘Old Testament.’ Dia membimbing Neo untuk berperang dengan mesin dan meramalkan apa yang akan terjadi pada masa mendatang.

Sebenarnya sebelum ini,Sejak puluhan tahun yang lalu, idea-idea Zionisme telah masuk ke dalam kancah perfileman Barat. Filem berjudul ‘Birth of a Nation’ karya D.W Griffith merupakan pelopor filem-filem mengenai penghancuran manusia non-Yahudi.

Unsur Zionisme banyak dicedokkan dalam bentuk cerita ke dalam filem misalnya mengambil simpati dunia lewat tragedi Holocaust. Contohnya Life is Beautiful, The Pianist, dan Schindler’s list. Atau sejak dulu mitos “kaum sengsara” sudah ada, menurut Majid, sejak Walt Disney merekacipta karakter Mickey Mouse, Tom and Jerry, hingga Home Alone dan Lion King. Juga dalam pemujaan syaitan dan konsep akhir dunia dan pemimpin akhir seperti mana filem Matrix yang telah huraikan tadi.

Juga,Penguasaan media yahudi demi pembentukan pandangan dunia. Caranya, dengan menduduki posisi-posisi penting. Misalnya, hadirnya tokoh Rupert Murdoch, Steven Spielberg, Woody Allen, Marilyn Monroe, Tim Burton, Robert Redford, dan masih banyak lagi.

Kebanyakan filem berbentuk Zionisme digunakan sebagai propaganda.Kini, Propaganda filem berbentuk begini terlibat sebagai sebuah filem berkesan sekali di tangan orang yang mempergunakannya secara efektif untuk sesuatu maksud terutama sekali terhadap masyarakat kebanyakkan bicara dengan hati daripada dengan akal .

Kesimpulannya, Unsur Zionisme dalam filem Hollywood telah wujud lama selama ini dan kini filem sedemikian telah berjaya mempengaruhi minda penonton dan memperngaruhi gaya hidup umat islam. Sebagai penonton seharusnya mengambil pengajaran serta berhati-hati setiap kali filem barat membawa makna tersendiri dalam menyampaikan unsur Zionisme. Jadi, untuk mencegahnya ayuh kita membantu filem kita daripada filem barat.Ayuh kita maju filem!

12/29/08

Zaman Orang Tak pergi Panggung?


Sungguh terkejut sekali filem seperti Los Faun serta Cicakman 2 Planet Hitam yang sepatutnya mendapat pulangan kutipan membanggakan hanya mampu mencecah box-office yang cuma dalam lingkungan sejuta lebih sahaja yang menonton namun apa berlaku gaya hidup masa kini peminat-peminat filem melayu semakin berkurangan kebelakangan ini.Pada awal tahun kita mendapati filem yang berjaya setakat mengumpul kutipan box-office tertinggi hanyalah filem yang diarahkan oleh Prof Abdul Razak Mohaideen iaitu Duyung yang berjaya mendapat kutipan kasar sebanyak 4.679 juta. Manakala filem mengikuti kutipan kasar yang sama dengan Duyung adalah Filem Senario The Movie Episod 1 sebanyak 4.259 juta.

Ini menunjukkan sambutan filem terhadap filem berbentuk Cinta dan Komedi masih diterima oleh masyarakat. Namun apa yang berlaku filem sedemikian kelihatan berkurangan dari segi sambutan. Persoalan apa yang dimahukan oleh penonton di panggung? Ini seolah menunjukkan filem berada di tahap mencabar dan kritikal di mana Pembikin-pembikin filem seharusnya mengeluarkan jenis produk filem bukan sahaja menarik tetapi membawa kepada jenama bersesuaian tema dan konsep yang mempunyai kelas bagi golongan penonton untuk menonton.

Sememangnya sebuah filem perlu dikaji kepada siapa dituju dan golongan mana yang majoriti yang akan menonton di panggung. Oleh itu penjenamaan dari segi tajuk , Genre dan produk perlu dibuat kajian melalui keadaan masyarakat sekarang. Filem yang berkualiti serta popular juga mempunyai cerita yang kreatif bagaimanapun masih tidak menjamin keadaan kutipan filem masa kini kerana keadaan penonton yang punya kehendak yang tinggi untuk panggung. Mereka bukan lagi ke panggung semata-mata berhibur malah mereka juga ternanti-nanti sebuah filem yang lain daripada lain dan menimbul tanda tanya untuk mereka ke panggung menonton sebuah filem bukan sahaja berbeza tetapi mempunyai unsur tarikan dan kemahuan pada diri mereka berdasarkan keadaan serta suasana zaman sekarang. salah silap tidak boleh disalahkan kepada penonton kerana mempunyai hak memilih sekiranya mereka mahu menonton.

Jadi persoalan Zaman orang tak pergi panggung kerana bergantung doa dan usaha masing-masing kepada tuhan kerana jodoh dan rezeki di tangan tuhan. Jadi tidak mustahil perkara ini bersakut-paut dengan agama kita sendiri. segala kegagalan dan kejayaan mempunyai hikmah di sebaliknya cuma sebagai pembikin filem sepatutnya seharusnya bersabar dan istiqamah dan sentiasa tidak bersikap putus asa dengan sentiasa berusaha membawa pembaharuan dari segi kreativiti serta kekritisan sebuah karya yang mewakili masyarakat majoriti untuk menonton filem. Untuk itu kita harus maju filem! Hanya kita maju filem!

Selamat Menyambut Maal Hijrah


Kini hari ini bersamaan dengan 1 Muharam 1430. Hari ini juga hari pertama tahun baru bagi kalendar Islam. Semestinya bagi umat islam pada tahun ini kita bukan sahaja berdoa malah kita juga perlu berusaha menjadi seorang terbaik daripada yang sebelumnya.Oleh itu, Jadikan Maal Hijrah sebagai Hari baru kita memperbaiki prestasi dan memperbaiki segala kelemahan diri kita . Jangan biarkan masa itu terus berlalu ke tahun seterusnya kerana tahun ini adalah waktu kita kembali muhasabah diri di samping memajukan dan mencapai cita-cita kita sebelum ini kita tidak capai sebelum ini. Tak lupa juga meningkatkan keimanan kita dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta memperbanyakkan melakukan amal kebajikan dan mengelakkan daripada melakukan kemungkaran.semoga roh kita dicucuri rahmat.Amin. Sebelum itu, macam biasa. Ayuh kita maju filem!

12/28/08

Perpaduan dalam filem

Perpaduan tak semestinya berlaku di kalangan masyarakat malah perpaduan boleh berlaku dalam filem. Bagaimana? Perpaduan melalui kepelbagaian kaum yang wujud negara kita diterjemah ke dalam satu karya yang dinamakan filem. Perpaduan boleh diwujudkan jika mempunyai sokongan masyarakat yang padu kepada bangsa sesama dan sesama mereka yang lain. Usah kita bercerita mengenai perbezaan politik. Dalam Malaysia kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin negara kerana berjaya bersusah-payah untuk memerdekakan negara ini daripada cengkaman penjajah selain memberi peluang kepada warga asing yang berhijrah pada dulu zaman nenek moyang kini diterima sebagai warganegara Malaysia yang kini hidup dengan aman dan damai.

Seharusnya Masyarakat berusaha untuk membangunkan sesama mereka tak kira kaum untuk sama-sama maju di antara mereka tanpa mewujudkan jurang perbezaan.Di Malaysia, Seharusnya Semangat perpaduan perlu dijanakan melalui sifat patriotik serta kenegaraan supaya suasana aman di negara akan sentiasa bertambah makmur. Tentang Hak Politik melayu tidak perlu dipersoalkan oleh kaum lain kerana ini boleh menjejaskan perpaduan masyarakat selain boleh menimbulkan prasangka yang buruk sesama kaum yang lain.Seharusnya mereka yang menduduki di Tanah Melayu yang diberi Hak Jus Soli sejak azali sepatutnya bersyukur dan berterima kasih serta menghormati keistimewaan dan pemerintahan di bawah orang melayu yang memerintah dan tidak mempersoalkan tentang kesucian agama islam sebagai agama Persekutuan.

Perpaduan dalam filem sebenarnya membawa makna kepada kejayaan kesatuan masyarakat kita sedari. Seperti mana Mamat Khalid yang merancang dalam pembikinan filem terbarunya 'Estet' merupakan usaha yang baik dalam menyatupadukan masyarakat selain menjernih pertegangan serta memberi kesedaran kepada kaum-kaum di Malaysia bahawa tanpa perpaduan tak mungkin kita akan hidup aman dan damai. Seharusnya pembikin filem usah membiarkan filem mereka menganaktirikan dan menghina kaum-kaum yang lain kerana ini boleh membawa kepada implikasi dan prasangka yang buruk sesama kaum dan boleh berlakunya peristiwa rusuhan kaum sekiranya dibiarkan berleluasa.

Akhir Sekali, Filem adalah simbol perpaduan sekiranya dibikin dan dinikmati oleh semua kaum yang ada di Malaysia tanpa mempersoalkan isu perkauman di antara mereka. Hasilkan sebuah filem yang mencerminkan perpaduan di Malaysia dengan itu filem kita akan kelihatan maju dan berjaya.Walaubagaimanapun, hanya kita maju filem. Ayuh!

Kecerdikan Filem Melayu bila?

Peminat-peminat Filem melayu sememangnya ternanti-nanti sebuah filem yang mempunyai kecerdikan yang boleh membuat penonton berfikir. Kecerdikan seharusnya selaras dengan kehendak semasa di mana filem-filem melayu perlu bergerak seiring dengan arus permodenan berdasarkan suasana industri perfileman kini .Tetapi apakah nasib Industri filem melayu kalau hendak dibandingkan dengan industri perfileman di Hollywood dan Bollywood yang sememangnya jauh berbeza dari segi kemajuan.

Kecerdikan amat bergantung kepada pembikin untuk menghasilkan filem berdasarkan skrip yang ditulis oleh penulis skrip terlebih dahulu sebelum dibawa dan diterjemah oleh para pengarah filem yang bertanggungjawab mengarahkannya setelah mendapat kelulusan penerbit untuk mengarahkannya.

Walaubagaimanapun, Kecerdikan itu perlu dikaji melalui pemikiran minda masyarakat kini yang seakan tidak mudah diperbodohkan dengan cara penyampaian tidak masuk akal serta khurafat. Minda melayu sebagai tercabar dengan arus permodenan perfileman yang dibawa oleh barat yang kebanyakkannya menyampaikan budaya kuning untuk diserap ke dalam minda penonton. Filem Inggeris juga semakin bijak menolak langkah untuk mempengaruhi penonton secara halus melalui simbol serta dakyah tersirat yang mempunyai dua makna dari segi skrip serta visualnya.

Sememang filem barat mempunyai agenda tersendiri melalui konsep hedoisme yang terdiri daripada muzik dan termasuk filem dalam setiap misi untuk merosakkan umat Islam. Tanggungjawab Masyarakat seharusnya menyedari tentang kewujudan unsur-unsur merosakkan sebelum ia bercambah ke dalam minda sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan.

Tumpuan lebih menjurus kepada golongan remaja di mana kesedaran masih terhadap isu melibatkan jati diri masih berkurangan di antara mereka.Mereka sentiasa dipengaruhi oleb budaya sedemikian menyebabkan pada suatu hari mereka menggangap segala yang berpaut pada budaya tradisi timur dan agama mereka sendiri mereka akan bertindak untuk mengatakan itu kolot.Kecerdikan seharusnya dinilai dengan sikap moral dan akhlak mulia. Dengan Akhlak mulia menjadikan manusia dipandang mulia dan maruah diri terpelihara.Jadi Filem Melayu perlu bertindak untuk menjadi filem itu cerdik supaya maruah sesebuah karya itu terpelihara.

Kesimpulannya,kecerdikan tidak semestinya berdasarkan pemikiran seseorang manusia malah sebuah filem perlu mempunyai kecerdikan untuk menghasilkan sebuah pemikiran yang positif kepada bangsa, agama dan negara.

Seniman yang soleh




Selama ini seni disalaherti sebagai sesuatu yang buruk dari mata masyarakat. Seni sememangnya indah dan terdapat berbagai cabang seni dalam dunia kemanusiaan Namun yang menjadi persoalan kenapa Seni persembahan seperti nyanyian, Teater dan filem dipertikaikan membawa erti, nama tidak elok di kalangan masyarakat. Kerana kita tahu dunia seni persembahan sering diertikan sebagai Dunia Kemaksiatan dan dosa kerana ia merangkumi hiburan dan batas melalaikan dan melanggar syariat agama. Apatah Dunia Glamor diertikan sebagai Dunia pemujaan di mana ulama –ulama agama sering mempertikaikan kredibiliti Artis yang sering melanggar hukum agama.

Ya, Segala tohmahan ini tak dapat dielakkan. Apa Penulis perhatikan Anak bangsa-bangsa kita berdarah seni kebanyakan berfahaman Sekular iaitu Memisahkan kehidupan agama dalam kehidupan mereka. Malah jarang kita dengar Artis-artis dan seniman yang mematuhi agama secara total dan bergelar orang alim dan beriman.Apa yang kita lihat Seniman kita banyak melanggar hukum agama seperti batas-batas hubungan dengan bukan muhrim, menyentuh tubuh yang bukan muhrim, membuka Aurat, Tidak bersolat lima waktu dan mewarnakan rambut.

Dan jika bertanya kepada mereka tentu mereka memberikan alasan tersendiri. Sememangnya kita tidak terlepas melakukan dosa sekiranya terbabit dalam bidang ini. Tetapi perlu kita ingat dosa kecil pun boleh jadi dosa besar dan segala yang berkait dengan dosa adalah keji dan memudaratkan bukan sahaja pada diri kita Malah kepada masyarakat juga.

Sebagai Penulis sendiri tidak terlepas melakukan dosa .Tulisan ini juga sebenarnya mengingatkan diri penulis sendiri. Semestinya sebagai umat Islam kita bertanggungjawab melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala LaranganNya .Dan sebagai seniman kita seharusnya tergolong sebagai seniman yang soleh.

Kembali tajuk utama jelas Motif Utama penulis untuk memberikan motivasi kepada mereka yang akan bergelar Seniman supaya bertindak memberikan bukan sahaja kepada masyarakat Malah diri kita sendiri.

Cabaran Utama sekiranya bergelar Seniman adalah Imej. Imej seniman samalah seperti penyanyi dan pelakon biarpun terlibat di belakang tabir. Apa mereka perlu perhatikan adalah pengaruh masyarakat dan persekitaran. Memang untuk bergelar sebagai Seniman yang soleh mencabar sebab banyak di kalangan orang- orang seni kita banyak mengikut fesyen semasa yang dari barat. Kalau bukan barat dari timur seperti bintang-bintang Hong Kong, korea dan Jepun yang kebanyakannya berunsur trend semasa.Ya ia tak salah kerana tidak melanggar hukum-hukum agama. Tetapi Imej Sebeginilah meracuni minda masyarakat di luar sana. Untuk bergelar seniman yang soleh anda seharusnya berpakaian sederhana dan sopan tak kira lelaki atau perempuan.

Semuanya sama.Tak Semestinya bergelar seniman seharusnya berpakaian mewah dan berjenama semata- mata anda orang seni . Orang seni yang sebenarnya ialah memiliki intektual seni yang tinggi serta berkemampuan menintepretasi hasil daripada objek di alam dunia kepada yang lebih indah disamping tidak mengabaikan agama dalam keseniannya.Perlulah diperbaiki tanggapan Imej yang dulu yang lahiriah sahaja dan imej Seniman yang paling penting adalah hasil kerja bukan fizikalnya semata-mata.

Untuk menjadi seniman yang soleh seharusnya belajar mengenali tuhan terlebih dahulu sebelum mengenali orang lain. Untuk mengenali tuhan seharusnya taat kepada tuhan kita yang satu iaitu Allah S.W.T. selain belajar mempelajari ilmu agama secara mendalam. Tak kira walaupun anda bukan ahli Ulamak dan Ilmuwan islam anda wajib mengenali agama bukan sahaja dari luaran Malah dari dalaman ia jua.

Semua ini Membantu anda mendekatkan diri kepada agama dan juga Membantu anda menjadi seorang kreatif yang berilmu dan beriman serta beramal soleh. Selain itu, tidak lupa pelajari hadis dan Sunah Rasulullah S.A.W. semua ini membawa keberkatan dan kemudahan dalam kehidupan kita

Islam itu mudah sebenarnya yang menjadi permasalahan masyarakat kita sahaja suka menyusahkan untuk perkara yang mudah seperti tudung dan aurat . Dalam kalangan wanita , Pemakaian tudung tidak menghalang seseorang seniman untuk berlakon atau bergiat aktif sepenuhnya dalam bidang seni tetapi perlu dibawah batas tertentu seperti pengaulan antara bukan mahram semestinya ditegah sentiasa.

Semestinya sentuhan tidak boleh dilakukan walau pelbagai alasan sekira berlakon kerana setiap jejari sentuhan wanita kepada lelaki yang bukan mahram ibarat sentuhan haram khinzir di kulitnya di antara mereka cukup memadai luahan kata dialog . Selain tudung bagi wanita sebenarnya aurat anggota tubuh badan wanita itu menjadi persoalan. Aurat wanita masih akan kelihatan sekiranya pakaiannya menampakkan susuk tubuh badan.

Wanita bergelar seniwati seharusnya mementingkan menutup aurat dan mengelakkan berlakon sekiranya babak sesebuah drama atau filem menyebabkan wanita itu membuka dan menunjukkan aurat kerana ini boleh merosakkan maruah dan kehormatan wanita tersebut.

Peranan penulis skrip dan pengarah amat penting sekiranya membabitkan elemen tudung dan sentuhan membabitkan aurat serta batasan.Penulis skrip seharusnya mengeluarkan idea dan cerita yang berkualiti di mana mempunyai olahan kreatif melibatkan babak hubungan mahram dengan bukan mahram dalam memasukkan elemen bertudung di kalangan wanita yang akan berlakon.

Kerana Tanpa skrip membabitkan kesemua ciri-ciri sudah tentu sekiranya naskahnya dibawa ke tangan pengarah tidak membawa masalah untuk ditafsirkan ke dalam bentuk visual. Pengarah perlu bertanggungjawab membataskan diri daripada batasan hubungan antara bukan muhrim dari segi hubungan sentuhan.sememangnya perkara ini boleh berlaku dan dielakkan sekiranya pengarah memberikan tunjuk ajar lakonan dari segi nasihat dan teguran jika berlaku kesilapan.

Kalau susah sangat, lantik sahaja penolong dari pihak wanita atau lelaki bergantung kepada jantina seseorang pengarah untuk mengendalikan lakonan untuk menolong pengarah untuk memperbaiki lakonan bagi pihak berkenaan . Tiada alasan membenarkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal.yang haram tetap haram yang halal tetap halal.tiada istilah tolenrasi melibatkan hukum sebegini dalam Islam dan sememangnya benar Islam itu adalah cara hidup untuk semua umat manusia tak kira siapa kita.

Kesimpulannya, bagaimanakah caranya untuk menjadi seniman yang soleh? Semua terpulang kepada individu-individu untuk berfikir seperti kata Nabil Raja Lawak musim kedua ” Lu, Fikirlah Sendiri !” . Apa-apa pun, siapa yang maju filem? Kita maju filem!

12/27/08

Bedtime Stories - Menghiburkan tapi kurang umph...



Baru- baru ini Penulis menonton filem sebuah filem terbitan Walt Disney yang bertajuk Bedtime Stories lakonan pelakon komedi selamba terkenal Adam Sandler dan filem berbentuk Komedi Famili arahan daripada pengarah yang sama yang pernah mengarahkan 'the Pacifier' iaitu Adam Shankman .filem ini mengisahkan seorang lelaki yang menceritakan sebuah cerita dongeng yang direka kepada dua kanak-kanak sebelum mereka tidur malam dan mendapati apa yang diceritakan menjadi realiti dalam kehidupannya.

Apa yang didapati setelah menonton filem ini, filem ini sememangnya menghiburkan dan filem ini yang boleh dikatakan sebagai sebuah karya yang ringan yang sesuai untuk seisi keluarga. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam filem ini kerana skripnya yang tidak cukup mantap dari segi komedi dan menonton filem ini seakan-akan menonton cerita di kaca televisyen. didapati filem kekurangan aspek dari segi kualiti menonton filem di panggung dan kualiti penontonan filem ini lebih sesuai ditonton dalam bentuk DVD.

Sebagai penonton yang gemarkan filem , mereka lebih menyukai penontonan yang mempunyai pembaharuan kreativiti dari segi skrip, arahan serta lakonan. Bercerita tentang lakonan. Adam Sandler masih dengan lawak selamba biarpun lawaknya menjadi tetapi tidak menyengat seperti mana filemnya yang lain sebelum ini. Dalam filem ini seperti biasa kawannya Rob Shneider turut berlakon sebagai pelakon undangan ternyata banyak membantu komedi dalam filem ini biarpun sekejap.

Selain itu, anda juga akan mendapati terdapat idea pengaruh filem lain yang akan pernah tonton diubah menjadi sebuah cerita yang menarik turut dimasukkan dalam filem ini.Tidak dilupa juga, terdapat watak filem Toy Story iaitu 'Buzz lightyear' turut dipaparkan.Selain itu, elemen CGI dan aksi banyak dipaparkan secara baik dan walaubagaimanapun, elemen tersebut tidak banyak membantu dalam penceritaan filem ini.

Kesimpulannya, Filem Bedtime Stories tidak berbaloi jika kepada mereka terlalu berharap untuk komedi yang menyebabkan mereka ketawa sehingga tidak kering gusi dan untuk mereka yang kelainan sewaktu menonton filem.filem sememangnya terhibur tetapi ia masih sebuah filem yang biasa dan kurang umphh...

KERUGIAN TAYANG FILEM LUAR



Selama penulis jika bertindak sebagai penonton biasa yang akan menonton filem melayu. Penulis dapat rasakan filem kita kebanyakkan sangat kurang berbanding filem-filem negara luar. Mana taknya sekarang filem negara asing sungguh berlambak di pawagam padahal filem tempatan yang ditayangkan selalunya dua atau tiga filem itupun ditayangkan pada waktu yang singkat. Kalau nak ikutkan Syarat wajib tayang yang telah diwujudkan oleh Finas adakala tidak relevan mana tidaknya kebanyakkan banyak berpihak negara asing sendiri.


Penulis tidak suka berhujah atau menyalah sesiapa dalam hal ini tetapi apa penulis dapat lihat Syarat Wajib Tayang yang diperkenalkan sekian lama masih tidak mampu Membantu pembikin filem tempatan.Tengok sahaja lambakan filem asing yang masuk ke dalam negara kita tidak kira datang dari mana kebanyakkan melebihi filem tempatan sendiri. Filem kita ibarat merempat di negara sendiri terpaksa memberi laluan peluang keemasan untuk mereka menayangkan filem mereka sesuka hati .

Ya, ini demokrasi tetapi tidak menyebelahi negara kita sepatutnya negara kita perlu punya hak istimewa untuk sebagai warga tempatan untuk memberi laluan terlebih dahulu berbanding negara luar kebanyakkan mengugat industri perfileman kita sendiri Biarpun keuntungan yang kerajaan dapat hasil tayangan filem luar yang dimport masuk tetapi adakah ini membantu pembikin filem tempatan seperti kita untuk mengaut keuntungan?

Lihatlah hasil kutipan panggung filem tempatan amat mengecewakan alasannya kerana banyak sangat persaingan filem luar yang terlalu mendadak.Bayangkan filem tempatan ada tiga sahaja di pawagam manakala filem luar yang ada mencecahkan 5 atau lebih dalam sesebuah pawagam.

Bagaimana keuntungan hendak berlaku untuk filem tempatan sekiranya peluang lebih diberikan untuk negara luar berbanding negara sendiri.Kita kena ingat filem luar seperti Hollywood dan Bollywood sekalipun mereka maju mereka melebihkan filem mereka ditayangkan berbanding negara luar yang masuk untuk menayangkannya.

Kita seharusnya mencontohi corak perfileman Iran bukan sahaja pembikinan Malah tindakan menyekat filem luar seperti Hollywood banyak Membantu industri perfileman. Lihat sahaja perkembangan filem Iran biarpun negara mereka yang serba kekurangan dan peraturan ketat untuk filem mereka tetapi mereka boleh keluar mencipta nama di negara luar dan secara tidak langsung membantu industri perfileman negara itu sendiri.

Apakah daya kita yang sememangnya masih dijajah walaupun berpuluh-puluh tahun merdeka hanya kerana filem asing.

Penulis tak mengharapkan sekiranya filem asing diharamkan terus daripada ditayangkan kerana benar kita perlukan persaingan untuk maju dan harapan penulis sekurang-kurangnya hanya tiga filem asing yang masuk ke dalam negara dibenarkan ditayangkan dalam sesebuah pawagam kerana ini membantu industri filem tempatan dan memberi peluang filem tempatan mengecapi keuntungan untuk pulang modal.

Akhir sekali, pesanan kepada pembikin-pembikin filem tempatan, hasilkan sebuah konsep filem seni hiburan yang kreatif,bermesej serta berkualiti dari segi skrip dan arahan dari kaca mata penonton kerana kalau diberi peluang lebih kepada tayangan filem kita kalau filem macam sampah siapa mahu tonton.Itu sahaja dan harapan penulis untuk filem terus maju demi agama, bangsa dan negara.Ayuh, Kita maju filem !

PANGGUNG TANPA PENONTON





Pada masa itu Penulis menonton filem Los dan Faun. Apa yang didapati Duit yang dibelanjakan ke panggung bersama keluarga amat berbaloi. Sekali pujian Kepada Afdlin Shauki kerana bertindak sebagai pengarah yang kreatif berkualiti di Malaysia. Ternyata kita masih mempunyai Pelapis seakan P. Ramlee biarpun tidak menyamainya.Tidak perlu penulis mengulas panjang mengenainya kerana tujuan penulis bukan untuk mengulasnya tetapi untuk memberikan andaian sekiranya filem yang dibikin oleh filem tempatan tidak mesra kepada penonton. Filem ini boleh dikategori sebagai filem berat.

Filem berat mungkin bukan bermaksud filem sukar difahami dan terlalu berideologi serta berfalsafah tetapi apa yang dimaksudkan oleh kaca mata penonton ialah filem yang sukar untuk memberi alas an dan musabab ke panggung.Mereka yang ingin ke panggung inginkan kepuasan dan tentu ingin pengalaman baru selepas keluar dari panggung. Masuk ke panggung ibarat berada di sebuah Taman tema yang memberikan perasaaan serta suasana berbeza ibarat fantasi juga mimpi selain tidak mengetepikan realiti kehidupan. Mereka juga mahukan perbezaan bukan persamaan yang diertikan cliché sepanjang mereka menonton.

Mereka ingin tempat duduk mereka melonjak kegembiraan, ketakutan, kesedihan dan pelbagai perasaan yang menusuk ke sanubari mereka. Apa penonton benci adalah Filem Murahan. Filem Murahan ialah filem menawarkan apa yang dijanji tetapi bukan apa dijanjikan. Filem ini sering mengutamakan untung dan cerita yang klise dan sudah tentu hasil seninya ibarat menonton drama di televisyen yang menyakitkan.

Drama dengan filem suatu medium berbeza di mana drama tidak mementingkan suasana dan pengalaman yang berbeza dan apa yang diutarakan daripada drama adalah cerita yang lurus terus kepada realiti kehidupan dan tentunya suasana yang ada adalah perkara telah berlaku di sekitar mereka. Drama tidak boleh diiktiraf sebagai karya di mata penonton. Drama apa yang ada di televisyen sekadar layar kehidupan.

Bagaimana pula dengan filem ? Filem ialah suatu pengalaman yang baru. Ibarat menaiki roller-coaster . Mereka akan meluahkan perasaaan dan menceritakan pengalaman sepanjang perjalanan cerita. Sudah tentu babak yang Menarik menjadi ingatan mereka untuk menyebarkan keistimewaan filem tersebut. Filem bagus mereka mahukan filem yang berintelektual . Filem yang berintelektual dari fahaman penulis adalah secaranya ringkas diertikan sebagai filem cerdik tetapi secara huraian penulis mengenali erti tersebut ialah filem yang punyai bahasa seni yang mendalam namun diintepretasi hasil karya dengan penuh kreatif dan kritis serta dipermudahkan untuk difahami dalam minda penonton.

Sebenarnya filem begini dapat menarik lebih penonton kerana kita sudah tahu zaman sekarang dengan dahulu amat berbeza kerana sekarang mereka akan ke panggung dengan alas an dan keperluan.

Filem sebegini perlu mempunyai pengajaran dan pendidikan untuk diserap ke dalam minda penonton. Ya, Kita perlu tahu kebanyakan mereka yang menonton adalah mereka bersama keluarga mereka. Tidak dinafikan remaja- remaja serta sepasang kekasih turut sama namun majoritinya untuk menarik mereka ke panggung menonton filem. Majoriti penonton adalah mengikut bilangan serta purata di dalam masyarakat.

Ternyata jika mengikut skala penonton berdasarkan amaun dari bilangan keluarga boleh membawa jumlah penuh penonton di stadium. Namun kita harus tahu anak-anak kecil mahupun remaja takkan ke panggung sekiranya ibu bapa tidak membenarkan namun Ibubapa akan mengajak ke panggung sekiranya ibubapa itu sendiri yang merancang untuk panggung menonton filem. Mereka tentu menonton filem berkualiti dan menjamin faedah sesebuah filem. Apa yang mereka mahukan adalah hiburan yang berkualiti.Mereka tidak mahu anak mereka menonton filem yang ganas, tidak bermoral dan mengandungi unsur-unsur seks serta maksiat kerana ini boleh merosakkan minda mereka.

Sekalipun diletakkan klasifikasi yang perlu bimbingan keluarga perlu diingat tiada siapa boleh menghalang ketika asyik menonton filem samada sedar atau tidak. Filem seumpama itu perlu ditapis supaya menjamin keselamatan penonton.

Bagaimana penonton dari kalangan mereka alim beragama? Jawab mereka adalah jarang ke sana. Mereka ibaratkan kehidupan di panggung ibarat lagha dengan maksiat. Ya, Tidak dinafikan tuduhan mereka berasas bayangkanlah kelompok remaja dan sepasang kekasih yang tidak beriman berhibur tidak ingat dunia dan solat. Mereka juga mengganggap Kegelapan di panggung Membantu remaja dan sepasang kekasih tidak bersegan silu bermesra dan berpegangan seterusnya bertindak menghampiri zina.

Bayangkan pergi ke panggung ibarat melakukan zina apatah lagi ke rumah maksiat juga pelacur. Sudah tentu pemilik panggung itu orang kafir mereka tidak tahu mengenai hukum haram agama islam. Majoriti Panggung di Malaysia adalah milik tauke-tauke cina.Samada kita mempunyai undang-undang syariah untuk berkuatkuasa perlu diingatkan panggung itu milik panggung orang cina.Orang cina itu kafir . kalau islam dimaafkan kerana majoriti ialah ya, mereka tidak punya hak dan bukan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab yang sebenarnya adalah umat islam yang majoritinya kaum melayu.

Namun dalam realiti kehidupan sekarang berbanding Zaman Rasulullah dan Sahabat kita ibarat dayus dan lemah untuk menegur kemungkaran ternyata Umat islam yang majoriti melayu semakin lemah iman kepada agamanya. Kalau di depan kita melakukan kemungkaran apatah lagi di dalam panggung. Tiada siapa menegur kerana ia ibarat menganggu tatatertib serta adab- adab di dalam panggung. Tiada Ustaz mahupun Pihak berkuatkuasa agama akan memantau kerana ia boleh menggangu ketenteraman penonton.

Apa kata melakukan Panggung yang memisahkan tempat duduk mengikut jantina dan membuat panggung tidak gelap dan berlampu sebagaimana Cadangan Nik Aziz menteri besar kelantan? Sememangnya boleh tetapi perlu diingat siapa yang boleh lakukan melainkan Tauke panggung itu sendiri menetapkannya atau kerajaan yang tidak sekular mengambil berat tentangnya.

Sebenarnya tidak salah sekiranya panggung itu gelap dan tempat duduk bercampur antara jantina kerana kita tahu tiada siapa akan menggangu penonton sebelahnya menonton filem melainkan sepasang kekasih dan sepasang suami isteri yang sedang asyik bermesra. Mungkin benar kata Menteri Besar dan mungkin tidak tetapi hakikatnya kita sengaja memberat-berat perkara yang mudah iaitu Islam itu sendiri.

Pada cadangan penulis ada lebih baik memisahkan tempat duduk penonton mengikut jantina kerana bagi penulis itu cara yang terbaik. Kerana Panggung yang gelap bukan tanda bermula maksiat tetapi bermula untuk memasuki alam baru .Tanpa kegelapan panggung mustahil mereka akan merasai kenikmatan di panggung.


Tetapi jika itu menjadi alas an kemungkinan besar mereka akan memberi alasan sebegini iaitu tidak mahu memisahkan keluarga dan anak-anak lelaki atau perempuan di tempat duduk kerana takut kehilangan sesat dan takut anak-anak kecil bersendirian menonton filem tanpa jagaan ibubapanya. Namun bagi penonton perkara itu boleh dipermudahkan dengan membenarkan bersamanya sekiranya berumur bawah 13 tahun.


Setelah sekian lama berbicara jauh dari tajuk asal, sememang penulis menulis tulisan dengan idea yang spontan dan tidak kritis kepada isi kandungan kerana bagi penulis tanggungjawab untuk menyampaikan apa penulis tahu adalah lebih penting daripada tanggungjawab menyusun isi . Walaubagaimanapun, maju filem untuk agama, bangsa dan negara dan ayuh, kita maju filem !

12/19/08

LOS & FAUN - Kelakar tanpa paksa...


Selang beberapa minggu, Penulis dengan sekeluarga menonton filem Los dan Faun di pawagam. Sememangnya duit yang dibelanjakan amat berbaloi untuk filem tempatan. Apa taknya filem ini menampilkan komedi serta jalan cerita yang jauh berbeza.Anda semua pasti akan tertawa tanpa perlu paksaan kerana Lawak ciptaan Afdlin Shauki. sememangnya genius dan asli.


Jika anda semua perasan filem ini kebanyakkannya Afdlin Shauki mendapat ilham daripada kisah-kisah Sherlock holmes Walaubagaimanapun, Penulis lebih menyukai filem Sumolah dari segi arahan tetapi filem ini sebenarnya boleh dikatakan kelakar yang menjadi selepas filem Baik Punya Cilok.Selama menonton filem ini, penulis dapat rasakan Afdlin Shauki adalah salah satu pengarah kreatif yang sepatutnya kita kagumi dari segi idea serta hasil kerja seninya.Jika anda semua perasan filem ini ada juga menyentuh isu-isu melibatkan politik,sosial serta paling menariknya kesemua elemen serta isu digarap dengan berkesan dan berhumor.

Ternyata apa diharapkan filem mendapat kutipan box office walaupun apa luar jangkaaan sambutan agak berkurangan lewat-lewat masa ini.Penulis cuma harapkan filem ini dibuat dalam bentuk sekuel.Apa-apa pun maju untuk filem...Kitamaju filem ayuh!!

11/13/08

Konflik Dalam Filem

Sebuah filem baik perlulah mempunyai konflik kerana tanpa konflik tidak wujudlah cerita. tanpa cerita tak wujudlah karakter..tanpa karakter tak wujud filem. sama sekali ia berkait rapat antara satu sama lain. Jadi konflik di dalam filem amat penting. Dengan adanya konflik yang begitu tegang serta sukar menjadikan jalan cerita itu lebih menarik. Jadi fungsi konflik tidak seharusnya ditekankan dalam filem berbentuk cereka sahaja namun filem pendek juga seharusnya begitu Oleh itu, Peranan Konflik dalam filem amat memain peranan penting dan seharusnya dititikberatkan kepada mereka semua pengiat filem lebih-lebih lagi penulis skrip.

10/24/08

10 TIP UNTUK MENGHASILKAN CERITA MENARIK UNTUK PENULIS SKRIP

1. JANGAN SEKALI-KALI BIARPUN KRISIS ATAU KEMUNCAK (CLIMAX)
TERLEPAS DARI TANGAN PROTAGONIS

2. JANGAN BIAR HIDUP SENANG UNTUK PROTAGONIS.

3. DRAMATIKKAN APA YANG MAHU BICARAKAN , JANGAN BIARKAN
KARAKTER TERSEBUT MENYATAKAN APA YANG DIBICARAKAN

4. BIAR AUDIEN TAHU APA YANG PROTAGONIS TAHU.

5. HORMATI AUDIEN.

6. BUAT BANYAK KAJIAN ATAUPUN ‘RESEARCH’

7. JANGAN TERLALU MEMUTAR-BELITKAN PLOT.

8. BAWAKAN KARAKTER TERSEBUT KE TEMPAT JAUH DARI MENDEKATI KONFLIK.

9. GUNAKAN SUB-TEXT DIMANA-MANA SAHAJA.

10. TULIS SEMULA..

P RAMLEE itu Sahaja MELAYU ada?


Kita sering mengagung-agungkan Allahyarham Seniman P.Ramlee.Ya, Beliau adalah seniman yang banyak berjasa dalam industri tanah air kita. Dia pelakon, pengarah, penulis serta penulis lirik dan pemuzik pada zamannya menjadikan dirinya termahsyur sehingga kini. Televisyen pula tidak kira swasta ataupun kerajaan tidak putus-putus mengulang tayang filem-filem beliau sebagai mengenang jasa beliau.Cuma apa menjadi persoalan pernah anda semua terfikir hanya P.Ramlee sahaja yang bikin filem yang kita kenal ? hanya P.Ramlee sahaja yang berjasa? Hanya P.Ramlee sahaja Melayu ada? Dan itu persoalannya.

Sememangnya menjadi topik utama kali ni di mana persoalan ‘P.Ramlee itu sahaja Melayu ada? Perkataan P.Ramlee dan Melayu penulis sengaja diperbesarkan untuk memberikan perhatian kepada pembaca. Sejak pemergian P.Ramlee boleh dikatakan filem melayu telah berubah menjadi sepi dan tidak berseri untuk ditonton oleh masyarakat kita.

Jadi ,timbul istilah filem melayu itu filem yang bosan. Dengar sahaja filem melayu di pawagam tentu anak-anak remaja tidak berminat menonton kerana selera filem melayu sekarang tidak seperti filem dulu semasa zaman P.Ramlee. Kalau di Zaman P.Ramlee semua cerita sama ada lawak lucu slaptik kita masih terima hingga kini tetapi sekiranya pembikin-pembikin filem sekarang ingin meniru P.Ramlee samada cerita dan lawaknya sama sekali tidak menjadi.

Filem Melayu sekarang filem yang bosan disebabkan ia kurang menjadi.Sememang tak semua filem Melayu itu bosan tetapi tertanyakah kita bolehkah filem kita supaya lari daripada perkataan ‘bosan’.

Sama sekali tidak. Bosan kerana Filem itu sampah .Sampah bermakna benda yang kotor dan dibuang. Dalam erti kata ini Filem sampah membawa maksud filem itu filem yang menghina ,merugikan dan paling mudah membosankan penonton. Sebenarnya masalah ini berlaku sejak pemergian P.Ramlee di mana jika P.Ramlee masih hidup pada era ini sudah pasti filemnya menarik bukan sahaja mencecah kutipan Box-Office malah filemnya di pawagam pasti dibanjiri oleh penonton tak kira muda atau tua pasti meminati filem beliau dan paling penting ia tak jemu ditonton berkali-kali.

Tetapi apakah daya kita harus menerima pemergiannya namun janganlah kita mematikan semangat kita sebagai seniman menganggap bahawa Hanya P.Ramlee sahaja berkuasa dan teragung dan hanya satu mampu melakukan segala-segala dalam dunia seni ini tetapi haruslah kita ingat kita tak boleh jadi seperti P.Ramlee dengan menirunya tetapi kita boleh jadi lebih hebat dari P.Ramlee jikalau kita menjadi diri kita sendiri

Pernah anda semua terfikir? Siapa tokoh filem melayu yang disegani selain P.Ramlee? Mesti anda semua tak tahu tetapi sebenarnya banyak tokoh-tokoh filem tempatan cuma ketokohan mereka tidak nampak di mata masyarakat.ketokohan mereka tidak berjaya membanggakan mereka untuk diangkat sebagai tokoh.

Hanya orang filem mungkin kenal menghargai dan saya sebagai orang filem serta semua yang bergelar orang filem pasti menghargai jasa mereka. Tetapi apa pula pandangan mereka yang bukan orang filem? Mereka semestinya menyanjung ketokohan P.Ramlee kerana filem itu Menarik di mata Mereka dan apa dilihat itu yang terbaik dan paling penting ia tidak jemu.

Lantas, P.Ramlee yang wujud dalam sanubari mereka tetapi selebihnya jiwa mereka lebih sukakan filem daripada barat kerana kita sendiri tahu. Filem Barat telah menguasai pawagam bagaikan jajahan.Kalau bandingkan kutipan Filem Barat yang Box-office di Malaysia sahaja sudah tentu melebihi rekod filem Box-Office tempatan kita sendiri,

Akhir kata, Kepada semua seniman, karyawan serta pembikin filem renungkan kembali sejarah kegemilangan filem melayu dan jadikan pemergian beliau sebagai inspirasi. janganlah dijadikan alasan berputus asa membiarkan industri filem ditelan kerugian disebabkan kita dan dihina disebabkan kita.

Lahirkan Bakat baru untuk mengharumkan nama bukan sahaja di luar negara Malah dalam negara kita sendiri.Jadi sekiranya kita berjaya melahirkan tokoh-tokoh filem yang ternama tiada lagi persoalan sinis masyarakat kita terhadap filem melayu kita iaitu ‘P.Ramlee itu sahaja Melayu ada?’. Walaubagaimanapun, ayuh kita maju filem!

10/21/08

Filem ‘KAMI’ Kenapa Ku Tak Tonton Dan Tak Dapat Sambutan?


Kepada Semua meminati drama bersiri sudah tentu akan menonton Filem KAMI. Tetapi tak Semuanya. Semestinya Filem KAMI bukan filem membosankan kalau ditonton tetapi apa yang ku pasti Filem ‘KAMI’ susah untuk aku nak ke panggung dan terdapat beberapa faktor yang aku kenalpasti.


PERTAMA, aku tak pernah tonton drama bersirinya. Tapi aku dengar ramai budak remaja suka menonton drama ini. Dan Aku tak tonton .Kenapa tak dapat sambutan? Drama Bersiri seperti KAMI sebenarnya tak perlu dibuat filem. Kerana pengikutnya tak ramai dan semestinya filem begini tidak boleh ajak keluarga untuk keluarga pergi panggung.

KEDUA, Aku Tak Suka Poster dan Trailer filemnya.Poster filem bukan tak cantik tapi tak ada ciri istimewa kenapa kita aku nak ke panggung.bayangkan tengok poster filem KAMI dan EAGLE EYE mana paling gempak? Yang paling Gempak membuat penonton masuk panggung! Seterusnya, Trailer Filemnya Bukan seperti nak tengok filem tetapi macam nak tengok Drama Bersiri kat Panggung. Pendapat aku, Kualiti Filem hampir sama menonton drama bersiri di televisyen.Aku boleh terima Filem Haru Biru di pawagam tetapi aku tak boleh terima Filem KAMI kerana status drama bersirinya.

KEDUA, Filem KAMI tidak menggunakkan bintang-bintang ternama ternyata menjadikan aku tidak menonton.Walaupun ada Liyana Jasmay sebagai pelakon dalam filem tersebut tetapi sedikit sebanyak tidak banyak Membantu aku menonton.

KETIGA,Realiti kehidupan.Tolonglah cukup drama cerekarama bersiri bercerita tentang Realiti kehidupan. Tak payah buat filem canggih dan mahal tetapi buatlah filem yang Menarik, mudah dan seronok untuk ditonton disamping ada unsur seni dan kreativiti yang membanggakan dari segi pengarahan juga pembikinan dan paling utama jangan buat filem sampah sebab kat Malaysia dah banyak filem jenis begini.Dan Filem KAMI bukan filem yang sampah tetapi filem yang silap dan malang kerana penerbitannya.

KEEMPAT, Jangan paksa aku tonton Filem KAMI!!!!

Akhir kata, Aku berharap filem ini tak dibuat dalam bentuk sekuel. Filem ini bukan Filem. Ini hanya drama dan layak di drama televisyen. Kalau nak buat filem jenis ini harap cari jenis yang sesuai dan menarik untuk ditonton di filem. Kerana mereka menonton Filem di pawagam mengharapkan kepuasan menonton.

Malas Tulis Susah Nak Kerja



Malas tulis sememangnya susah untuk mencari kerja? Tetapi dalam kontek ini cuba menghuraikan kepentingan untuk bermula kerja di industri filem dengan menulis. Kenapa? Ramai daripada mereka menganggap dunia seni glamor seperti filem ini apa yang perlu ialah bakat kebolehan menyanyi dan kebolehan berlakon.

Penulisan permulaan yang paling penting di mana sekiranya anda memasuki bidang filem. Kenapa? Sekiranya anda hendak menyampaikan cerita untuk dijadikan karya ,anda harus menulis skrip .Jika anda ingin memohon izin untuk membuat lokasi pengambaran, anda harus menulis surat kiriman rasmi, jika anda punya hajat untuk memasarkan, menyampaikan skrip dan kebenaran sesuatu kertas kerja, dengan pihak berkuasa atau orang atasan, anda harus menulis surat kiriman rasmi juga sekiranya anda ingin bergelar pelakon dan bekerja sebagai krew dengan syarikat produksi juga pun anda seharusnya menulis resume.

Segala-gala sudah termaktub bahawa menulis adalah suatu kemahiran yang sepatutnya dipelajari dan perlu dimahirkan untuk membiasakannya. Diharapkan kepada mana-mana pihak terutamanya bidang akademik seharusnya menekankan kepentingan pensuratan dalam erti kata untuk industri filem ini. Sebab kebanyakan karyawan dan pembikin filem membikin dalam erti kata tidak mempunyai etika dengan masyarakat contohnya paling mudah lokasi pengambaran filem pendek tanpa kebenaran bertulis.

Akhir kata, sekiranya anda ingin memahirkan diri dalam menulis. Anda seharusnya banyak membaca buku dan di situ caranya yang paling mudah kerana dalam Islam sendiri menekan kepentingan membaca .Jadi, sekiranya anda fikir orang filem tak perlu membaca buku dan menulis fikir sekali lagi.

10/20/08

Pengarahan : Suatu Cabaran 1

Pengarahan suatu perkara menjadi cabaran dan debaran kepada sesiapa bergelarnya. Dia bertanggungjawab menghasilkan sesebuah filem dan mengetuai setiap krew di sebalik tabir serta di depan tabir itulah tangggungjawab pengarah filem sebagai bukan sahaja ketua malah pemimpin yang mengetuai.Pengarah filem juga bertanggungjawab untuk memberi visual bukan sahaja menarik malah menepati kehendak skrip yang dikehendaki oleh penulis.


Selain itu, Pengarah amat bertanggungjawab menentukan apa yang perlu diletakkan di depan kamera atau dikenali sebagai mise-en-scene seperti aturan pelakon, set, pencahayaan , props juga pakaian yang perlu di pakai oleh pelakon.Secara kreatifnya pengarah banyak bergantung kepada kemampuan pengarah fotografi untuk memberikan visual yang menarik selain memberi kerjasama bersama-sama pelakon untuk membentuk suatu lakonan yang dramatik dan berkesan.

Semuanya menjadi Tanggungjawab pengarah untuk memberikan hasil kerja tangan serta pemikiran supaya apa yang ditonton oleh penonton dapat memberikan manfaat. Oleh itu Tugas sebagai pengarah filem adalah tugas yang mencabar biarpun sesiapa saja boleh bergelar biarpun muda, tua ataupun belasan tahun apa yang membezakan mereka adalah ilmu, kemahiran dan pengarahan yang mereka perolehi.

Kualiti Filem terletak pada ilmu dan pengalaman.

Kebanyakan mereka sering bertanyakan bagaimana untuk membuat filem itu bagus serta paling penting mempunyai kualiti. Filem yang berkualiti adalah terletak pada ilmu dan pengalaman individu tersebut.

Jadi untuk mencapai tahap tersebut haruslah kita mengkaji dan belajar bukan sekadar dari kemahiran dan teori yang diajar di kuliah tetapi haruslah mengambil ilmu melalui buku-buku filem kerana di situ juga terkandung sejuta ilmu dan pengalaman yang tidak didapati oleh setiap manusia secara langsung.

Sebenarnya islam mengajar kita suruh membaca dan menuntut ilmu supaya dapat menaikkan taraf hidup manusia. Sebenar pembikin-pembikin filem Barat telah banyak mempelajari dan mengkaji bagaimana untuk menghasil filem yang berkualiti melalui hasil pembacaan. kerana melalui pembacaan akan lahirnya kemahiran. jadi, Mari kita maju filem demi bangsa, agama dan negara

10/11/08

Majukan Filem Demi Negara..

Sekarang banyak penonton Malaysia mencari sebab kenapa mereka perlu bergegas ke pawagam semata-mata menonton filem melayu.Filem melayu perlu dipertingkat produktiviti dan kualiti sebuah filem tersebut. selain itu harus diberi perhatian adalah nilai komersial, kreativiti dan kesenian yang tinggi perlu dititikberatkan.Untuk itu, diharapkan pembikin-pembikin filem dapat
Menghasilkan filem yang dapat memajukan industri filem kita ini.jadi, majukan filem demi negara.

7/31/08

Attitude dan sikap.

Aku Paling sukar menerima sikap orang filem kita. bukan apa kita kena sedar kita taklah sehebat hollywood dan Bollywood. Cakap mengenai Attitude dan sikap. sebenarnya aku pantang benar dan perkara ini perlu diambil serius.


Terutama Sikap Pelakon itu sendiri dan Pelajar yang mengambil kursus Perfileman. mereka terlalu bongkak, sombong, bodoh, jahil, dan perkataan yang paling aku tak boleh biar ialah 'poyo'.Kenapa harus berlagak? Kenapa harus tunjuk kita hebat? kenapa harus bermegah-megah? Kau dah fikir kau hebat sangat ker? kau fikir kau power sangat ker? woi, sebenarnya aku nak sound kat budak2 seuniversiti dan sebidang ngan aku yang ambik bidang yang kucintai. janganlah berlagak samseng dan tunjuk kepala kau pandai sangat kalau kau junior atau senior. Kalau buat filem pun malas dasarlah mangkuk hayun.Muka lawa hensem tapi attitude macam kerek..masuk belajar filem buang masa buat maksiat dan dosa. macam ni kalau masuk production buat malu orang filem saja..harapkan luar saja hebat tapi dalam kosong macam tin kosong!

Secara ringkasnya Attitude dan sikap paling penting jika hendak bekerja dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan production.Jadi jagalah akhlak ,pemakaian, disiplin dan budi pekerti kerna tanpa itu...siapa nak hormat kita dan sanjung kita..dalam bidang ini jangan sampai orang kata bidang kita bidang buat maksiat dan dosa.kita buat filem untuk membanggakan bangsa kita bukan untuk meruntuhkan bangsa kita.

7/23/08

Filem bosan

Kebanyakan Filem Melayu adalah filem bosan di kalangan penonton malaysia.rata-rata penonton malaysia lebih mengemari menonton filem hollywood sebab sajian utama mereka di pawagam.Secara jujurnya kita sebagai penulis mengakui filem kita masih di tahap selera 'membosankan' walaupun terdapat unsur komersial yang cuba dipromosi melalui filem mereka seperti cinta dan komedi.

Sebenarnya tak salah meletakkan elemen cinta dan komedi asalkan filem tersebut meletakkan selera baru kepada penonton selain tidak mengabaikan nilai kesenian ke dalam filem tersebut.Paling penting untuk menarik penonton ialah cerita. Cerita yang dimaksudkan bukan semata-mata menarik sahaja malah cerita memberikan idea dan stail baru kepada filem selain dapat menarik penonton ke pawagam.

Oleh itu, Pembikin -pembikin filem merangkumi semua bekerja di belakang tabir seharusnya berfikir secara kreatif dalam menghasilkan Filem yang seronok untuk ditonton kepada Masyarakat Malaysia supaya dapat menyakinkan mereka datang ke pawagam menonton filem buatan Malaysia seterusnya membantu meningkatkan keuntungan kepada kutipan tiket dan mari kita memberi inspirasi kepada mereka berbuat demikian. Saya yakin ada masa dan masih boleh membuktikan, Ayuh Kita maju filem