6/7/11

POTENSI FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA : BOLEH ATAU MUSTAHIL?

Filem Malaysia adalah filem seperti ditonton penonton Malaysia sendiri samada di panggung mahupun di kaca televisyen. Kini Filem Malaysia bukan sekadar Berbahasa Melayu kini ada Filem berbahasa Cina dan berbahasa India turut meletakkan imejnya sebagai satu filem Malaysia. Cuma sekarang Filem Malaysia dalam konteks yang sebenarnya pada asalnya filem Melayu cuma untuk dinaiktarafkan ke tahap internasionale ia dipanggil filem Malaysia untuk menggambarkan budaya Malaysia bagaimana seperti mana negara itu sendiri. Cuma bagi filem berbahasa Cina dan Berbahasa India boleh boleh dikategorikan sebagai Filem Malaysia kerana pada asasnya Filem Malaysia adalah filem berbahasa Melayu dan filem bahasa selain bahasa melayu dianggap sebagai Filem independen atau filem Minoriti..Filem Melayu adalah majoriti bagi Filem Di Malaysia. Boleh dilihat bagaimana Filem Melayu adalah filem mewakili bangsa Malaysia itu sendiri tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain kerana rata-rata Audien di Malaysia yang menonton filem majoritinya adalah kaum Melayu, diikuti Cina dan India tetapi hampir keseluruhannya Kaum Melayu menguasai panggung dalam soal penontonan di panggung.

Disebabkan itu, Filem Malaysia itu sendiri berpotensi memberi imej Malaysia ke persada dunia kerana imej kemelayuan. Sewajarnya diakui dan tidak dianggap ‘racist’ kerana hakikat pembikinan filem di tanah melayu waktu yang aktif bergiat adalah karyawan berbangsa melayu tetapi pada zaman itu Cina adalah tauke filem yang mengusahakan filem dan bertindak sebagai pengusaha panggung yang menayangkan sesebuah filem. Hal sedemikian sama seperti yang ada sekarang di mana filem melayu dihasilkan karyawan bangsa melayu cuma kini boleh dilihat sekarang banyak penerbit filem Melayu menjadi tauke filem dan walaubagaimanapun masih terdapat bangsa cina menjadi Tauke filem dan masih lagi bangsa Cina memegang tampuk pemerintahan dalam soal pemilikkan panggung dan penayangan filem sesuatu dalam sesebuah panggung. Apa yang boleh didapati melalui Filem Malaysia di Negara sendiri juga mendapat sambutan di kalangan penonton filem tempatan. Sememangnya penonton filem Tempatan masih gemarkan filem seram dan filem komedi..Yang menyedihkan apabila filem Malaysia sendiri sering tidak dapat sambutan atas sebab kekurangan modal dari idea dan kewangan yang mencukupi untuk menjana sebuah filem yang bersaing dengan filem Hollywood. .Semestinya Filem Hollywood telah menjajah Negara Malaysia dengan sumber hiburan yang hebat di kalangan penonton tempatan. Ini juga menjadi suatu cabaran dan halangan penggiat filem dan pembikin filem dalam menghasilkan sebuah filem untuk mendapat kutipan dan keuntungan dari tiket dibeli oleh pihak penonton filem selain tempoh tayangan yang terhad ditetapkan oleh Tauke Panggung yang memberi laluan istimewa kepada filem Hollywood agak memudaratkan dan menganggu rezeki penggiat filem dan pembikin filem tempatan.

Tidak dinafikan filem Malaysia mempunyai potensi di dalam Negara tetapi halangan untuk berkarya di Malaysia untuk menghasilkan sangatlah berisiko besar terutama bercerita bajet dan kos sesebuah filem untuk dihasilkan. Kelemahan filem Malaysia apabila bilangan penonton tidak mencecah bilangan yang maksimum yang pergi ke panggung bagi setiap tahun filem ditayangkan. Ini disebabkan mungkin diambil kira dengan keadaan penonton filem Di Malaysia yang jarang pergi ke panggung serta penduduk di Negara tidak berapa ramai kalau hendak dibandingkan dengan Negara Hollywood yang diduduki. Semua adalah kerana Rakyat Malaysia lebih suka menonton filem di TV berbanding di panggung kerana mereka menganggap perkara tersebut lebih mudah bagi mereka berbanding mereka pergi ke panggung menonton wayang terutama menonton filem Malaysia ataupun Filem Tempatan. Antara Alasan mungkin kerana Filem Malaysia gagal mencapai standard dimahukan penonton filem tempatan selain Filem Malaysia selalu dianggap sebagai filem Murahan dan filem tidak berkualti atas sebab konsep jalan cerita selain pemilihan genre yang sama serta cerita yang sama yang diulang-ulang membuat penonton filem Tempatan berasa muak untuk menonton filem kerana tiada pembaharuan. Masalah juga Penerbit filem untuk menghasilkan filem berkualiti kerana terpaksa mengejar keuntungan kerana tidak sanggup menghasilkan filem berkualiti kerana rata-rata mentaliti dianggap penerbit filem tempatan adalah mereka yang suka menonton filem yang ringan dan menghiburkan.. Ini sebenarnya merupakan dilema apabila perniagaan filem adalah perniagaan yang berisiko tinggi dimana pulangan adalah subjektif pada kehendak penonton filem yang akan ke panggung menonton filem tersebut . Ini menjadikan penerbit filem juga pengarah filem juga mengambil jalan selamat dengan menghasilkan filem komedi dan seram kerana diyakini formula tersebut mudah mendapat tarikan penonton selain kos pembuatan tidak semahal berbanding filem berbentuk aksi dan filem epik. Topik kebiasaan filem Malaysia tidak lain tidak bukan topik hantu, cinta, remaja, dan lawak bodoh jenaka kerana itu merupakan langkah selamat untuk menerbitkan filem bagi mereka. Apa yang lebih menakutkan bagi mereka , sekiranya filem merugikan dan filem tersebut gagal mendapat kutipan box office selain gagal untuk tempat di hati tauke panggung untuk mengekalkan filem di panggung untuk terus menayangkan filem mereka .

Walaubagaimanapun, Permasalahan tersebut boleh diselesaikan sekiranya penerbit filem,pembikin filem serta pengarah filem tersebut mengambil cabaran sebagai peluang untuk mereka hasilkan filem yang bermakna sekiranya karya dipersembahkan mereka adalah menarik dan jujur dekat di hati penonton. Apa yang dilihat disini peranan konsep jalan cerita dan plot jalan cerita sangatlah diutamakan sekiranya mahu filem mendapat sambutan di kalangan penonton kerana penonton filem biasanya amat mementingkan jalan cerita berbanding hal berkaitan teknikal dan genre sekiranya filem tersebut mahu ditonton oleh mereka. Potensi sebenarnya Filem Malaysia adalah sebenarnya terletak potensi jalan cerita.Potensi jalan Cerita adalah asas untuk semua filem yang dihasilkan dan potensi tersebut membolehkan sesebuah filem ke persada dunia atas sebab kehebatan jalan ceritanya . Tidak nafikan sekiranya filem Malaysia hendak ke persada dunia mereka perlu menghasilkan filem aksi dan filem seram untuk dijual tetapi berbalik pada asal jalan cerita adalah asas utama sesebuah filem mendapat sambutan samada di dalam negara ataupun luar Negara. Jalan cerita adalah penentu kepada kemahuan penonton filem untuk menonton walaubagaimanapun Jalan Cerita tersebut mestilah sesuai dengan keadaaan semasa dan teknologi semasa supaya filem tersebut tidaklah kelihatan seperti ketinggalan zaman kerana filem itu sendiri merujuk kepada kisah peredaran zaman dan peredaran semasa .

Cuma dikhuatiri apabila Filem Malaysia sering dipertikaikan adalah disebabkan kemampuan Malaysia dalam memasarkan sesebuah filem adalah disebabkan bahasa selain disebabkan masih baru berjinak-jinak dalam menerokai pasaran luar Negara..Persoalan ini timbul apabila Filem Malaysia dibandingkan dengan pasaran filem Hollywood dan Bollywood di mana mereka mempunyai pasaran mereka bagi produk filem mereka. Ini mungkin tidak perlu dipersoalkan kerana Filem Melayu sendiri adalah identiti Malaysia cuma yang menjadi masalah bukan sebab hendak memasarkan tetapi kerana masalah filem itu sendiri yang gagal untuk menonjolkan identiti imej sebenar sebagai imej filem Malaysia.Kebanyakan filem di Malaysia tidak mempunyai keaslian dari segi idea, cerita dan juga budaya menonjolkan imej Malaysia bagi filem Malaysia. Disebabkan faktor masalah sebegini sedikit sebanyak memberi kesan pada filem Malaysia itu sendiri untuk memasarkan. Ternyata filem Malaysia masih mempunyai kemampuan untuk memasarkan ke luar Negara sekiranya ada kemahuan serta gigih untuk berusaha memasarkannya seperti mana terbukti filem Hikayat Merong Mahawangsa yang Berjaya memasarkan filemnya ke serata dunia itu menunjukkan satu perkembangan baik pada filem Malaysia sebenarnya.

Untuk memasarkan filem Malaysia ke persada dunia ataupun serata dunia. Filem Malaysia itu sendiri perlulah mengkaji bagaimana kemahuan serta selera penonton secara umumnya bagaimana. Biasanya filem berbentuk aksi adalah filem yang dapat diterima umum di serata dunia namun begitu syarat boleh berubah sekiranya filem itu dibikin mempunyai originaliti dan mempunyai keistimewaan dari segi pembikinan serta konsep jalan cerita yang lain daripada yang lain . Penonton luar Negara sama seperti penonton di Malaysia, mereka sangat mementingkan kualiti jalan cerita terlebih dahulu daripada teknikal filem tersebut. Teknikal filem bermaksud cara pembikinan filem yang dibuat semasa penggambaran dan itu semuanya merupakan perkara kedua terpenting sekiranya filem itu hendak dipasarkan ke luar Negara juga kerana di sana terdapat piawaian dan syarat dikenakan bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh sebuah negara tersebut yang dipasarkan ke sana. Filem Malaysia yang bagus dipasarkan ialah filem yang teknikal tinggi dari pembikinan seperti teknologi CGI selain Teknik penggambaran yang dilakukan secara kreatif. Namun begitu, harus diingat biarpun Teknikal penting dalam sesebuah filem,Isi cerita dan jalan cerita yang bagus jangan diabaikan kerana prinsip penonton filem di mana sahaja adalah lebih kepada menonton filem disebabkan jalan cerita atau plot cerita yang bagus dalam filem tersebut.

Walaubagaimanapun, Harus diingat juga. Sebelum ke persada dunia atau ke serata memasarkan filem tersebut ,seharusnya pemasaran filem Malaysia seharusnya bertumpu terlebih dahulu ke Negara jiran atau Negara-negara di belah Asia tenggara seterusnya diperluaskan ke Negara Asia, ini kerana sebelum pengaruh timur serta Negara yang terdekat sebenarnya adalah potensi sebenar filem Malaysia bermula hendak ke persada Dunia misalnya jiran terdekat Malaysia ialah Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Brunei . Sekiranya Filem Malaysia mampu memikat penonton filem mereka sudah tentu kekuatan pasaran filem Malaysia boleh menjana kepada keuntungan yang berterusan pada potensi pemasaran lain. Misalnya Filem Malaysia mendapat sambutan di Negara Indonesia misalnya walaupun filem asing dikenakan cukai tinggi ditayangkan di Negara tersebut sekiranya Filem Malaysia dapat menarik perhatian penonton filem di sana , penonton filem di sana akan mencari filem itu sendiri untuk ditonton dan ini bermakna sambutan filem Malaysia telah menembusi di Indonesia dan kuasa pengguna menjadikan penonton filem di sana sanggup untuk berbuat untuk menonton filem tersebut walaupun yang ditonton itu adalah cetak rompak dari DVD mahupun internet tetapi pengaruh sedemikian lama kelamaan yang berkembang pengaruh kepada bilangan penonton yang ramai berbanding bilangan penonton filem yang ada di Indonesia.

Kesimpulannya, Tidak dinafikan bahawa filem Malaysia mempunyai potensi yang hebat untuk ke persada dunia namun harus diingat penggiat filem, penerbit filem, pengarah filem dan penulis skrip filem seharusnya mengetahui serba sedikit tentang soal pemasaran filem di luar berbanding di Negara Malaysia kerana secara tidak langsung pemasaran filem yang hebat akan membantu kepada penambahan bilangan penonton yang luar biasa sekira kena pada caranya dan keadaanya. Harus diingat juga filem yang berkualiti dari segi jalan cerita dan teknikal seharusnya dititikberat sentiasa sekiranya filem Malaysia hendak dipasarkan ke luar Negara selain tidak lupa mempertahankan imej wajah dan budaya masyarakat Malaysia kerana filem Malaysia adalah Wajah kita. Persoalan adakah filem Malaysia berpotensi ke persada dunia? Jawapannya Boleh dan siapa maju filem kalau bukan kita maju filem…

No comments: