12/28/08

Perpaduan dalam filem

Perpaduan tak semestinya berlaku di kalangan masyarakat malah perpaduan boleh berlaku dalam filem. Bagaimana? Perpaduan melalui kepelbagaian kaum yang wujud negara kita diterjemah ke dalam satu karya yang dinamakan filem. Perpaduan boleh diwujudkan jika mempunyai sokongan masyarakat yang padu kepada bangsa sesama dan sesama mereka yang lain. Usah kita bercerita mengenai perbezaan politik. Dalam Malaysia kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin negara kerana berjaya bersusah-payah untuk memerdekakan negara ini daripada cengkaman penjajah selain memberi peluang kepada warga asing yang berhijrah pada dulu zaman nenek moyang kini diterima sebagai warganegara Malaysia yang kini hidup dengan aman dan damai.

Seharusnya Masyarakat berusaha untuk membangunkan sesama mereka tak kira kaum untuk sama-sama maju di antara mereka tanpa mewujudkan jurang perbezaan.Di Malaysia, Seharusnya Semangat perpaduan perlu dijanakan melalui sifat patriotik serta kenegaraan supaya suasana aman di negara akan sentiasa bertambah makmur. Tentang Hak Politik melayu tidak perlu dipersoalkan oleh kaum lain kerana ini boleh menjejaskan perpaduan masyarakat selain boleh menimbulkan prasangka yang buruk sesama kaum yang lain.Seharusnya mereka yang menduduki di Tanah Melayu yang diberi Hak Jus Soli sejak azali sepatutnya bersyukur dan berterima kasih serta menghormati keistimewaan dan pemerintahan di bawah orang melayu yang memerintah dan tidak mempersoalkan tentang kesucian agama islam sebagai agama Persekutuan.

Perpaduan dalam filem sebenarnya membawa makna kepada kejayaan kesatuan masyarakat kita sedari. Seperti mana Mamat Khalid yang merancang dalam pembikinan filem terbarunya 'Estet' merupakan usaha yang baik dalam menyatupadukan masyarakat selain menjernih pertegangan serta memberi kesedaran kepada kaum-kaum di Malaysia bahawa tanpa perpaduan tak mungkin kita akan hidup aman dan damai. Seharusnya pembikin filem usah membiarkan filem mereka menganaktirikan dan menghina kaum-kaum yang lain kerana ini boleh membawa kepada implikasi dan prasangka yang buruk sesama kaum dan boleh berlakunya peristiwa rusuhan kaum sekiranya dibiarkan berleluasa.

Akhir Sekali, Filem adalah simbol perpaduan sekiranya dibikin dan dinikmati oleh semua kaum yang ada di Malaysia tanpa mempersoalkan isu perkauman di antara mereka. Hasilkan sebuah filem yang mencerminkan perpaduan di Malaysia dengan itu filem kita akan kelihatan maju dan berjaya.Walaubagaimanapun, hanya kita maju filem. Ayuh!