9/21/11

Ulasan/Review Filem : Hantu Bonceng Antara Menghina, Mempersenda Atau menghiburkan..??




KONTROVERSI FILEM HANTU BONCENG & SIKAP AHMAD IDHAM PADA PEMINATNYA

Saya sudah menonton filem Hantu Bonceng di pawagam Midvalley lebih kurang dua minggu lepas. sememangnya saya menyedari terdapat satu babak di mana Azizan yang menjadi gila yang sehingga mengucapkan kalimah syahadah dengan tidak betul dan mempersendakan Agama Islam.Dan saya tidak sangka bahawa bukan sahaja saya menyedari malah terdapat beberapa orang yang juga menonton filem ini juga menyedari ttg kesalahan Babak tersebut. Seperti mana kita ketahui ia telah menjadi isu panas dan kontroversi kerana terdapat babak jelas bertentangan dan mempersendakan oleh pihak berwajib iaitu LPF ( LAPISAN PENAPISAN FILEM) yang seharusnya tahu babak itu boleh dipotong dan tidak mencacatkan jalan cerita walaupun disunting..

Ternyata sekiranya melibatkan agama, adalah bukan soal filem atau politik. Ia adalah soal agama. Agama Islam tidak seharusnya dipersenda apatah lagi umat islam itu sendiri. Dan ini seharusnya pihak pengarah tersebut menerima pandangan dan teguran terutama dari peminat yang juga menonton filemnya itu. Apa yang lebih mengecewakan Apabila Ahmad Idham memberi kenyataan di FB yang secara jelas dan nyata mengambarkan peribadi dan pendirian yang kurang baik.

Namun di fb, jika kenyataan secara rasmi adakah lainkah begitu? Wallahualam, Saya pun tidak tahu. Mungkin adalah lebih baik Ahmad Idham selaku pengarah filem itu memohon maaf secara terbuka seperti mana pelakon Zizan yang secara ikhlas memohon maaf kepada media. Ya, Ternyata ini adalah tidak sengajakan atau perkara ini tidak disedari. Tetapi yang mungkin bermasalah apabila Tanggungjawab LPF sebenarnya sepatutnya menyedari wujud babak seumpamanya ini.

Sayang perkara ini diremeh-temehkan padahal ini menyentuh soal akidah dan seharusnya babak semasa Zizan Mengucap Kalimah Syahadah disunting dan dipotong kerana bagi saya ia tidaka mencacatkan jalan cerita. Mungkin Humor dan jenaka sedemikian Dianggap ringan padahal ia merupakan isu berat di mana berkait-rapat dengan soal akidah Kerana Kalimah Syahadah tidak boleh diucap sewenang-wenang apatah lagi dalam keadaan filem yang merupakan lakonan semata-mata dan babak sedemikian seharusnya dipotong dan ditapis supaya tidak menimbulkan salah faham serta mengelakkan karya filem ini menjadi mangsa persendaan agama yang seharusnya isu sedemikian tidak boleh dianggap politik dan hak individu tetapi ia berkenaan dengan agama suci agama rasmi kita sendiri iaitu Agama Islam.

Sebenarnya ada beberapa perkara lain bagi saya ia mempersenda dan kurang menyenangkan sebagai umat Islam sewaktu saya menonton filem ini. Antaranya, babak Zizan ke surau di mana menggunakan baju Death Note bersalib tak silap saya dan beberapa babak lafaz azan dipersenda dibuat gurauan dalam suatu babak di mana Juliana Evans sedang tidur di kerusi nyenyak manakala Zizan terasa ghairah dan seterusnya kunyit melafazkan azan ditelinga mengejutkannya. Selain ada juga Tasyahud akhir di bikin jenaka.

Sepatutnya Pengarah filem Ahmad Idham dan LPF peka sensitiviti agama seperti ini. Kerana walaupun niat ingin berjenaka harus berpada-pada jangan sampai melibatkan akidah ,solat dan azan dijadikan jenaka dan dilawak-lawakkan juga dipersenda. Jika hendak berjenaka dan memberi mesej bukankah boleh Pengarah Ahmad Idham itu sendiri mengambil contoh filem Kiamat Sudah dekat (2003) arahan Deddy Mizwar yang ternyata bijak dan berpada-pada dalam memberi jenaka walaupun secara keseluruhan ia berkenaan dengan agama filemnya itu .

Ternyata apabila gurauan sebegini dianggap ringan dan tidak serius pada pandangan pengarah filem juga pihak berwajib seperti LPF sebenarnya memberi gambaran tidak baik di mana kesannya memberi impak apabila babak kurang baik dan bertentangan yang ada filem Hantu Bonceng memberi kesan dan pengaruh kepada nilai masyarakat dan seharusnya bab seperti ini diambil tindakan kerana khuatir memberi kesan pengarah filem dan LPF yang gagal peka tentang masalah melibatkan isu sedemikian di mana melibatkan soal akidah Masyarakat Umat Islam yang sensitif tentang isu ini secara keseluruhannya.

REVIEW FILEM HANTU BONCENG

Untuk mengulas filem Hantu Bonceng lebih lanjut, apa yang boleh saya katakan filem ini sepatutnya tamat 60 minit lebih awal kerana filem ini bukan mengisahkan Hantu bonceng secara keseluruhan dan jalan cerita agak meleret seolah menonton drama telemovie yang mana kurang sesuai apabila sebagai penonton filem yang ingin menonton filem ini di panggung.

Hampir keseluruhan seperti mana saya kata, ia bukan mengenai Hantu Bonceng tetapi filem menceritakan secara keseluruhan cerita yang diambil babak demi babak berkenaan realiti kehidupan mat rempit pada sisi pandang (point of view) seorang remaja yang liar dan bebas seperti budaya bercouple, budaya berbahasa kasar, disco dan beberapa budaya yang jelas tidak elok ditonton kepada kanak-kanak bawah umur walaupun dikelaskan PG-13 tetapi filem sedemikian layak diberikan kepada golongan dewasa untuk menontonnya secara keseluruhan kerana banyak babak yang tidak elok yang hanya mampu difahami oleh golongan dewasa remaja terutamanya.

Namun, bagi saya pemulaan filem ini mampu menangkap perhatian saya menonton filem ini seawal 30 minit hingga 60 minit kerana cerita tersebut mengikuti insiden di mana dan bagaimana Hantu Bonceng itu berlaku dan apakah kesannya selain jenaka dibawa Zizan memberikan hiburan sepanjang filem ini. Namun selepas 60 minit hingga tamat filem ini, jalan cerita filem Hantu Bonceng meleret seolah-olah ia merupakan babak ekstra yang cuba dihabiskan pengarah untuk dihabiskan hingga tamat filem tersebut. Ternyata banyak babak yang tidak perlu selepas itu. Selain babak yang tidak seharusnya dijenakakan , dijenakakan menjadikan filem Hantu Bonceng menjadi suatu isu yang agak serius pada sesetengah pihak. Dan ini secara keseluruhan filem tidak berkenaan Hantu Bonceng tetapi berkenaan tentang cerita lain dimana jalan cerita sampingan disambung menjadi filem ini seharusnya tamat selepas kisah Hantu Bonceng itu selesai..

Sebagai penonton filem, adakah filem ini menghiburkan untuk ditonton? Bagi saya tak dan tak best bagi saya. Tetapi mungkin pandangan individu lain mungkin berbeza dan best-best belaka tetapi bagi saya tak. Bagi saya filem ini biasa-biasa dan tidak ada apa pembaharuan dan hiburan yang begitu menyeronokkan untuk menonton untuk kali seterusnya. Tidak perlu saya rumuskan panjang-panjang filem ini kerana filem ini sudah sedia ditayangkan di AstroFirst dan filem ini telah mengutip keuntungan filem sebanyak RM8 Juta lebih.

Secara kesimpulan adakah filem ini menghina, Mempersenda atau menghiburkan? Bagi saya sendiri , ternyata ketiga-tiga ada tetapi hanya bergantung pada individu yang mana mampu melihat dan nampak apa isinya dan kesannya pada masyarakat menonton filemnya itu selain pandangan pengarah filem itu sendiri seharusnya 'Sedar' dan 'Nampak' tentang kesan filem kepada penonton dan masyarakat secara amnya terlebih dahulu sebelum penontonnya yang menonton filemnya itu..


10 comments:

Anonymous said...

boleh tahan jugak filem ni.tetapi aku tak perasan lak ada kontroversi...

Rafik said...

Panas..Panas..Panass..

Anonymous said...

Mesti keluar melodi..isu panas...

Anonymous said...

Ohh..pasal tu aku terbaca ni link
ni pasal kenapa orang cakap ahmad idham bongkak baru2 ni..


http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/09/hantu-boceng-baru-kutip-rm835-juta.html

Razlan said...

nice artikel bro..keep it up...:)

faizal said...

memang mempersendakan kan pun, tapi director tu bodoh sombong dan bajet pandai. tu yang kata tak betul tu..

Mamu said...

best bagi aku filem ni tapi memang betul aku perasan something wrong with the film.. cause ade certain scene tu memang ada kala keterlaluan jugak..yerla bab agama ni jgn dibawak main..kalau nak berlawak pun jgn lah sampai over sgt ...

Queen said...

i like post ni..:) hope director filem baca la artikel ni..

Anonymous said...

bila la Ahmad Idham nak mintak maaf ni? tau la dah kaya tapi kaya harta tak leh bawak kubur tau

Anonymous said...

Aku rasa tahun depan tahun ni keluar filem dia lg tak tengok la filem dia kat panggung kalau attitude sikap dia kat peminat cam ni.. biar jadi cam gambit.pasal dia filem rugi