
Jujurnya secara jujurnya saya, saya mengagumi beberapa pengarah filem / drama di Malaysia ini. Ada yang mengatakan melayu seperti saya yang membenci Namewee adalah berbaur perkauman yang sangat jijik. Tetapi hakikat biarpun blog saya berkaitan hal mengenai filem sentiasa, tetapi mengenai maruah agama dan negara izinkan saya untuk keluar untuk bersuara demi kebebasan bersuara. saya masih mempunyai suara di mana seharusnya insan seperti Namewee tidak diberikan Keistimewaan oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Dan khabarnya Dari Akhbar Malaysiakini semalam Namewee hendak berjumpa PM kerana dijemput oleh PM kita sendiri.. Namun hal seperti mungkin tidak dihangatkan atau dikhabar di Utusan Malaysia memandangkan krisis negara lebih menjurus kepada permasalahan timbalan presiden Pas, Mat Sabu mengenai kebiadapan tentang isu Komunis.
Baiklah Ya, Saya benci Namewee kerana Dia telah memberikan contoh buruk pada negara kita dan hendak dirinya diiktiraf sebagai insan seni kreatif berfikiran 1Malaysia tetapi lupakah kita.. Sebelum ini kita mempunyai pengarah cina tempatan kita sendiri yang berjiwa malaysia dan menghasilkan karya filem melayu. Sebagai contoh Saya mengagumi Silver Chung yang mengarahkan telemovie Blok 404 dan Kem 505 yang pada masa dahulu menjadikan fenomena apabila VCD thriller rancak diterbitkan namun sejak akhir-akhir jarang saya mendengar perkembangan beliau selepas filem di ambang misteri..
Dan saya mendapati terdapat banyak pengarah cina yang berada di malaysia yang tanpa prejudis mempertikaikan bahasa Melayu dan mereka juga mengarah filem melayu. seperti insan independen pengarah cina yang bernama James Lee yang mendapat perhatian dari syarikat produksi Tayangan Unggul yang terbaru filem Sini ada Hantu dan Tolong Awekku Pontianak ..Dan juga Saya mengagumi pengarah cina antarabangsa seperti John woo kerana hasil arahannya dan peribadi nya yang baik berbanding Namewee yang jelas kita tahu peribadi buruk melalui video youtube itu yang menghinakan itu .. Jadi Adakah saya bersikap prejudis kepada kaum cina? adakah saya bersikap perkauman terhadap kaum cina semata-mata saya benci Namewee? Jawab saya tidak.. Saya hanya benci Namewee..
Biarpun Namewee hendak dirinya bergelar Artis cina di Malaysia. Bagi saya lupakah kita ada Artis Cina di Malaysia yang lagi hormat pada negara kita berbanding Namewee yang terang-terangan menghina lagu negaraku kita , menghina azan kita dan bangsa melayu kita .
Tetapi Kenapalah Namewee perlu diberikan perhatian dan mendapat layanan istimewa? Adakah ini semata-mata kerana perjuangan dan falsafah yang dikata betul mengikut apa yang dirasa itu adalah 1Malaysia ? Seperti tidak menghormati bahasa melayu dan bangsa melayu, menghina agama Islam dan lagu Negaraku ? Adakah Makhluk seperti ini perlu diberi layanan istimewa? Saya katakan Tidak! Kerajaan dan mana-mana pihak tidak perlu lah cuba mempromosi insan seperti Namewee ..Kerana secara jelas Insan Seperti Namewee yang kaum cina, masih ada banyak kaum cina yang berjasa berbanding Namewee.. mengapa keistimewaa diberikan kepada seorang perderhaka dam seorang yang mempunyai role-model yang jelas kurang baik yang jelas dilihat sebagai hilang haluan dan seorang yang tidak sepatutnya diberikan keistimewaan..
Sebab itu disini mustahil untuk saya biarpun saya sebagai bekas pelajar filem mahupun penonton filem untuk menonton filem Nasi Lemak 2.0 kerana apa yang Namewee buat secara jujurnya tiada kaitan dengan realiti 1Malaysia hanya sekadar untuk membuat kisah 'lucu' tentang 1Malaysia.. lagipun filem dibikin tiada kaitan untuk menonjolkan intelektualiti dikalangan pelajar filem untuk menonton filem untuk mengkajinya kerana secara lazimnya filem hanya dibikin sebagai hiburan dan keuntungan.. Tetapi kenapa ada segelintir masyarakat yang cuba mempromosi dan mengajak untuk menonton filem ini terutama mereka dikalangan mereka yang berbangsa melayu terutamanya ? kerana mereka mudah lupa ibarat kata Tun Dr. Mahathir , Melayu Mudah lupa....
Jadi apakah harus Rakyat Malaysia menonton filemnya? Jikalau dirinya hendak bergelar pembikin filem dan pengiat filem yang professional seharusnya dirinya tidak harus tampil dirinya sebagai pelakon utama yang membintangi filem ini kerana secara tidak langsung dirinya mahu diri dipuja apatah dianggap terkenal mendapat 'nama' selepas kontroversi video di youtube akhir-akhir kebelakangan ini.Jadi filem ini tidak perlu ditonton kerana membintangi keseluruhan adalah Namewee , seorang penghina lagu negaraku kita, bangsa melayu kita, agama Islam dan negara kita...
Dan Di sini, apa yang saya lihat Namewee tidak layak mengelar diri sebagai rakyat Malaysia kerana sikap tidak hormat selain menghina bangsa dan agama lain menjadikan apa perlunya insan Namewee diberikan perhatian. Seharusnya mana-mana pihak tidak mengangkatnya sebagai ikon 1Malaysia kerana bagi saya ini sudah melampau..
Seharusnya , pujian dan keistimewaan seharusnya kerana penggiat filem cina, pengarah cina dan penerbit cina yang menghormati negara kita serta menghormati agama dan bangsa kita. Tidak seharusnya keistimewaan diberikan kepada Namewee ini..
Oleh itu, jangan membiarkan Namewee menjadi contoh kepada insan lain. kerana kelak nanti hura-hara jadinya. Dalam hal seperti ini, Rakyat telah banyak bersuara dan memberi bantahan tentang insan bernama Namewee mungkin harapan mereka dan saya berkecai sekiranya benarnya telahan Namewee akan berjumpa PM terlaksana nanti alamatnya mungkin harapan PM kepada Rakyat hanya menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak menjaga perasaan rakyat yang mahukan kerajaan bertegas dan tidak memberi muka pada insan bernama Namewee ini...
itu sahaja dari saya, mungkin tersasar topik dibicarakan mengenai filem selalu kadang realiti kita harus berbicara mengenai ini.. kerana ini melibatkan Maruah bangsa , agama dan negara kita yang tercinta...Jadi Saya mengagumi pengarah cina dan Artis Cina yang lain kerana kegigihan dan kreativiti mereka tetapi Maaflah saya katakan tidak untuk Namewee...Kerana dia bukanlah dalam kalangan Pengarah cina dan Artis Cina seharusnya saya hormati apatah lagi saya memujanya...
10 comments:
aku suka kau punya pandangan tentang siapa tu namewee dan artikel ko ni.. bagi aku tak patutlah macam ni..kerajaan bagi special kt dia..lagipun elok saja Namewee diban saja dari malaysia..kerana sejak akhir-akhir dia ni asyik nak tunjuk dia tu special sgt..padahal sebelum punya la banyak onar kat negara ni..ada hati nak cakap pasal 1Malaysia..Poodacit!!!
Betul-betul aku sokong...Aku benci Namewee!!!
Aku harap Kerajaan dan Najib tak bagi muka kat mamat seekor ni...sebab aku tengok menyampah jer Namewee ni..yerlah..senang2 jer buat jahat kt negara boleh dapat respek lagi dari menteri lagi..apa dia ingat dia tu bagus sgt ker Namewee tu?????
apa perlu Namewee diberikan perhatian..betul kata penulis artikel ini.. kadang hal sensitif seharus diperhatian oleh kerajaan.. selain di Malaysia masih banyak Karyawan-karyawan Cina yang berjasa pada negara yang menghormati bahasa melayu, bangsa melayu dan lagu negaraku..kalau nak tengok si Namewee apa la sangat.
Aku benci Namewee! Aku benci Namewee! Aku benci Namewee!!
Aku ni yang susah nak jumpa PM ni..Namewee yang perderhaka ni ada hati nak jumpa PM..tak leh jadi ni....
dan lebih kelakar bila ade juga yg sanggup acting diarah itu ini oleh org yang pernah pijak perut kita ...alahaii hehheheh
Tu la melayu mudah lupa.. bangsa cina yang pijak kita sendiri pun boleh buat dono jer...patutnyer Namewee aku kata tak payah nak support la..selagi dia tak buat pemohonan maaf secara rasmi kepada bangsa-bangsa kita selagi tu kita tak payah support Namewee ni...filem Nasi lemak 2.0 kalau orang kata best pun aku takkan tonton.. baik tonton johnny English Reborn lagi best..
sebab kalau aku support Namewee yang kafir harbi hina azan, hina bangsa melayu dan hina lagu negaraku.. selagi dia tak buat mintak maaf secara rasmi selagi tu aku tak support dan takkan maafkan si kafir harbi ni
Aku dah tengok nasi lemak 2.0 tu... filem dia pun not bad la ,ada la kureng2 skt tapi bukan best mana pun lagi best filem estet dan filem sepet
cuma kontroversi dan sikap dia tu orang tak suka kat dia aku tengok kat panggung pun aku pun tak suka Namewee cuma takat nak tonton mana kontroversi dia tu dalam filem dia takder la jadi susah lah nak saman filem dia ni.cuma setakat aku rasa kalo korang nak tonton filem Namewee..
fikir dua kali la.. nak bagi dia untung ker atau nak bagi dia rugi
Apa2 pun aku pun x suka Namewee, aku tonton filem dia pun nk cari apa kontroversi itupun takder. aku tak support Namewee tau jangan salah faham lak
Sejak aku tahu Afdlin Shauki berlakon dalam filem Nasi lemak 2.0 tu sekarang aku dah tak suka dia dah . ye lah ada ke patut dia boleh berlakon dan support si Namewee ni kalau ya pun nak support ada bangsa lain lagi bagus dari Namewee la...sedih aku tengok bangsa melayu kita kena pijak dengan orang seperti namewee nii
Post a Comment