12/27/08

KERUGIAN TAYANG FILEM LUAR



Selama penulis jika bertindak sebagai penonton biasa yang akan menonton filem melayu. Penulis dapat rasakan filem kita kebanyakkan sangat kurang berbanding filem-filem negara luar. Mana taknya sekarang filem negara asing sungguh berlambak di pawagam padahal filem tempatan yang ditayangkan selalunya dua atau tiga filem itupun ditayangkan pada waktu yang singkat. Kalau nak ikutkan Syarat wajib tayang yang telah diwujudkan oleh Finas adakala tidak relevan mana tidaknya kebanyakkan banyak berpihak negara asing sendiri.


Penulis tidak suka berhujah atau menyalah sesiapa dalam hal ini tetapi apa penulis dapat lihat Syarat Wajib Tayang yang diperkenalkan sekian lama masih tidak mampu Membantu pembikin filem tempatan.Tengok sahaja lambakan filem asing yang masuk ke dalam negara kita tidak kira datang dari mana kebanyakkan melebihi filem tempatan sendiri. Filem kita ibarat merempat di negara sendiri terpaksa memberi laluan peluang keemasan untuk mereka menayangkan filem mereka sesuka hati .

Ya, ini demokrasi tetapi tidak menyebelahi negara kita sepatutnya negara kita perlu punya hak istimewa untuk sebagai warga tempatan untuk memberi laluan terlebih dahulu berbanding negara luar kebanyakkan mengugat industri perfileman kita sendiri Biarpun keuntungan yang kerajaan dapat hasil tayangan filem luar yang dimport masuk tetapi adakah ini membantu pembikin filem tempatan seperti kita untuk mengaut keuntungan?

Lihatlah hasil kutipan panggung filem tempatan amat mengecewakan alasannya kerana banyak sangat persaingan filem luar yang terlalu mendadak.Bayangkan filem tempatan ada tiga sahaja di pawagam manakala filem luar yang ada mencecahkan 5 atau lebih dalam sesebuah pawagam.

Bagaimana keuntungan hendak berlaku untuk filem tempatan sekiranya peluang lebih diberikan untuk negara luar berbanding negara sendiri.Kita kena ingat filem luar seperti Hollywood dan Bollywood sekalipun mereka maju mereka melebihkan filem mereka ditayangkan berbanding negara luar yang masuk untuk menayangkannya.

Kita seharusnya mencontohi corak perfileman Iran bukan sahaja pembikinan Malah tindakan menyekat filem luar seperti Hollywood banyak Membantu industri perfileman. Lihat sahaja perkembangan filem Iran biarpun negara mereka yang serba kekurangan dan peraturan ketat untuk filem mereka tetapi mereka boleh keluar mencipta nama di negara luar dan secara tidak langsung membantu industri perfileman negara itu sendiri.

Apakah daya kita yang sememangnya masih dijajah walaupun berpuluh-puluh tahun merdeka hanya kerana filem asing.

Penulis tak mengharapkan sekiranya filem asing diharamkan terus daripada ditayangkan kerana benar kita perlukan persaingan untuk maju dan harapan penulis sekurang-kurangnya hanya tiga filem asing yang masuk ke dalam negara dibenarkan ditayangkan dalam sesebuah pawagam kerana ini membantu industri filem tempatan dan memberi peluang filem tempatan mengecapi keuntungan untuk pulang modal.

Akhir sekali, pesanan kepada pembikin-pembikin filem tempatan, hasilkan sebuah konsep filem seni hiburan yang kreatif,bermesej serta berkualiti dari segi skrip dan arahan dari kaca mata penonton kerana kalau diberi peluang lebih kepada tayangan filem kita kalau filem macam sampah siapa mahu tonton.Itu sahaja dan harapan penulis untuk filem terus maju demi agama, bangsa dan negara.Ayuh, Kita maju filem !

No comments: