Bercakap mengenai Pembikinan filem bukan sekadar bercakap ataupun berteori. Pembikinan filem adalah sesuatu yang praktikal dan teknikal yang bukan sekadar melihat dan menonton. Namun terdapat ahli akademik filem yang terlalu melebihkan pada persoalan teori dan sejarah filem dan pada hakikat sekarang Filem adalah medium hiburan dan kini Pembikinan filem dahulu dengan sekarang amat berbeza kerana pembikinan filem dahulu dijadikan sebagai suatu sumber seni seperti melukis lukisan dan mewarnakan lukisan dan ini secara tidak langsung dipanggil sebagai Art.
Ternyata, Sekolah filem dan universiti filem terlalu banyak memperuntukkan masa yang panjang untuk seseorang pelajar untuk belajar teknikal filem belajar ilmu filem, menulis esei filem, menulis ilmiah filem yang sama sekali rujukan sebegini tidak pernah dilayan oleh ahli pembikin filem. Mungkin hakikat boleh diterima kerana tidak semua orang boleh bikin filem dan boleh belajar mengenai filem. Pembikinan filem ibarat seperti meniaga, ia merupakan sesuatu yang praktis dan secara tak langsung, semua orang boleh membikin filem asalkan ada kemahuan dan ada semangat untuk menghasilkannya. Cuma apa yang menyedihkan, apabila universiti dan sekolah filem tidak diajar tentang apa itu industry dan pembikinan filem yang sebenar. Percaya atau tidak, Robert Rodriguez, pengarah filem El Mariachi, yang membikin filem tersebut dengan kos hanya US7000, mengatakan kita boleh belajar filem dengan hanya 1o minit sahaja dan selebihnya usaha untuk membikin.
Sememangnya, Robert Rodriguez seharusnya dicontohi kerana ia telah membuktikan bahawa biarpun nilai kos yang rendah ia mampu membikin filem panjang berdurasi 90 minit. Semua itu bergantung seberapa hebat kreativiti seseorang pembikin untuk menghasilkan sesebuah filem. Di Malaysia, Rata-rata jikalau hendak membikin filem tak sah modalnya perlu sejuta padahal sekiranya kreativiti itu menguasai modal yang sedikit boleh dibikin setaraf dengan kualiti filem yang sedia ada.Ini terbukti apabila teknologi semakin lama semakin canggih ia akan semakin mudah dan kaedah pembikinan dan penghasilan akan menjadi semakin murah. Lihat sahaja Adegan Pistol tembak-menembak tidak perlu lagi menggunakan teknik nyalaan api pada pistol untuk menunjukkan kesan khasnya semua itu boleh diaplikasi dengan teknik Muzzle di mana Teknik boleh diaplikasi pada sistem teknologi Komputer. Selain letupan dan teknik pelanggaran dan juga teknik Green-screen dan blue screen semua ni boleh dibelajar sendiri dan tanpa keluarkan apa-apa kos dihasilkan.
Selain itu, Kemungkinan Teknologi Kamera Canon HDSLR MK 2 Trend baru dalam pembikinan filem di mana Aplikasi menjadi semakin mudah sesiapa sahaja boleh membikin filem tanpa perlu menyewa kamera video professional mahupun kamera filem untuk menghasilkan semua dilakukan tu dengan digital setelah dipost-edit. Dan penghasilan sebuah filem digital telah membantu banyak pembikin filem independen bukan sekadar membikin malah dijadikan satu landasan untuk memulakan kareer. Tetapi sayang kita tidak diajarkan untuk berkreatif dalam soal teknikal dan kebanyakan soal teori dan kreatif dititikberatkan sedangkan Teknikal adalah sebahagian Kreatif di mana semua hasil karya adalah bermula dengan Teknikal. kebanyakan Teknikal diajar hanya skop pengajaran yang terhad di mana semuanya perlu dimulakan dengan bajet bukannya hasil usaha dan Trial dan Error. Sememangnya pembikinan Filem adalah soal Teknikal kerana soal Teknikal merangkumi di mana suatu pekerjaan dan penghasilan dapat dimulakan dan dapat dihasilkan hingga terhasil.
Sebagai penulis, saya tidak mengabai teori dalam soal berkreatif tetapi soal teknikal adalah penting kerana tanpa ilmu mengenai teknikal dan usaha ke arah teknikal, mustahil sesebuah karya kreatif dapat dihasilkan. Dalam soal pembikinan filem ini, pandangan Penulis. Teknikal adalah penting diikuti teori perkara ini perlu seiring supaya penjanaan ilmu dan penghasilan suatu produk kreatif dapat dihasilkan dan boleh memberi pengajaran masyarakat dari luar sana untuk mempelajari bagaimana cara dihasilkan...
2 comments:
aku rasa teori pun penting sebab kalau tak ada teori macam mana pembikinan filem mahu berkembang..sebab kalau tengok filem yang harap teknikal jer, teori tak der kebanyakkan yang bikin filem tu filem sampah..just my opinion la..
teringin nak membikin tapi modal takder..bro..good post btw.
Post a Comment