9/21/11

Ulasan/Review Filem : Hantu Bonceng Antara Menghina, Mempersenda Atau menghiburkan..??




KONTROVERSI FILEM HANTU BONCENG & SIKAP AHMAD IDHAM PADA PEMINATNYA

Saya sudah menonton filem Hantu Bonceng di pawagam Midvalley lebih kurang dua minggu lepas. sememangnya saya menyedari terdapat satu babak di mana Azizan yang menjadi gila yang sehingga mengucapkan kalimah syahadah dengan tidak betul dan mempersendakan Agama Islam.Dan saya tidak sangka bahawa bukan sahaja saya menyedari malah terdapat beberapa orang yang juga menonton filem ini juga menyedari ttg kesalahan Babak tersebut. Seperti mana kita ketahui ia telah menjadi isu panas dan kontroversi kerana terdapat babak jelas bertentangan dan mempersendakan oleh pihak berwajib iaitu LPF ( LAPISAN PENAPISAN FILEM) yang seharusnya tahu babak itu boleh dipotong dan tidak mencacatkan jalan cerita walaupun disunting..

Ternyata sekiranya melibatkan agama, adalah bukan soal filem atau politik. Ia adalah soal agama. Agama Islam tidak seharusnya dipersenda apatah lagi umat islam itu sendiri. Dan ini seharusnya pihak pengarah tersebut menerima pandangan dan teguran terutama dari peminat yang juga menonton filemnya itu. Apa yang lebih mengecewakan Apabila Ahmad Idham memberi kenyataan di FB yang secara jelas dan nyata mengambarkan peribadi dan pendirian yang kurang baik.

Namun di fb, jika kenyataan secara rasmi adakah lainkah begitu? Wallahualam, Saya pun tidak tahu. Mungkin adalah lebih baik Ahmad Idham selaku pengarah filem itu memohon maaf secara terbuka seperti mana pelakon Zizan yang secara ikhlas memohon maaf kepada media. Ya, Ternyata ini adalah tidak sengajakan atau perkara ini tidak disedari. Tetapi yang mungkin bermasalah apabila Tanggungjawab LPF sebenarnya sepatutnya menyedari wujud babak seumpamanya ini.

Sayang perkara ini diremeh-temehkan padahal ini menyentuh soal akidah dan seharusnya babak semasa Zizan Mengucap Kalimah Syahadah disunting dan dipotong kerana bagi saya ia tidaka mencacatkan jalan cerita. Mungkin Humor dan jenaka sedemikian Dianggap ringan padahal ia merupakan isu berat di mana berkait-rapat dengan soal akidah Kerana Kalimah Syahadah tidak boleh diucap sewenang-wenang apatah lagi dalam keadaan filem yang merupakan lakonan semata-mata dan babak sedemikian seharusnya dipotong dan ditapis supaya tidak menimbulkan salah faham serta mengelakkan karya filem ini menjadi mangsa persendaan agama yang seharusnya isu sedemikian tidak boleh dianggap politik dan hak individu tetapi ia berkenaan dengan agama suci agama rasmi kita sendiri iaitu Agama Islam.

Sebenarnya ada beberapa perkara lain bagi saya ia mempersenda dan kurang menyenangkan sebagai umat Islam sewaktu saya menonton filem ini. Antaranya, babak Zizan ke surau di mana menggunakan baju Death Note bersalib tak silap saya dan beberapa babak lafaz azan dipersenda dibuat gurauan dalam suatu babak di mana Juliana Evans sedang tidur di kerusi nyenyak manakala Zizan terasa ghairah dan seterusnya kunyit melafazkan azan ditelinga mengejutkannya. Selain ada juga Tasyahud akhir di bikin jenaka.

Sepatutnya Pengarah filem Ahmad Idham dan LPF peka sensitiviti agama seperti ini. Kerana walaupun niat ingin berjenaka harus berpada-pada jangan sampai melibatkan akidah ,solat dan azan dijadikan jenaka dan dilawak-lawakkan juga dipersenda. Jika hendak berjenaka dan memberi mesej bukankah boleh Pengarah Ahmad Idham itu sendiri mengambil contoh filem Kiamat Sudah dekat (2003) arahan Deddy Mizwar yang ternyata bijak dan berpada-pada dalam memberi jenaka walaupun secara keseluruhan ia berkenaan dengan agama filemnya itu .

Ternyata apabila gurauan sebegini dianggap ringan dan tidak serius pada pandangan pengarah filem juga pihak berwajib seperti LPF sebenarnya memberi gambaran tidak baik di mana kesannya memberi impak apabila babak kurang baik dan bertentangan yang ada filem Hantu Bonceng memberi kesan dan pengaruh kepada nilai masyarakat dan seharusnya bab seperti ini diambil tindakan kerana khuatir memberi kesan pengarah filem dan LPF yang gagal peka tentang masalah melibatkan isu sedemikian di mana melibatkan soal akidah Masyarakat Umat Islam yang sensitif tentang isu ini secara keseluruhannya.

REVIEW FILEM HANTU BONCENG

Untuk mengulas filem Hantu Bonceng lebih lanjut, apa yang boleh saya katakan filem ini sepatutnya tamat 60 minit lebih awal kerana filem ini bukan mengisahkan Hantu bonceng secara keseluruhan dan jalan cerita agak meleret seolah menonton drama telemovie yang mana kurang sesuai apabila sebagai penonton filem yang ingin menonton filem ini di panggung.

Hampir keseluruhan seperti mana saya kata, ia bukan mengenai Hantu Bonceng tetapi filem menceritakan secara keseluruhan cerita yang diambil babak demi babak berkenaan realiti kehidupan mat rempit pada sisi pandang (point of view) seorang remaja yang liar dan bebas seperti budaya bercouple, budaya berbahasa kasar, disco dan beberapa budaya yang jelas tidak elok ditonton kepada kanak-kanak bawah umur walaupun dikelaskan PG-13 tetapi filem sedemikian layak diberikan kepada golongan dewasa untuk menontonnya secara keseluruhan kerana banyak babak yang tidak elok yang hanya mampu difahami oleh golongan dewasa remaja terutamanya.

Namun, bagi saya pemulaan filem ini mampu menangkap perhatian saya menonton filem ini seawal 30 minit hingga 60 minit kerana cerita tersebut mengikuti insiden di mana dan bagaimana Hantu Bonceng itu berlaku dan apakah kesannya selain jenaka dibawa Zizan memberikan hiburan sepanjang filem ini. Namun selepas 60 minit hingga tamat filem ini, jalan cerita filem Hantu Bonceng meleret seolah-olah ia merupakan babak ekstra yang cuba dihabiskan pengarah untuk dihabiskan hingga tamat filem tersebut. Ternyata banyak babak yang tidak perlu selepas itu. Selain babak yang tidak seharusnya dijenakakan , dijenakakan menjadikan filem Hantu Bonceng menjadi suatu isu yang agak serius pada sesetengah pihak. Dan ini secara keseluruhan filem tidak berkenaan Hantu Bonceng tetapi berkenaan tentang cerita lain dimana jalan cerita sampingan disambung menjadi filem ini seharusnya tamat selepas kisah Hantu Bonceng itu selesai..

Sebagai penonton filem, adakah filem ini menghiburkan untuk ditonton? Bagi saya tak dan tak best bagi saya. Tetapi mungkin pandangan individu lain mungkin berbeza dan best-best belaka tetapi bagi saya tak. Bagi saya filem ini biasa-biasa dan tidak ada apa pembaharuan dan hiburan yang begitu menyeronokkan untuk menonton untuk kali seterusnya. Tidak perlu saya rumuskan panjang-panjang filem ini kerana filem ini sudah sedia ditayangkan di AstroFirst dan filem ini telah mengutip keuntungan filem sebanyak RM8 Juta lebih.

Secara kesimpulan adakah filem ini menghina, Mempersenda atau menghiburkan? Bagi saya sendiri , ternyata ketiga-tiga ada tetapi hanya bergantung pada individu yang mana mampu melihat dan nampak apa isinya dan kesannya pada masyarakat menonton filemnya itu selain pandangan pengarah filem itu sendiri seharusnya 'Sedar' dan 'Nampak' tentang kesan filem kepada penonton dan masyarakat secara amnya terlebih dahulu sebelum penontonnya yang menonton filemnya itu..


9/13/11

"Saya Mengagumi Pengarah cina dan Artis Cina tetapi Bukan Namewee"


Jujurnya secara jujurnya saya, saya mengagumi beberapa pengarah filem / drama di Malaysia ini. Ada yang mengatakan melayu seperti saya yang membenci Namewee adalah berbaur perkauman yang sangat jijik. Tetapi hakikat biarpun blog saya berkaitan hal mengenai filem sentiasa, tetapi mengenai maruah agama dan negara izinkan saya untuk keluar untuk bersuara demi kebebasan bersuara. saya masih mempunyai suara di mana seharusnya insan seperti Namewee tidak diberikan Keistimewaan oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Dan khabarnya Dari Akhbar Malaysiakini semalam Namewee hendak berjumpa PM kerana dijemput oleh PM kita sendiri.. Namun hal seperti mungkin tidak dihangatkan atau dikhabar di Utusan Malaysia memandangkan krisis negara lebih menjurus kepada permasalahan timbalan presiden Pas, Mat Sabu mengenai kebiadapan tentang isu Komunis.

Baiklah Ya, Saya benci Namewee kerana Dia telah memberikan contoh buruk pada negara kita dan hendak dirinya diiktiraf sebagai insan seni kreatif berfikiran 1Malaysia tetapi lupakah kita.. Sebelum ini kita mempunyai pengarah cina tempatan kita sendiri yang berjiwa malaysia dan menghasilkan karya filem melayu. Sebagai contoh Saya mengagumi Silver Chung yang mengarahkan telemovie Blok 404 dan Kem 505 yang pada masa dahulu menjadikan fenomena apabila VCD thriller rancak diterbitkan namun sejak akhir-akhir jarang saya mendengar perkembangan beliau selepas filem di ambang misteri..

Dan saya mendapati terdapat banyak pengarah cina yang berada di malaysia yang tanpa prejudis mempertikaikan bahasa Melayu dan mereka juga mengarah filem melayu. seperti insan independen pengarah cina yang bernama James Lee yang mendapat perhatian dari syarikat produksi Tayangan Unggul yang terbaru filem Sini ada Hantu dan Tolong Awekku Pontianak ..Dan juga Saya mengagumi pengarah cina antarabangsa seperti John woo kerana hasil arahannya dan peribadi nya yang baik berbanding Namewee yang jelas kita tahu peribadi buruk melalui video youtube itu yang menghinakan itu .. Jadi Adakah saya bersikap prejudis kepada kaum cina? adakah saya bersikap perkauman terhadap kaum cina semata-mata saya benci Namewee? Jawab saya tidak.. Saya hanya benci Namewee..

Biarpun Namewee hendak dirinya bergelar Artis cina di Malaysia. Bagi saya lupakah kita ada Artis Cina di Malaysia yang lagi hormat pada negara kita berbanding Namewee yang terang-terangan menghina lagu negaraku kita , menghina azan kita dan bangsa melayu kita .

Tetapi Kenapalah Namewee perlu diberikan perhatian dan mendapat layanan istimewa? Adakah ini semata-mata kerana perjuangan dan falsafah yang dikata betul mengikut apa yang dirasa itu adalah 1Malaysia ? Seperti tidak menghormati bahasa melayu dan bangsa melayu, menghina agama Islam dan lagu Negaraku ? Adakah Makhluk seperti ini perlu diberi layanan istimewa? Saya katakan Tidak! Kerajaan dan mana-mana pihak tidak perlu lah cuba mempromosi insan seperti Namewee ..Kerana secara jelas Insan Seperti Namewee yang kaum cina, masih ada banyak kaum cina yang berjasa berbanding Namewee.. mengapa keistimewaa diberikan kepada seorang perderhaka dam seorang yang mempunyai role-model yang jelas kurang baik yang jelas dilihat sebagai hilang haluan dan seorang yang tidak sepatutnya diberikan keistimewaan..

Sebab itu disini mustahil untuk saya biarpun saya sebagai bekas pelajar filem mahupun penonton filem untuk menonton filem Nasi Lemak 2.0 kerana apa yang Namewee buat secara jujurnya tiada kaitan dengan realiti 1Malaysia hanya sekadar untuk membuat kisah 'lucu' tentang 1Malaysia.. lagipun filem dibikin tiada kaitan untuk menonjolkan intelektualiti dikalangan pelajar filem untuk menonton filem untuk mengkajinya kerana secara lazimnya filem hanya dibikin sebagai hiburan dan keuntungan.. Tetapi kenapa ada segelintir masyarakat yang cuba mempromosi dan mengajak untuk menonton filem ini terutama mereka dikalangan mereka yang berbangsa melayu terutamanya ? kerana mereka mudah lupa ibarat kata Tun Dr. Mahathir , Melayu Mudah lupa....

Jadi apakah harus Rakyat Malaysia menonton filemnya? Jikalau dirinya hendak bergelar pembikin filem dan pengiat filem yang professional seharusnya dirinya tidak harus tampil dirinya sebagai pelakon utama yang membintangi filem ini kerana secara tidak langsung dirinya mahu diri dipuja apatah dianggap terkenal mendapat 'nama' selepas kontroversi video di youtube akhir-akhir kebelakangan ini.Jadi filem ini tidak perlu ditonton kerana membintangi keseluruhan adalah Namewee , seorang penghina lagu negaraku kita, bangsa melayu kita, agama Islam dan negara kita...

Dan Di sini, apa yang saya lihat Namewee tidak layak mengelar diri sebagai rakyat Malaysia kerana sikap tidak hormat selain menghina bangsa dan agama lain menjadikan apa perlunya insan Namewee diberikan perhatian. Seharusnya mana-mana pihak tidak mengangkatnya sebagai ikon 1Malaysia kerana bagi saya ini sudah melampau..

Seharusnya , pujian dan keistimewaan seharusnya kerana penggiat filem cina, pengarah cina dan penerbit cina yang menghormati negara kita serta menghormati agama dan bangsa kita. Tidak seharusnya keistimewaan diberikan kepada Namewee ini..

Oleh itu, jangan membiarkan Namewee menjadi contoh kepada insan lain. kerana kelak nanti hura-hara jadinya. Dalam hal seperti ini, Rakyat telah banyak bersuara dan memberi bantahan tentang insan bernama Namewee mungkin harapan mereka dan saya berkecai sekiranya benarnya telahan Namewee akan berjumpa PM terlaksana nanti alamatnya mungkin harapan PM kepada Rakyat hanya menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak menjaga perasaan rakyat yang mahukan kerajaan bertegas dan tidak memberi muka pada insan bernama Namewee ini...

itu sahaja dari saya, mungkin tersasar topik dibicarakan mengenai filem selalu kadang realiti kita harus berbicara mengenai ini.. kerana ini melibatkan Maruah bangsa , agama dan negara kita yang tercinta...Jadi Saya mengagumi pengarah cina dan Artis Cina yang lain kerana kegigihan dan kreativiti mereka tetapi Maaflah saya katakan tidak untuk Namewee...Kerana dia bukanlah dalam kalangan Pengarah cina dan Artis Cina seharusnya saya hormati apatah lagi saya memujanya...