12/29/08

Zaman Orang Tak pergi Panggung?


Sungguh terkejut sekali filem seperti Los Faun serta Cicakman 2 Planet Hitam yang sepatutnya mendapat pulangan kutipan membanggakan hanya mampu mencecah box-office yang cuma dalam lingkungan sejuta lebih sahaja yang menonton namun apa berlaku gaya hidup masa kini peminat-peminat filem melayu semakin berkurangan kebelakangan ini.Pada awal tahun kita mendapati filem yang berjaya setakat mengumpul kutipan box-office tertinggi hanyalah filem yang diarahkan oleh Prof Abdul Razak Mohaideen iaitu Duyung yang berjaya mendapat kutipan kasar sebanyak 4.679 juta. Manakala filem mengikuti kutipan kasar yang sama dengan Duyung adalah Filem Senario The Movie Episod 1 sebanyak 4.259 juta.

Ini menunjukkan sambutan filem terhadap filem berbentuk Cinta dan Komedi masih diterima oleh masyarakat. Namun apa yang berlaku filem sedemikian kelihatan berkurangan dari segi sambutan. Persoalan apa yang dimahukan oleh penonton di panggung? Ini seolah menunjukkan filem berada di tahap mencabar dan kritikal di mana Pembikin-pembikin filem seharusnya mengeluarkan jenis produk filem bukan sahaja menarik tetapi membawa kepada jenama bersesuaian tema dan konsep yang mempunyai kelas bagi golongan penonton untuk menonton.

Sememangnya sebuah filem perlu dikaji kepada siapa dituju dan golongan mana yang majoriti yang akan menonton di panggung. Oleh itu penjenamaan dari segi tajuk , Genre dan produk perlu dibuat kajian melalui keadaan masyarakat sekarang. Filem yang berkualiti serta popular juga mempunyai cerita yang kreatif bagaimanapun masih tidak menjamin keadaan kutipan filem masa kini kerana keadaan penonton yang punya kehendak yang tinggi untuk panggung. Mereka bukan lagi ke panggung semata-mata berhibur malah mereka juga ternanti-nanti sebuah filem yang lain daripada lain dan menimbul tanda tanya untuk mereka ke panggung menonton sebuah filem bukan sahaja berbeza tetapi mempunyai unsur tarikan dan kemahuan pada diri mereka berdasarkan keadaan serta suasana zaman sekarang. salah silap tidak boleh disalahkan kepada penonton kerana mempunyai hak memilih sekiranya mereka mahu menonton.

Jadi persoalan Zaman orang tak pergi panggung kerana bergantung doa dan usaha masing-masing kepada tuhan kerana jodoh dan rezeki di tangan tuhan. Jadi tidak mustahil perkara ini bersakut-paut dengan agama kita sendiri. segala kegagalan dan kejayaan mempunyai hikmah di sebaliknya cuma sebagai pembikin filem sepatutnya seharusnya bersabar dan istiqamah dan sentiasa tidak bersikap putus asa dengan sentiasa berusaha membawa pembaharuan dari segi kreativiti serta kekritisan sebuah karya yang mewakili masyarakat majoriti untuk menonton filem. Untuk itu kita harus maju filem! Hanya kita maju filem!

3 comments:

Anonymous said...

Memang jarang aku pergi panggung kalau filem melayu tak best sapa nak g panggung tul tak? huhuhuh

Anonymous said...

filem kita perlu ditingkatkan kualiti dan produktiviti
dan ayuh maju filem!!

Anonymous said...

senang je... orang tak nak tengok cerita separuh masak, kalau nak buat cerita cinta... buat cerita cinta/drama gila-gila sampai air mata sebaldi keluar bila tengok. kalau nak buat cerita sains fik, ganas, seram, buat sungguh-sungguh sampai orang nak termuntah tengok darah, ganas gila sampai biol kapala, seram sampai takut nak balik rumah, itu je. Cerita cinta razak maidin dapat kutipan sebab dia buat cerita lawak/cinta dan menjadi cerita lawak/cinta. filem anttoo fighter/cicakman pula nak buat cerita lawak/sains fik tapi tak tercapai objektif. pendeknya, kalau nak masak nasi dagang biar jadi betul nasi dagang, jangan jadi separuh masak, garam tak cukup dan lain-lain.

masuk bab memasak pulak,... lebih kurang gitulah..