11/20/18

Boikot Polis Evo 2 kerana Islam?

Sekarang menjadi permasalahan isu kontroversi apabila filem Trailer Polis Evo 2 dikeluarkan di laman sosial di youtube menjadi bualan dan kritikan netizen sedikit sebanyak kerana isu berserban dan berjubah di dalam filem berkenaan ditonjolkan oleh satu watak antagonis sedikit sebanyak memberi tempias negatif pada imej islam itu sendiri dan sedikit sebanyak memberi tempias pada kutipan filem itu juga.

Persoalan sekarang perlukah kita menonton isi kandungan filem ini terlebih dahulu sebelum memboikotnya? Ya atau tidak. Ya, kita perlu siasat juga isi cerita keseluruhannya sebelum kita membuat komen yang tepat mengenai mesej sebenar filem ditujukan oleh pengarah tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan. Kata orang putih 'dont judge book by its cover' maksudnya jangan menghakimi sesuatu dengan melihat luaran  dahulu  tetapi kenalpastilah dalaman terlebih dahulu sebelum menghakimi. 

Jawapan Tidak, kerana secara luaran dan halus kita sendiri nampak dengan jelas bahawa melalui trailer filem tersebut sedikit sebanyak membawa jelas imej islam sedang diburukkan dianggap sebagai pengganas dan tidak asing untuk filem asing seperti filem hollywood kerana islam telah dihina dengan imej berserban dan berjubah sebagai pengganas dalam filem mereka kebanyakkannya sudah sekian lamanya. Kini, Polis Evo 2 juga mengikut jejak hollywood mengikut dakyah tersebut.

Tetapi sememang filem adalah medium berpengaruh dari segi visual untuk mempengaruhi audiens tentang sesuatu perkara . Memang tidak dinafikan filem polis evo 2 adalah berkenaan polis menentang ekstremis ajaran sesat tetapi perlukah digambarkan berserban dan berjubah hendak menunjukkan kumpulan itu adalah ajaran sesat? Kerana dikhuatiri dan ditakuti Islam itu dianggap ekstremis dan ajaran sesat dikaca mata oleh bukan islam. Ya, sebagai orang islam kita faham Islam adalah agama kita yang satu dan benar tetapi sedikit sebanyak dengan imej buruk oleh pengarah kita yang non muslim berbangsa cina cuba untuk memomokkan imej berjubah dan berserban sebagai sesuatu yang salah dan sesat dengan meletakkan watak antagonis utama yang dilakonkan Hasnul Rahmat sebagai suatu tidak wajar dikaca mata orang islam digambarkan sebagai pengganas ekstremis dalam filem ini ( dalam  sinopsis filem polis evo 2 ini dinyatakan sekumpulan ekstremis ajaran sesat katanya)  .

Juga, Tidak dinafikan sebuah filem boleh jadi double meaning dalam penyampaian cerita yang hendak disampaikan. Dalam hal filem polis evo 2 boleh jadi yang memerangi ekstremis ajaran sesat adalah polis islam secara tersuratnya tetapi cuba kalau kita letakkan kalau yang perangi ajaran sesat adalah polis yang bukan mewakili islam (tak dinafikan di babak awal tentu pengarah cuba masukkan  elemen orang islam sedang sembahyang dan doa sebagainya untuk maksudkan dia islam sebenarnya ). Tetapi  hal ini individu polis yang dimaksudkan adalah yang berfahaman liberal yang beragama islam sebab orang yang berfahaman liberal dia boleh lakukan apa-apa saja termasuk sembahyang dan berdoa cara islam tetapi dia takkan membawa imej islam dari segi pakaian dan pemikiran mereka ke dalam hati mereka  di kalangan masyarakat secara keseluruhannya. 

Jadi mungkin individu melakonkan watak ekstremis ajaran sesat dalam filem polis evo 2 adalah mewakili sifat Munafik dan penunggang agama? Tetapi dalam hal gambarannya untuk digambarkan dalam filem polis evo 2 seakan kurang jelas. Jelas perwatakan dari segi pakaian untuk watak antagonis dalam filem ini adalah imej islam iaitu berserban dan berjubah yang sinonim dengan imej orang beriman. Malahan, watak antagonis dilakonkan adalah mewakili pengganas yang ektremis ajaran sesat. Bukankah secara tidak langsung menggambarkan dengan jelas bahawa  Pengganas+Ajaran Sesat+Ekstremis+ Antagonis = Islam  sebenarnya dalam filem Polis evo 2 ini secara tidak langsung ? Sebab dalam filem ini jelas digambarkan yang memerangi adalah anggota polis yang merupakan orang melayu beragama islam yang berfikiran liberal menentang pejuang jihad membawa imej islam  yang dianggap pengganas dan sesat. Bukankah ini mesej tersirat yang dimaksudkan oleh pengarah? Siapa tahu?

Dalam hal memboikot dan menonton filem Polis Evo 2 ini, saranan saya adalah jika anda sanggup meredah jalan yang berduri, silakan. Tetapi jika anda rela mengikut jalan yang lurus yang selamat, teruskan. Kerana dalam hal keputusan menonton filem ini tiada siapa menghalang anda tetapi fahamlah apa  maksud yang tersurat dan tersirat  tentang sesuatu perkara sebelum dan setelah anda menonton Filem Polis Evo 2 ini di pawagam nanti. Setelah anda menonton filem ini ,Tanyalah pada hati anda. Adakah ini mesej hendak disampaikan oleh pengarah yang bukan islam kepada kita yang beragama islam? Jika ia sesuatu yang baik sampaikanlah dan jika ia sesuatu yang salah betulkanlah dan tinggalkanlah.