Kebanyakan Filem Melayu adalah filem bosan di kalangan penonton malaysia.rata-rata penonton malaysia lebih mengemari menonton filem hollywood sebab sajian utama mereka di pawagam.Secara jujurnya kita sebagai penulis mengakui filem kita masih di tahap selera 'membosankan' walaupun terdapat unsur komersial yang cuba dipromosi melalui filem mereka seperti cinta dan komedi.
Sebenarnya tak salah meletakkan elemen cinta dan komedi asalkan filem tersebut meletakkan selera baru kepada penonton selain tidak mengabaikan nilai kesenian ke dalam filem tersebut.Paling penting untuk menarik penonton ialah cerita. Cerita yang dimaksudkan bukan semata-mata menarik sahaja malah cerita memberikan idea dan stail baru kepada filem selain dapat menarik penonton ke pawagam.
Oleh itu, Pembikin -pembikin filem merangkumi semua bekerja di belakang tabir seharusnya berfikir secara kreatif dalam menghasilkan Filem yang seronok untuk ditonton kepada Masyarakat Malaysia supaya dapat menyakinkan mereka datang ke pawagam menonton filem buatan Malaysia seterusnya membantu meningkatkan keuntungan kepada kutipan tiket dan mari kita memberi inspirasi kepada mereka berbuat demikian. Saya yakin ada masa dan masih boleh membuktikan, Ayuh Kita maju filem
1 comment:
Memang betul pun..
yang aku tak si tahan Razak mohaideen..
tak habis-habis nak buat filem bosan..
orang nak tengok filem bukan
nak bazir duit bagi kau kaya!
harap jer belajar pandai.
aku pun pandai jugak tak sampai berlagak nak kata aku ni hebat...
Post a Comment